Hari ini Valentine's Day kan??Banyak orang cerita pasal Valentine arini tapi mostly cerita mereka sama...Setiap kali Valentine ade 2 jer cerita yang famous iaitu Valentine haram disambut (bagi umat islam) dan operasi pihak berkuasa berjaya menahan bla..bla..bla...
Bagi aku serbuan pihak berkuasa time valentine nie tak pernahnya berjaya...Mereka cuma berjaya menahan pesalah yang berpendapatan rendah atau pun yang kurang pendidikan..In fact sebelum aku tidur semalam aku dah boleh teka kat mana tumpuan serbuan penguatkuasa nie...
Hasilnya, menurut berita yang aku baca 5 pasangan ditangkap di sebuah hotel murah sekitar Chow Kit kalau tak silap aku dan serbuan kedua bertempat di Titiwangsa 3 pasangan diberi arahan untuk datang kaunseling selepas ditangkap berkelakuan tidak senonoh di tempat awam..
So, bagi mereka yang ade duit lebih sikit mereka tak perlu risau pasal operasi Jawi time Valentine nie sebab kalau mereka check in hotel 4 atau 5 bintang sure takda orang nak kacau.. Kepada yang pandai sikit, kalau time valentine dorang elak lepak taman tasik mereka pun tak akan kena tangkap..
Niat aku bukan nak mengajar Jawi macam mana nak buat kerja ataupun nak nasihat macam mana nak elak supaya kena tangkap tapi aku rasa pendekatan baru perlu diambil kalau betul-betul Jawi ade niat nak banteras maksiat..Maksiat bukan jadi time Valentine jer..Ketika semua sedang fokus eve Valentine semalam, berapa ramai pula yang check in mlm nie atau hujung minggu nanti...
Secara general tanpa mengira pandangan dari sudut agama, aku tak paham kenapa orang perlu sambut hari Valentine sedangkan time tu semua benda mahal...Kalau nak hargai kekasih anda, hargailah sepanjang masa tanpa mengira tarikh.. :D
Regards,
-Strider-
Betul.... Selalunya serbuan kat hotel2 bajet je..... Berita khalwat paling top bulan Februari la....
ReplyDeleteKalau amik tender jual bunga arini, laku ni...
Hehehhehe....
bro, ada satu lagi trend iaitu `tema valentine'. contohnya macam filem/rancangan tv atau penerbitan artikel/cerpen yang berkaitan valentine's day sepanjang bulan ni.
ReplyDeletesiapa tak ikut, akan dianggap ketinggalan zaman. adui...
sambut hari valentino rossi bleh?...hihihi
ReplyDeleteyelah, kalau tak haram sekalipun mmg tak minat nak sambut. sbb mcm tak ikhlas, tunjukkan syg ada ikut time pulak. Valentine Day ni bg org2 yg tak berfikir je, main ikut utk suka2.
ReplyDeletethn ni JAWI ada penambahbaikan sikit, ada buat 'street dakwah' kalo tak silap. pihak JAWI & volunteers akan bertemu org ramai dan terangkan kenapa tak perlu sambut V Day ni.
haha. kan? selalu pergi hotel budget ja. pergi la hotel 5 bintang ka apa ka. Lagipun peratusan org check in hotel buat benda tak senonoh tu selalu ja meningkat. Tambah la hari valentine. Kalau dah sayang, tak perlu kot nak check in hotel. Cari duit banyak2 pergi la kawin.
ReplyDeleteBuang masa ja. Kena tangkap, lepastu dah malu. Kalau cari duit banyak2, ajak kawin. Kan senang
P/s : Susah awal sikit takpa, biar senang kemudian. :)
betul2.. patutnya buat serbuan pada tiap2 malam tak kira kat mane sekalipun, bukan nak tunggu hari dol ni baru nak buat kerja. sibuk sgt nak berkempen politik kerja sendiri terabai.. err
ReplyDeletextaulah nak ckp camna.. banteras ikut waktu tertentu je kot
ReplyDelete