Tuesday, December 10, 2013

#1295 - Review Filem: Captain Philips

Hye Readers,



Alhamdulillah berakhir sudah training aku selama 2 hari bermula hari isnin yang lepas. Facilitator dia agak menarik kerana pernah bekerja dengan Sunway dan MAS, so banyak jugak laa aku belajar macam mana Sunway naik dan kenapa performance MAS semakin menurun.



Entry aku kali ini adalah untuk memenuhi hajat bro SM Botak kita yang mintak aku review filem Captain Philip yang aku tengok last weekend. So aku akan review sikit pasal filem ini berdasarkan pendapat aku.

Aku rasa tak perlu aku cerita pasal sinopsis dia sebab info tu berlambak dalam internet. Tapi secara ringkasnya filem ini mengisahkan tentang usaha menyelamat Captain Philip yang telah diculik oleh lanun Somalia ketika berada di tengah lautan.

Captain Philip ini merupakan sebuah cerita "true event" dimana kejadian itu benar-benar berlaku dan diceritakan semula.Basically 90% cerita ini dekat atas laut tetapi disebabkan citernya diolah dengan baik maka cerita ini tidak memboringkan.

Lakonan Tom Hanks dalam cerita ini amat baik sekali, dan aku rasa ini memang watak-watak yang sesuai denganya. Satu sebab kenapa korang kena tengok cerita ini adalah sebab korang kena tahu betapa susahnya nak menyelamatkan nyawa seseorang ditangan 4 orang lanun.

Kalau dalam cerita-cerita lain Navy Seal nie senang jer nak tembak orang, tapi disebabkan ia merupakan kisah benar jadi mereka kena cerita betapa payahnya sebenar usaha itu. Tidak senang seperti yang kita tengok dalam filem-filem Hollywood lain.

So far citer ini menarik untuk korang tengok. Kalau korang meminati lakonan Tom Hanks aku rasa korang mungkin tidak kecewa. Bagi aku filem ini best walaupun ade cerita lakonan Tom Hanks yang bagi aku tak best seperti Castaway. 


p/s: Aku ade sponsor hadiah giveaway untuk korang. kalau nak tau sila klik sini

Regards,
-Strider-

13 comments :

  1. aku baca rewiew ko ..trus rasa aku nak menonton crita ni.. tambah tom hank berlakon..!! star ko bg pun byak..mesti best!!

    ReplyDelete
  2. 4 bintang tu, suka dengan filem yang berdasarkan kisah benar..

    ReplyDelete
  3. sepertinya menarik ini filem nya. Jadi pengen nonton deh saya. Thanks ya atas share nya :)

    ReplyDelete
  4. Best ni.. mmg kena tengok. Thanks sharing Strider.. :)

    ReplyDelete
  5. ramai orang cakap filem ni best.. nak pergi tengok juga la nanti.. transitions dan inti..

    ReplyDelete
  6. nice review..pasni boleh la fikir nk tgk ke x.. :) dtg click nuff jugak..

    ReplyDelete
  7. Hi brooo huhuhuhu qila tengok trailer mcm best je tapi malas lah buang duit hehehhhee



    p/s: clickclick!!!!!

    Regards, Qila x

    hehehehhe

    ReplyDelete
  8. kacak betul brader yang tunjuk muka dari tepi tu. ahahhaaa!! minggu yang sangat sibuk, tapi bila tengok tajuk... laju2 aku klik!

    nampak gaya, aku kena ponteng kerja. kena satu round pun sedap ni. filem2 berdasarkan `true event' memang aku suka. lebih2 lagi kalau pembikinnya cuba buat dengan se`real' mungkin (macam kau sebut pasal navy seal tu)

    bro, aku tengok castaway dulu, sorang2 je.... hahaahaaa! (sayangnya filem tu sangat mendatar)

    ReplyDelete
  9. Akak tak kenal si Tom tu..tapi jln cerita nya menarik. Suka cerita2 mendebarkan camni.

    ReplyDelete
  10. x tau should i watch this film or not hehe

    ReplyDelete
  11. ika tak minat pula cerita camni hewhew...

    wahwah, sponsor for GA jugak ye :) goodluck tau!

    ReplyDelete
  12. dh lama x tengok lakonan tom hanks..

    ReplyDelete