Sunday, April 6, 2014

#1380 - Dah Siap Repair

Hye Reader,

Sebenarnya sejak dari Dec tahun lepas PC aku asyik meragam jer (klik sini) dan ia sudah mencapai kemuncaknya sebulan dua yang lepas. Jadi hari ini aku mengambil keputusan untuk hantar repair setelah berfikir panjang.

Sebenarnya aku suspek hask disk aku rosak ataupun windows aku yang nak kena format, jadi aku dalam dillema sikit sebab banyak file terutamanya gambar yang aku tak back up dalam external hard disk lagi. Instead pergi Low Yat aku pergi ke Plaza Idaman Gombak sebab kat situ ada satu kedai cina yang repair dengan harga berpatutan.

Malangnya kedai kat situ dah tutup jadi aku terpaksa cari kedai yang lain kat area situ gak. Tak jauh dari kedai tu ada sebuah kedai repair computer, time aku tanya tu pembantu kedai tu berkata "sila tunggu sekejap abg, orang yang repair tu tengah solat".

So lepas orang tu solat, aku pun terangkan laa apa masalah PC aku tu dan orang tu kata dia akan cuba format dulu sambil cuba backup file yang aku nak. Sementara tunggu dia buat aku pun as usual pergi la makan kat Mcd jap bersama kakak dan anak buah aku.


Wallaaahhh...Kurang dari sejam, orang kedai tu telefon balik  dan bagitahu PC aku dah siap. Rupanya salah satu daripada port kat CPU aku rosak dan masih ada satu slot yang masih boleh digunakan. Aku nak cerita pun panjang tapi sebenarnya dia tak usik pun PC aku and  end up dia hanya charge aku RM10 untuk perkhidmatan yang diberikan.

Aku merasa lega sebab sekarang aku PC aku dah boleh run macam biasa dengan hanya bermodalkan RM10..Sebenarnya boleh jer kalau dia nak format terus PC aku dan charge aku lebih sikit tapi mengambil keputusan untuk bersikap jujur dan terus memberitahu aku apa masalah dengan PC aku tu.

Sikap jujurnya itu yang membuatkan aku akan datang lagi sekiranya mempunyai masalah dengan PC dan juga rekemen pada kawan kawan aku yang mempunyai masalah dengan PC. 

24 comments :

  1. Alhamdulillah.. Bertuah Strider jumpe abg tu kann.. Mudah2an rezeki abg tu pun brtambah... In shaa Allah

    ReplyDelete
  2. bagus la.. jujur..
    bro promote sikit kedai tu..ambil gambar kedai ke.. senang nak p..he..
    sikap luaran dia dah tunjukkan keperibadianya.. solat..alhamdulilah..
    smoga lebih bayak peniaga sbegitu..jujur dan amanah dan telus..

    ReplyDelete
  3. Terang benderang cahaya nya...:D
    Salam hujung minggi

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dah pulih ye. Hanya pakar2 komputer je yang tahu masalah komputer kita kan..tapi tu laa, bukan semuanya yang jujur T_T

    Ika nak jemput join GA ika ni, harap sudi laa join ya heee :D
    http://haneulafiqah.blogspot.com/2014/04/grand-opening-giveaway-by-haneulafiqah.html

    ReplyDelete
  5. mungkin sebab wallpapernya kot...cuba tukar 'keep the blue flag flyng high'... biru jeeee, sejukkkkk jeeee... hehe

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... Murah juga tu rm10 je..

    ReplyDelete
  7. syukur sudah pulih pc azlan.. susah nak jumpa manusia yang jujur begitu.. ada hikmahnya, lepas ini pasti azlan akan promosi kedai tu kat kawan-kawan dan sudara.. menabung ford..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. syukur dpt org yg jujur.. setengah org dah slash paling sikit pun rm50 dah.. Semoga beliau terus maju & tahniah Strider sbb PC sudah ok kembali.. :) ;)

    ReplyDelete
  9. eeh baiknya dia jujur T_T
    Heheheh rezeki tu huhu.

    ReplyDelete
  10. hehehehe... apa nama kedai tu... cuba buat entry sket pasal kedai repair PC tu...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..nasib baik..sikap jujur mcm tu ssh nk dpt kalau dlm dunia perniagaan ni kan..menabung libress kat sini.. :)

    ReplyDelete
  12. alhamdulilah... aktiviti berblogging tak pending dah..hehe

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum azlan, alhamdullilah. jujur sungguh orang tu. baiknya, semoga dimurahkan rezeki beliau. hehe singgah menabung colgate sini~~~

    ReplyDelete
  14. alhamdullilah dapat orang yang jujur.. meh bagi alamat rekmen kat kawan2 :)

    ReplyDelete
  15. Orang yang menjaga solat dan bersikap jujur serta amanah dalam mencari rezeki itu adalah rare pada zaman sekarang... # RESPECT

    ReplyDelete
  16. ngehehe, aku pun nasib ada kaki yang kerja memang bikin pc. upahnya cuma burger bakar pasar malam je.

    ReplyDelete
  17. Boleh disaran kan pada kawan2 lain jugak..:P

    ReplyDelete
  18. zaman sekarang nie susah nak cari peniaga jujur camtu lagi... tapi bila jujur.. tengok allah murahkan lagi rezeki dia... allah buka hati lan untuk promote dan lebih ramai lagi yang datang kan... :D

    ReplyDelete
  19. Murah tu dia caj rm10. Alhamdulillah dpt org yg ok.

    ReplyDelete
  20. Kita punya lappy pun dah rosak. Tengah pening. Samada nak beli baru atau hantar repair. Bagilah add dia strider, mana tau kalau kita terfikit nak hantar instead of beli baru..

    ReplyDelete