Hye Readers,
Tadi aku menerima komen yang bernas dari seorang anonymous walaupun dia memberi pendapat yang berbeza dari aku..Hopefully dia akan baca entry yang aku buat khas bagi menjawab komen dari dia dan kepada bloggers yang lain benda-benda nie korang amik laa sebagai info sahaja..
Pertama sekali aku bersetuju dengan pendapatnya bahawa sebagai seorang pengguna statement aku kalau pusing kot mana pun akan bias terhadap Rokok Elektronik (RE) ini dan aku bersetuju yang RE sebenarnya pengganti nikotin bagi seorang perokok.
Kami berdua (aku dan anon) memang mengakui masih belum ade kajian yang benar2 komprehensif mengenai kekurangan dan kelebihan RE tetapi mengapa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) cepat untuk memberi tindak balas negetif terhadap RE sedangkan ade syarikat yang menjual RE yang diiktiraf KKM???
Sebenarnya bukan semua orang menggunakan RE kerana ingin berhenti merokok..Ade yang menggunakan RE kerana mereka suka untuk merokok dan apabila ada alternatif lain yang lebih sihat dari rokok tembakau (tanpa tar dan 4000 bahan kimia) maka mereka beralih..
Aku menghormati pendirian KKM bahawa pengambilan nikotin harus dikawal tetapi sekali lagi, kenapa RE yang menjadi mangsa sedangkan RE boleh digunakan dengan likuid yang tanpa nikotin.Apa yang aku harapkan ialah supaya KKM tidak bias terhadap statement yang dikeluarkan.
Aku ingin mengambil contoh Canada yang tidak membenarkan penjualan sebarang produk RE mengandungi nikotin tetapi membenarkan produk RE yang bebas nikotin untuk dijual/digunakan.So, itu jer laa setakat nie..dah panjang dah tulis nie..hehehe
p/s: sorry for non-smokers yang menganggap topik nie bosan..apa plan cuti CNY??? hehe :D
Regards,
-Strider-
Kenapa Allah Mencipta Makhluk Jahat?
2 days ago
lor.. bro kacak ni guna RE rupanya.. amacam?? kaw tak?? heh
ReplyDeleteSy bukan perokok tegar mahupun perokok. hihi
ReplyDeleteMcm mana pun apa rasa ek rokok elektronik ? Macam rokok biasa ka?
p/s : Rokok biasa pun taktau rasa cmna . ^^,
rokok elektronik smkin femes.
ReplyDeletehahahahh Na mampu gelak je bole kan??
ReplyDeletechaiyokkk Lan.