Friday, November 22, 2013

#1256 - Zed Zaidi Hilang Jawatan Presiden Seniman

Hye Readers,



Semenjak balik dari Bukit Fraser, PC aku macam nak tunjuk perasaan pulak. Kejap okay dan kejap tak. Semalam merupakan kemuncaknya apabila window tak nak load langsung. Nampaknya aku kena bersedia dengan sebarang berita buruk lepas ini.

Tapi bukan aku sorang jer yang mendapat berita buruk. Nampaknya Zed Zaidi juga mendapat berita yang sama apabila Mahkamah Tinggi memutuskan Mesyuarat Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) kali ke-14 yang diadakan pada 25 Mei tahun lalu adalah tidak sah dan terbatal sekali gus membuatkan Zed Zaidi kehilangan jawatan "Presiden Seniman"

Sebelum ini isu jawatan Presiden Seniman itu agak panas sebab bekas presiden seniman yang lepas iaitu Harun Salim Bachik kecewa dengan sikap Zed Zaidi yang ketika itu dianggap membelakanginya. Ketika itu Zed Zaidi menyandang jawatan timbalan presiden.

Selepas menjawat jawatan Presiden Seniman, Harun Salim Bachik bersama lapan orang artis lain telah menerima kejutan dengan tindakan saman dari Persatuan Seniman Malaysia. Namun Harun Salim  Bachik tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu itu.

Mahkamah juga telah memutuskan supaya Mesyuarat Agung akan diadakan semula dari tempoh 2 Bulan dari tarikh keputusan ini dikeluarkan dan ia akan dikendalikan oleh Pertubuhan Berdaftar (ROS). 

Apa-apa pun keputusan siapa yang sepatutnya menjadi presiden seniman adalah terletak di tangan artis-artis yang berdaftar dengan Seniman. Aku akhiri entry aku dengan serangkap pantun ala-ala David Teoh.

Solong Papan Talik Papan,
Buah Keranji Dalam Perahu,
Pasal Wawa Lu nak Meroyan,
Silakang padan muka lu.

Regards,
-Strider-

Artikel Berkaitan

* Motif Zed Zaidi Cabar Imigresen & Puspal
* Zed Zaidi Gila Kuasa Ke??
* #1053 - Zed Zaidi Tak Kenal PSY??
* #1030 - Kejutan SENIMAN buat Patrick Teoh

12 comments :

  1. mmm... lepas nie sapa pulak dilantik Presiden Seniman nie...

    ReplyDelete
  2. siapa pula laa kan yang menggantikan zed zaidi nanti, harap lebih baik laa :)

    ReplyDelete
  3. sorong papan tarik papan
    buah keranji dalam perahu
    masing2 berebut jawatan
    tapi kerja macam tak tau...

    ReplyDelete
  4. Tak berapa nak faham laaa dengan Industri Perfileman Malaysia dan Persatuan Seniman ni...Ida ingat lagi bagaimana lantangnya Zed Zaidi ni mempertikaikan memenangan Aaron Aziz awal tahun lepas.

    ReplyDelete
  5. 1 lg yg sy dengar pasal zed zaidi ni, dia da terlibat dalam umno skrg..memang ngam kan dia jd ahli politik..hehe

    ReplyDelete
  6. huuuuuuu...... biasalah hidup ni spt roda.

    ReplyDelete
  7. artis artis,, tak abis ngan kontroversi.. grrr

    ReplyDelete
  8. salam...

    haha...tertarik sangat dengan pantun tu.. keh keh....

    ReplyDelete
  9. Power corrupts; absolute power corrupts absolutely. Rasanya, si Zed Zaidi ni dah terkena penyakit mabuk kuasa agaknya.

    ReplyDelete
  10. Bab pantun tu buat SA gelak besor...x ikut dh pasal diorg ni

    ReplyDelete
  11. politik ada di mana-mana.. hatta dalam keluarga sendiri pun ada unsur politik juga..

    ReplyDelete
  12. Jawatan semua nk rebut, tp kerja x reti nk buat betul.. mcm2 org ni...

    ReplyDelete