Wednesday, April 16, 2014

1392 - Jangan Macam Tu Dowh

Hye Readers,

Korang pernah guna perkataan "dowh" di belakang ayat tak macam tajuk aku tu. Secara jujurnya aku sendiri ada menggunakan perkataan tu bila bersembang dengan rakan rakan. Asal usul sebenar perkaatan ini aku tak tahu dari mana tapi kalau mengikut forum Cari Gold, perkataan dowh/doh ini berasal daripada singkatan bodoh.

Sebenarnya penggunaan dowh ini agak common bagi mereka yang membesar di Kuala Lumpur. Oleh disebabkan perkataan itu agak urban, jadi penggunaanya harus disesuaikan mengikut keadaan. Kenapa aku cerita pasal dowh dalam entry aku kali ini?


Ini merupakan satu teguran dari rakan FB aku mengenai penggunaan dowh. Seriously aku bersetuju dengan dia kerana walaupun perkataan dowh itu mungkin nampak stylo, tapi ia sebenarnya tak sesuai jika digunakan terhadap mereka yang lebih tua apatah lagi ibu bapa kita sendiri.

Sebenarnya bukan semua perkataan yang kita guna dengan kawan boleh digunakan terhadap mereka yang lebih tua daripada kita. Ia sama juga seperti perkataan "beb" yang selalu digunakan oleh remaja sekarang. Oleh yang demikian, cuba laa elak menggunakan bahasa urban ini terhadap orang yang lebih tua daripada kita kerana ia nampak tidak hormat.

Bagi mereka yang dah terbiasa atau dah menjadi habit menggunakan bahasa ini, cuba kurangkan penggunaanya. kepada yang tak pernah pakai, lebih baik jangan cuba pakai kerana ia tak membawa apa apa makna yang special pun.

Regards,
-Strider-

17 comments :

  1. budak2 remaja je yg suka clp mcm tu...remaja tua macam saya ni klu cakap mcm tu konfirm diorg panggil ' buang tabiat'... huhu

    ReplyDelete
  2. yes. memang betol dowh tu dari perkataan bodoh. huhu

    ReplyDelete
  3. Ramai aje yang gunakan..among friends..gurau-gurau oklah kot..but still tak elokkan..mana boleh panggil orang bodoh..Hmm..Libresee 2x for you..

    ReplyDelete
  4. mmg menyampah lau org sebut 'dowh', 'beb' dsb ni. nyampah rase. macam ekelleh-poyoooo-gileeee-mamat/minah-ni. hahaha. lau org tu gune perkataan2 cam tu mmg aku mls nk sembang ngan dia dah. kehkehkeh

    ReplyDelete
  5. selalu dgr kawan2 ckp guna perkataan ni tapi diri sendiri tak pernah guna pon..diakui mmg stylo bila guna dowh..dowh neh..akeke... klik digi di sini

    ReplyDelete
  6. Itulah... Bahasa budak2remaja skrg mmg kasar..xde dh kesantunan... Huhh

    ReplyDelete
  7. Betul, kita nak bercakap ni bkn boleh sama caranya dgn semua org/peringkat umur. Budi bahasa kena jaga.

    ReplyDelete
  8. setuju walaupun pkataan tu nampak stlo dan stylista serta urban sangat ha..ha.. maaf bkan org kl.. teman pun x brapa gmar pkataan tu..

    ReplyDelete
  9. Betul, qila dulu ingat doh ni mcm saje saje.
    Pastu bila umi dengar. Umi mcm eh. You cakap bodoh ke tadi?
    Eh tak....
    And then qila realized yang tu sebenarnya bodoh -_-
    sedih duduk kl ni mcm mcm perkataan peliks and caruts yg kita pun tak sedar haihhh

    ReplyDelete
  10. nasib baik aku tua dulu sebelum perkataan ni muncul...hahahahaha

    ReplyDelete
  11. Nad la antara org yg suka guna word doe tu T.T maafs

    ReplyDelete
  12. SA dulu pernah guna...but dah lama tinggalkan....

    ReplyDelete
  13. Kadang kita mengikut tanpa menyiasat lebih dalam tentang sesuatu perkara, ada juga yg biasa cakap bodoh, celaka, bangang secara lawak dan gelak, bagi mereka mungkin perkataan biasa takde erti tapi bagi yg tak biasa tu dah sangat menyinggung perasaan..

    ReplyDelete
  14. Cakap2 yg mcm tu dlm tak sedar boleh menjadi doa.. hari2 kena bodoh sesama sendiri, boleh jadi bodoh terus nanti... astagfirullah...

    ReplyDelete