Thursday, February 28, 2013

#1086 - Jejambat Runtuh Di Putrajaya

Hye Readers,



Kalau baru-baru ini kita dilaporkan dengan bumbung Stadium Gong Badak Runtuh, Kini ade satu lagi infrastruktur yang runtuh iaitu jejambat menuju ke Putrajaya..Sebenarnya aku mula tengok gambar tu bermain di laman social lepas tengah hari tadi but since ade yang kata hoax jadi aku tunggu sehingga dpt info yang tepat.

NST tadi dah melaporkan secara rasmi yang kejadian tu memang betul berlaku tanpa melibatkan sebarang kemalangan maut..JUrucakap PKNs berkata jejambat itu merupakan sebahagian dari jalan yang menghubungkan Putrajaya yang dibawah pengawasan PKNS...

Tapi ade laporan yang menyatakan yang jambatan itu telah ditutup oleh pihak lebuhraya kerana mereka telah mengesan keretakkan dan mendapan tanah. Adakah benda ini design failure atau pun  isu workmanship (kontraktor tak berkelayakkan) yang berlaku sekali lagi??sama-sama kita nantikan report yang menyusul..

Regards,
-Strider-

#1085 - Googleplex - Ibu Pejabat Google Yang Baru

Hye Readers,



Stylo tak gambar atas tu?Kalau korang nak tahu minggu lepas Google dan announce pasal pembinaan  Googleplex iaitu Ibu pejabat Google yang baru..Google dah merangkan satu massive expension terhadap Ibu pejabat mereka di California dan ia akan menjadi satu pejabat yang awesome...

Kompleks tersebut akan dibina di atas tanah seluas 1.1-million kaki persegi di  Mountain View, dan dijangka akan siap dalam tahun 2015...Konsep garden on the roof akan bina dekat kompleks baru dan google berkata jarak antara satu pekerja kepada satu lagi ialah kurang dari 2.5 minit..

Aku rasa dorang nie nak bersaing dengan Apple yang sedang membina di atas tanah berkeluasan 2.8 juta kaki persegi yang mampu memuatkan seramai 13,000 pekerja.Gambar kat bawah nie pulak merupakan gambar Google punya ibu pejabat sekarang...






Syok giler kan kalau dapat bekerja dalam suasana macam tu..Dah rupa macam university pun ade gak..hehehe..Kenapa aku kata kompeks baru dorang akan awesome??Sebab current office dorang pun dah stylo..yang baru mesti lagi stylo kan???

Regards,
-Strider-

Wednesday, February 27, 2013

#1084 - Perlu Ke Perempuan Get Right To The Point

Hye Readers,


Ini merupakan salah satu tweet dari curator @twt_malaysia untuk minggu nie...Curator twee_malaysia minggu ini ialah seorang artis perempuan yang popular yang dikenali sebagai Sofea Jane...Sebenarnya its a good question..Perlu ker seorang perempuan get right to the point???

Pada pendapat aku perlu sebab bukan semua lelaki mampu bersikap sensitif..Aku pun tweet laa something like "girls slalu kata that when she said okay means that shes not okay...then macam mana nak tau bila dia okay?" haha..tanya salah, tak tanya lagi laa salah..hahaha..

Sebenarnya itu satu contoh jer...banyak gak feed back aku dapat macam kena check tone perempuan tu..kalau okay dia pendek jer means she's not okay..and ade jugak yang bagi tau perempuan yang perempuan bila okay dia sendiri akan beritahu tanpa ditanya...

Apa-apa pun bergantung kepada situasi dan keadaan, perempuan kadang-kadang kena get right to the point sebab macam aku kata tadi bukan semua lelaki boleh bersikap sensitive..Dan kalau ade satu isu yang serius jangan biarkan BF/Suami tertanya-tanya sebab lelaki nie kebanyakkan malas nak meneka.hahaha

So aku panjangkan laa pertanyaan di ruang komen aku..Sebagai seorang lelaki atau perempuan korang rasa perlu ke perempuan get right to the point dan apa sebabnya???care to share something with me??hehe :D

Regards,
-Strider-

#1083 - Salah Pemain Kedah Sendiri

Hye Readers,

Kita tinggalkan citer artis kita jap...Jom citer pasal bola sepak Malaysia pulak...semalam beberapa perlawanan Piala FA berlangsung dan yang menjadi tumpuan aku ialah perlawanan Kedah vs Johor Darul Takzim (JDT) yang berlangsung kat stadium Darul Aman...

Sebenarnya aku penyokong nuteral semalam sebab utk Liga Malaysia aku sokong Selangor..Yang buat game nie jadi menarik bagi aku ialah pemenangnya akan bertemu Selangor diperingkat Suku Akhir...Result smalam berpihak kepada JDT dengan kemenangan penalti 4-5...

Sebenarnya pasukan Kedah dah mendahului JDT dengan 2-0 pada separuh masa pertama..Tapi corak permainan defending yang diamalkan Kedah telah mengundang padah apabila johor berjaya menyamakan kedudukan sebelum 90 minit tamat..aku sendiri dah boleh ramalkan benda nie berlaku...hehehe



Sebenarnya walaupun dua-dua pasukan mempamerkan corak mainan yang lebih kurang sama tapi akhirnya nasib menyebelahi JDT apabila pemain kedah gagal untuk menyempurnakan penalti..Aku kata nasib sebab xde satu keeper pun yang save penalti malam tu..hehehe

Apa-apa pun ia satu pengajaran yang baik untuk pasukan kedah dan player itu sendiri..Sebenarnya taktik defending ini hanya boleh diguna dalam tempoh 10-15 minit sebelum game tamat..kalau dari start 2nd half dah main defending, pasukan itu mengundang kekalahan..hahaha

Dah laa, cakap serupa pundit dah aku nie...harap-harap laa penyokong kedah tak marah ngan apa yang aku cakap nie...hehehe..anyway, Congaratulation to penyokong Johor an bergembira laa selama yang boleh sebab masuk suku ahkir nanti korang akan kalah..hahaha #CakapBesar

Regards,
-Strider-

Tuesday, February 26, 2013

#1082 - Zain Dan Rozita Tak Bincang Ke?

Hye Readers,



Pelik-pelik manusia zaman sekarang nie...Tadi aku ade baca berita kat mStar pasal Rozita Che Wan nak kawin dah ngan Zain Saidin pada Julai ini...Few hours later ade pulak berita dari berita dari Harian Metro kata Zain memang nak kawin hujung tahun ni dan bukan bulan Julai..

Adoiyai, dorang nie nak kawin pun tak tahu tarikh bila...Macam main-main pulak aku rasa..Benda serius macam nie perlu ade perbincangan dari dua belah pihak dan satu tarikh yang dipersetujui sebelum boleh umum kat public.

Kan elok kalau jumpa, bincang tarikh yang sesuai, pastu jemput laa sapa yang patut dan last skali baru umum kat public..Ini main umum jer tanpa confirmation kalau tak jadi sapa yang malu??Aku tak tahu laa wartawan yang salah quote tarikh atau pun mereka belum berbincang..

Since dua-dua pun dah besar panjang elok laa bawak berbincang tarikh tu.. nanti bila dah ade tarikh yang tepat baru umum laa ehh..tak payah nak surprise-surprise sangat...bukan tarikh election atau pembubaran parlimen pun...hahaha

Regards,
-Strider-

#1081 - Statement Aidil Terhadap Rita Buat Perempuan Marah

Hye Readers,

Gambar dari Arkib
"Saya Dah Tak Sayangkan Dia, Saya Dah Tak Ingin Dia Lagi" itu kata yang keluarkan oleh Aidil terhadap Rita Rudaini dekat mahkamah sebelum ini..Aku amik petikan itu dari Roti Kaya sambil membaca beberapa komen-komen orang lain terhadap cerita ini..

Rata-rata kaum wanita semua marah dengan tindakan Aidil yang dikatakan keterlaluan dan kebudak-budakan..Kisah dorang nie bukan pertama kali kecoh kat public...Dulu dorang mula dengan kes kawin lari pastu kes Tuntutan Aidil Zafuan supaya Rita Rudaini kembali taat disifatkan

Kini kisah mereka kembali hangat diperkatakan apabila Aidil ingin menceraikan Rita di mahkamah..Basically aku tak tahu masalah rumah tangga dorang sebab aku bukan kenal mereka pun...Tapi dari segi luaran memang nampak Aidil laa teruk sebab lepas ajak kawin kat siam, buat tuntutan kembali taat kemudian menceraikan rita..

Bagi aku kalau itu cara yang terbaik untuk mereka mencapai kebahagiaan biar lah...Dari luar susah untuk kita tafsirkan apa yang terjadi..Rita sendiri pun pernah mengeluarkan statement-statement yang menjatuhkan air muka Aidil..

Moga tiada di antara kita yang mengalami nasib sama macam mereka..Thats all for now sebab benda nie tak akan abis..lepas nie Rita akan keluarkan statement dan disusuli oleh Aidil..Statement nie akan berhenti bila kita semua dah malas nak ambil peduli..hehehehe

Regards,
-Strider-

#1080 - Ahmad Fakri Kembali Pulang

Hye Readers,

Fakhri akan beraksi bersama Kelantan

Aku bukan seorang pemain bola sepak professional jadi aku tak sure sangat apa hala tuju, misi dan visi seorang pemain bola sepak...Tapi apabila pemain kita diberi peluang bermain di liga eropah, ia suatu yang patut dibanggakan kerana bukan semua pemain dapat peluang itu..

Namun laporan yang aku baca tadi kat Berita Harian agak mengecewakan..Ia berita mengenai kepulangan Ahmad Fakhri Sharani ke Malaysia selepas tidak sampai dua bulan beraksi bersama kelab divisyen tiga Portugal, Atletico SC.

Fakhri mengikut jejak Mohd Nazmi Faiz Mansor dari kelab Portugal, SC Biera Mar yang pulang selepas hanya enam bulan bersama kelab divisyen satu itu.Aku pasti masing-masing punyai masalah sendiri sama ada homesick atau masalah bahasa yang digunakan aku tak tahu laa...

Kedua-dua pemain ini dibawa oleh ejen mereka iaitu Marco Guimaraes...Sama ada Guimaraes yang tersilap menilai prestasi mereka atau mereka yang mempunyai masalah dengan ejen, itu masih belum diketahui..Tapi yang penting nak mencapai kejayaan itu bukan satu perkara yang mudah.

Aku tak tahu apa tindakan FAM lepas nie..Maksud tindakan tu bukanlah berbentuk denda tapi apa yang FAM perlu buat supaya pemain Malaysia tidak pulang awal..Mungkin FAM akan mengetahui masalah sebenar mereka jika FAM tidak sibuk mendenda sana sini..hehehe

Regards,
-Strider-

Monday, February 25, 2013

#1079 - Autoshow at Downtown Kampung Baru

Hye Readers,

Dah dua hari aku tinggalkan blog nie tanpa sebarang update..Bukan sebab malas tulis atau tak ada idea tapi sebab ade commitment lain..Malam minggu yang lepas bertempat di Downtown Kampung Baru berlangsung acara autoshow selama 3 hari dari kelab-kelab yang berbeza...


Kereta-kereta yang dipamerkan kebanyakkan adalah kereta tempatan yang telah diubahsuai mengikut citarasa pemilik..Pemilik kebiasaanya akan menghabiskan lebih kurang RM 15K-30K dalam usaha menjadikan kerata mereka unik di jalan raya..


Sambutan pada malam tu amat menggalakkan dan khabarnya mereka akan kembali lagi semula ke Downtown bagi menjalankan satu pertandingan Autoshow berkekuatan 60 buah kereta dari pelbagai ketegori..Info mengenai event tu akan aku update kalau tarikh dah confirm atau kalau sempat..

In a meantime bagi korang yang nak mengetahui aktiviti yang ade dekat downtown ini atau teringin nak jalan aktiviti kat sini korang boleh berinteraktif bersama mereka di twitter : Downtownkgb atau pun facebook mereka : Malaytown Kampung Baru

Regards,
-Strider-

Saturday, February 23, 2013

1078 FAM Siasat TMJ

Hye Readers,



Semalam aku ade baca berita yang kelakar (bagi aku) dalam paper Kosmo..Ia mengenai statement FAM yang ingin mengambil tindakan terhadap Tengku Mahkota Johor yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim

First of all aku bukan rakyat Johor tapi aku dibelakang Tungku Ismail dalam hal ni..So, apa yang Tengku Ismail dah buat???Ia gara-gara kenyataan mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga M). Setiausaha Agung FAM pun dah keluarkan statement kata nak siasat sama ada Tengku Ismail bersalah atau tak.

FAM nie sebenarnya adalah satu badan yang tak boleh ditegur atau dikritik oleh memana pihak secara sesuka hati..Aku tak paham dimana silapnya jika seseorang itu menyatakan rasa tidak puas terhadap mutu pengadilan sedangkan benda itu benar-benar jadi.

Aku tak salahkan pengadil 100% kerana mereka seperti manusia seperti aku dan manusia akan melakukan kesilapan secara sengaja atau tak sengaja..Sebenarnya dalam kes mutu pengadilan ini aku berharap agar FAM akan keluarkan kenyataan untuk cuba memperbaiki mutu pengadilan.

Namun apa-apa pun kita tunggu je laa apa hasil siasatan dari FAM berkenaan isu ini..Sebelum ini Tan Sri Anuar Musa dan Datuk Seri Shahidan Kassim telah didenda oleh FAM kerana melanggar peraturan yang ditetapkan oleh FAM.

Regards,
-Strider-

Friday, February 22, 2013

#1077 - Keretapi Sarong

Hye Readers,



Bagi yang berada di Lembah Kelang, Esok ade satu event yang bakal berlaku di Stesen LRT Pudu dan Tiriwangsa (Aliran Ampang) iaitu event keretapi Sarung yang mana orang ramai akan menaiki keretapi dan berkumpul di stesen yang aku mention tadi...

Event Keratapi Sarung ini sebenarnya Malaysian version untuk "Worlds No Pants Day" iaitu satu hai dimana orang keluar tanpa memakai seluar panjang..Since pakaian camtu tak sesuai nak pakai kat Malaysia jadi kita tukar dengan kain sarung..nampak molek sikit...

Sebenarnya ade yang tak bersetuju dengan idea ini sambil mengatakan ia satu acara yang membuang masa dan tak mampu mempromosi sarong sebenarnya..Tapi bagi aku ia satu idea yang bagus kerana secara tak langsung budaya berkain sarong tu tak pupus ditelan zaman.

Jujurnya aku sendiri tak tahu dapat pergi ke sebab ade komitmen kat benda lain tapi yang aku tahu setiap tahun event nie mendapat sambutan dari orang ramai dan organisasi tertentu..Kepada yang tak duduk KL pergi laa ke kedai2 runcit berhampiran memakai kain sarong dan kain batik bagi wanita..hahaha :D

Regards,
-Strider-

Thursday, February 21, 2013

#1076 - Fizz Fairuz Vs Azlyn Massiela

Hye Readers,

Pinjam Gambar Berita Harian
Semalam aku ade baca pasal kemelut yang melanda dalam perhubungan Fizz Fairuz dan tunangnya Azlyn Massiela..Tunang Fizz Fairuz dikatakan telah berkhawin dan menjadi bini kedua kepada seorang usahawan dan mereka berkhawin dekat selatan Thailand.

Kini cerita itu ibarat drama bersiri petang-petang kat TV plak apabila Azlyn Massiela tampil membuat kenyataan yang dia tak pernah berkhawin dengan sesiapa pun.Aku tak tahu macam mana dorang bercinta, sebelum kuar press statement tak reti-reti nak berbincang dulu ker???

Semalam Harian Metro melaporkan yang seorang lelaki yang mengaku suami kepada Azlyn meminta peminat jangan salahkan Fizz Fairuz sebab dia tak tahu yang dia tengah "sailang" bini orang...Dia juga mengaku yang dia telah berkhawin di Selatan Thailand tanpa ada sebarang pendaftaran...

Nampaknya kena tunggu laa episod seterusnya..Mungkin mereka bertiga kena pergi balik ke selatan Thailand dan cari tok kadi yang menikahkan mereka..Moral of the story, sebagai jaminan untuk perempuan, kalau nak kawin no berapa pun takpe tapi daftarkan laa perkhawinan anda supaya benda camnie tak berlaku..

Anyway thumbs up Almy Nadia yang secara terangan berkata tak nak masuk campur dalam drama nie..Pemberita akan sentiasa mencari berita, terpulang kepada mereka la sama ada nak selesaikan secara tertutup atau secara press statement..hehehe :D

Regards,
-Strider-

Wednesday, February 20, 2013

#1075 - Bumbung Stadium Gong Badak Runtuh Lagi

Hye Readers,

Bumbung Yang Runtuh pada 2009

Ini merupakan gambar sewaktu bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin(Bertempat di Gong Badak) yang dibina pada tahun 2009 selepas setahun dibina.Alhamdullillah tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan ketika itu...

Antara faktor yang telah dikenalpasti olh pihak JKR pada ketika itu adalah Kawalan kualiti tidak dilaksanakan di tapak serta bahan dan kualiti hasil kerja (workmanship) tidak memenuhi spesifikasi yang telah ditentukan. Mutu pembuatan komponen keluli didapati tidak bermutu dan tidak memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan

Khabarnya bumbung stadium yang sedang dibaik pulih itu runtuh buat kali kedua menurut laporan dari Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu yang aku baca tadi..Aku tak sure sama ada gambai ini merupakan gambar lama yang diguna pakai atau gambar baru..

Runtuhan kali Kedua yang didakwa
Insiden kali ini melibatkan beberapa orang pekerja cedera dan membuat aku bertanya, adakah ini akibat dari failure design atau failure kepada contract (award pada yang tak layak)..Berdasarkan kejadian pertama, sudah tentu kontrak pembinaan diberikan kepada mereka yang layak dan stuktur design harus dikaji semula.

Apa yang penting aku tak akan pergi ke stadium ini walaupun sudah dibaiki sambil menasihatkan orang tersayang agar tidak masuk ke stadium ini kerana pihak terlibat telah 2 kali memperjudikan nasib penonton yang memasuki stadium ini..

Regards,
-Strider-

#1074 - In Loving Memory Kurt Cobain

Hye Readers,



Hari ini merupakan hari jadi bagi seorang penyanyi grunge yang popular ketika tahun 90an dulu..Kurt Donald Cobain (Kurt Cobain) merupakan seorang penyanyi dari kumpulan Nirvana..Kepada sesiapa yang membesar tahun 90an mesti pernah dengar lagu-lagu mereka nie..

Kurt Cobain merupakan salah seorang artis yang berbakat kerana selain dari menyanyi, dia juga merupakan seorang gitaris dan pencipta lagu bagi kebanyakkan lagu Nirvana...Untuk makluman korang nirvana merupakan salah satu kumpulan beraliran grunge yang sangat popular worldwide..

Namun segelintir artis Hollywood yang hanyut dengan populariti, masalah hidup Kurt Cobain bermula apabila dia mula berjinak dengan dadah jenis heroin yang akhirnya membawa kepada kes bunuh diri yang masih dianggap sebagai konspirasi bagi sesetengah peminatnya...

So, that all for now..bagi peminat Kurt Cobain or Nirvana aku tinggalkan korang dengan lagu "Smells Like Teen Spirit" yang merupakan salah satu lagu favorite aku...If he still alive he'll be 46 yrs old...RIP Kurt Donald Kobain..


Regards,
-Strider-

Tuesday, February 19, 2013

#1073 - Keretapi Laju Kuala Lumpur - Singapura

Hye Readers,



Tadi major newspaper melaporkan yang Malaysia dan Singapura telah bersetuju untuk menjalankan satu lagi projek mega iaitu projek "Keretapi Laju Kuala Lumpur - Singapura"..Berita ini telah diumumkan bersama oleh Perdana Menteri Malaysia DS Najib Razak dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong

Secara ringkasnya projek ini mampu membuat rakyat travel 350km secara kasar dari KL ke Singapura dalam masa 90 minit sahaja..Benda ini tidak mustahil kerana di Eropah, perjalanan 480km antara London dan Paris hanya mengambil masa 2 jam 15 minit menggunakan Eurostar High Speed Train..

Feedback dari orang ramai bercampur baur dalam hal ini..Ada yang takut projek besar macam nie akan merugikan negara memandangkan kita dan singapura pernah gagal dalam usaha membina jambatan dari Johor ke Singapura, belum citer pasal kontrak pembinaan nanti..

secara positif pulak projek sebesar ini mampu untuk memberi lebih peluang pekerjaan sama ada sewaktu dalam pembinaan atau pengurusan operasi..Ada yang berpendapat rakyat malaysia nanti akan lebih mudah mencari peluang pekerjaan di Singapura

Pendapat aku lak???let wait and see..Banyak lagi benda yang masih belum diumumkan oleh mana-mana pihak..Ini baru peringkat mencapai persetujuan, kos untuk projek nie pun masih belum diumumkan and by the way, projek ini dijangka siap pada tahun 2020..Apa pulak pendapat korang??

Regards,
-Strider-

#1072 - TERKINI : My Channel 13

Hye Readers,



Apa dia My Channel 13 tu??actually aku pun masih blur lagi 1st aku jumpa website tu kat sini..Secara ringkasnya ia adalah satu channel yang diwujudkan sempena dengan Pilihanraya Umum akan datang bertemakan Suara Hati Rakyat..

Since benda nie baru lagi so aku tak sempat habis browse lagi..ade sesiapa yang pernah browse???Aku sendiri tak sure site nie berpihak kepada mana satu tapi both side of story ade..Maybe dorang nie bersikap independence kot..

Tapi apa-apa pun bagi yang berminat untuk update or ikut cerita pasal politik, maybe korang leh gunakan website nie sebagai sumber atau bahan rujukan. Dengan dunia semakin moden pelbagai info boleh kita dapat..Terpulang kepada kita untuk memilihnya... :D


Regards,
-Strider-

#1071 - Rompak Depan Pondok Polis

Hye Readers,

BULATAN (kiri) menunjukkan pondok polis yang terletak bertentangan dengan kedai emas (kanan)
Pagi tadi aku ade baca berita yang jarang-jarang kita dengar...Berita tentang semua kedai emas yang dirompak hanya 20 meter dari sebuah pondok polis..mereka bertindak berani merompak dan melarikan tiga dulang berisi sejumlah rantai leher dianggarkan bernilai RM200,000 daripada sebuah kedai emas tersebut.

Mungkin perompak itu beranggapan yang "tempat yang paling bahaya adalah tempat yang paling selamat" dan disebabkan itu mereka memilih untuk merompak kedai tersebut..nak salahkan anggota polis kat situ pun xboleh gak sebab takkan mereka nak monitor keadaan di luar 24 jam kan??

Apa-apa pun perompak telah pun mencabar kredibiliti polis dan aku harap pihak polis berjaya menangkap mereka secepat mungkin sebelum meka merompak lagi sekali..Zaman sekarang orang dah terdesak untuk hidup senang sehinggakan sanggup mengambil risiko sampai macam tu sekali...

Regards,
-Strider-

Monday, February 18, 2013

#1070 Puchong Tenggelam

Hye Readers,

Petang tadi sekitar kawasan KL hujan lebat ker??Dari dalam opis aku tak perasan pulak betapa lebatnya hujan..Bila tengok kat facebook orang update pasal banjir puchong terkejut plak aku betapa teruknya banjir tu..So aku search laa kat dalam internet jap dan dapat sumber dari NST pasal banjir tu...

Menurut Penolong Pengarah Operasi BOMBA Selangor air naik setinggi 1.5 meter di hadapan kawan IOI Mall Puchong..Berdasarkan gambar kat bawah nie, korang dah boleh agak betapa teruknya banjir tu..




Sib baik aku tak duk sekitar kawasan tu..kalau tak payah jugak nak balik umah dalam keadaan macam nie..Tapi menurut NST banjir mula surut pada pukul 6 petang...

p/s: entry express sebab tak cukup masa nak update entry malam nie..esok pagi saya bw blog korang ehh..hehehe :D

Regards,
-Strider-

#1069 - Anda Mungkin Bunuh Diri

Hye Readers,



Setelah weekend yang busy minggu lepas tadi aku ada bw kat blog Jna...dia masih belum update entry baru lagi melainkan pengalaman dia dan orang bunuh diri..Kalau rasa nak baca (Klik Sini). Sebenarnya dari hari tu aku rasa nak update entry nie tapi tak sempat nak tulis..

Kita track back kes bunuh diri yang terbaru iaitu kat Times Square hari itu(Klik Sini) ...Rata-rata orang komen mesti kenapa harus bunuh diri hanya kerana cinta??Well, since mangsa dah meninggal dunia jadi kita tak akan tahu kenapa sebab sebenar dia terjun..

Tapi tahukah anda sebenarnya kes bunuh diri tak terjadi atas satu faktor tunggal..Dalam kebanyakkan kes bunuh diri, mangsa mempunyai pelbagai jenis masalah terkumpul yang berlaku serentak seperti putus cinta, masalah ekonomi, masalah berkaitan penyakit, masalah jenayah, mengelakkan rasa malu dan pelbagai lagi..

Apabila semua masalah diatas datang secara serentak dan mangsa sudah tidak mampu lagi berfikir, maka  mangsa akan berfikir yang bunuh diri mampu menyelesaikan masalah mereka..apa yang diperlukan mangsa  perlu ialah satu sebab sebagai pencetus untuk mereka membunuh diri..

Aku berpendapat putus cinta mampu menjadi pencetus sebab apabila timbul pelbagai masalah orang yang terakhir yang kita akan pergi adalah keluarga dan orang yang kita sayangi..Jika keluarga tidak mengendahkan tambahan orang yang kita sayang pun tinggalkan kita kepada siapa lagi nak mengadu nasib?

Oleh sebab itu jangan laa kita beranggapan kita tak akan membunuh diri akibat cinta kerana kita tak dapat meramal masa depan..Mungkin sesetengah orang boleh survive akibat ditinggalkan kekasih tapi kalau masalah yang bertimpa melanda diri, lepas tu kena tinggal plak dengan kekasih mungkin anda akan berfikir untuk menamatkan riyawat korang..

Dari segi agama yang islam sudah tentu tahu hukum hakamnya tetapi if im not mistaken, kristian dan yahudi juga melarang perbuatan membunuh diri ini..Moral of the story, selesaikan masalah anda satu persatu supaya korang tak tertekan suatu hari nanti dan mengambil tindakan tidak bermoral ini...

Regards,
-Strider-

#1068 - Ferris Wheel Terbesar Di Dubai

Hye Readers,



Aku tak tahu apa lagi yang nak dikejar oleh Dubai nie..Mereka mempunyai rangkaian hotel termewah, shopping kompleks terbesar...Bangunan yang tertinggi, dan kini mereka ingin mencipta ikon yang terbaru iaitu Ferris Wheel terbesar di dunia...

Menurut berita yang aku baca dari Daily Chili Dubai eye setinggi 210 meter diharapkan mampu menarik 3 juta pengunjung dalam masa setahun..Khabarnya ia juga akan menewaskan New York Wheel setinggi 190 meter yang akan dibuka pada tahun baru 2015 di New York..

Buat masa sekarang Singapore Flayer merupakan Ferris Wheel terbesar dengan ketinggian 160 meter...Kalau sesiapa pernah naik Eye On Malaysia dulu, ketinggian tu baru dalam 60 meter..maksudnya Dubai punya Ferris Wheel nie 3 kali ganda lebih tinggi...

p/s: update entry pendek sebab banyak blog nak kena singgah.. :D

Regards,
-Strider-

Friday, February 15, 2013

#1067 - Simple Rules

Hye Readers,


Semalam aku satu hari tak update blog..Bukan sebab tak nak or tak ade mood tapi masa yang tak ade..hehehe..So malam nie aku upadate laa satu entry ringan untuk korang semua..Tadi aku ade follow satu topic yang agak menarik dari @twt_malaysia iaitu berkenaan dengan #SimpleRules.

Sebenarnya banyak simple rules yang rakyat Malaysia abaikan...Aku tak tahu adakah rule ini tidak didik sejak dari kecil ataupun orang tu memang perangai dia macam tu..so aku list 10 tweet berkenaan dengan simple rule yang aku rasa menarik.

1) Just like a mobile phone, a person's computer screen is private territory. Ask before you pop your head over to look at it.#simplerules

2) Being rude to waiters/servers/mamaks don't make you better than them. It just makes you an idiot. #simplerules

3) say thank you, whether you're sincere or not, when people lend you their help. They deserve at least that.#simplerules

4) #simplerules dont talk on the phone when ppl hving conversation or watch tv and expect them to be quiet so u cn b on the hp!

5) warp your chewing gums in its wrapper, then dump it properly in the bin. #SimpleRules

6)  say thank you when people hold the lift for u.#simplerules

7) Kereta anda bukan tong sampah, jalanraya pun begitu jugalah. Ada sampah, simpan dululah.Jumpa tong baru campaklah#SimpleRules

8) Nasi goreng should always come with sup kosong. #SimpleRules

9) Speak with the benefit of knowledge, not with the handicap of ignorance #simplerules

10)  same goes to queuing up at ATM machines. Jangan jeling duit baki orang plis! #SimpleRules

So, itulah antra 10 things what malaysian think about Simple Rules..sebenarnya benda nie kadang-kadang terjadi tanpa kita sedari..Ada apa-apa yang korang nak tambah???

Regards,
-Strider-

Thursday, February 14, 2013

#1066 - Bunuh Diri Di Times Square

Hye Readers,



Gambar tersebut aku dapat dari twitter dan facebook..Pada mulanya aku macam tak nak percaya sebab berkemungkinan photoshop..Tapi selepas beberapa jam dan menetiliti dari beberapa sumber, kejadian tersebut dikatakan memang-memang benar-benar berlaku di Berjaya Times Square.

Mangsa dikatakan terjun dari tingkat 6 selepas bertengkar dengan teman lelakinya..Mengikut sumber Harian Metro, mangsa yang berusia 19 tahnun dikatakan mati serta merta di tempat kejadian

Kepada semua single ladies di luar sana, jadikan laa ini sebagai satu tauladan..Bunuh diri tak pernah menyelesaikan masalah bahkan hanya menimbulkan lebih masalah kepada orang yang tersayang..

Regards,
-Strider-

#1064 - Cerita Sama Setiap Kali Valentine's Day

Hye Readers,

Hari ini Valentine's Day kan??Banyak orang cerita pasal Valentine arini tapi mostly cerita mereka sama...Setiap kali Valentine ade 2 jer cerita yang famous iaitu Valentine haram disambut (bagi umat islam) dan operasi pihak berkuasa berjaya menahan bla..bla..bla...

Bagi aku serbuan pihak berkuasa time valentine nie tak pernahnya berjaya...Mereka cuma berjaya menahan pesalah yang berpendapatan rendah atau pun yang kurang pendidikan..In fact sebelum aku tidur semalam aku dah boleh teka kat mana tumpuan serbuan penguatkuasa nie...


Hasilnya, menurut berita yang aku baca 5 pasangan ditangkap di sebuah hotel murah sekitar Chow Kit kalau tak silap aku dan serbuan kedua bertempat di Titiwangsa 3 pasangan diberi arahan untuk datang kaunseling selepas ditangkap berkelakuan tidak senonoh di tempat awam..

So, bagi mereka yang ade duit lebih sikit mereka tak perlu risau pasal operasi Jawi time Valentine nie sebab kalau mereka check in hotel 4 atau 5 bintang sure takda orang nak kacau.. Kepada yang pandai sikit, kalau time valentine dorang elak lepak taman tasik mereka pun tak akan kena tangkap..

Niat aku bukan nak mengajar Jawi macam mana nak buat kerja ataupun nak nasihat macam mana nak elak supaya kena tangkap tapi aku rasa pendekatan baru perlu diambil kalau betul-betul Jawi ade niat nak banteras maksiat..Maksiat bukan jadi time Valentine jer..Ketika semua sedang fokus eve Valentine semalam, berapa ramai pula yang check in mlm nie atau hujung minggu nanti...

Secara general tanpa mengira pandangan dari sudut agama, aku tak paham kenapa orang perlu sambut hari Valentine sedangkan time tu semua benda mahal...Kalau nak hargai kekasih anda, hargailah sepanjang masa tanpa mengira tarikh.. :D

Regards,
-Strider-

Wednesday, February 13, 2013

#1063 - Gelaran Dan Social Network

Hye Readers,



Abaikan gambar bakal ahli parlimen P119 Parlimen Blogger tu..hehehe..Last week aku ade lepak ngan my friend dan aku tatau camana boleh kuar topic pasal gelaran di social network.Ini bukan gelaran untuk gengster-gangster macam "lan todak" "lan kucing" "Diana Dragon" dan sewaktu denganya..

Ia merupakan gelaran Darjah Kehormat seperti Datuk, Datuk Seri, Tengku, Temenggung, atau atau gelaran Professional seperti Dr, Ar, Sr, Ir, Chef dan sebagainya lah...Ia tak dinafikan sebagai satu lambang kebanggaan kalau seseorang tu terima gelaran..Seriously, aku sendiri akan bangga kalau dapat terima salah satu.

Tapi untuk laman social adakah relevant untuk meletakkan gelaran sebegitu???Sesetengah orang suka letak nama profile dia Ir Azlan, Datin Jna, Dr Ayu jean, Chef Ujie dan lain-lain..Member aku berpendapat benda tu tak sepatunya diletakkan dalam social network coz its just a social network, tempat untuk bersocial tanpa mengira pangkat, umur, bangsa dan jantina.

Tapi aku rasa plak benda nie tak salah kalau account social network tu digunakan secara professional. Contoh kalau seorang Dr nak bukak pages untuk pesakit dia tak salah dia letak nama Dr sebab kalau xde Dr macam mana orang nak percaya kan??

Apa-apa tiada pandangan yang salah sebenarnya sebab memang ade orang yang suka berlagak dengan gelaran walaupun kekadang tu bukan dia punya..Seriously, aku pernah jumpa profile nama something like this " Azlan Datuk Dia" ..come on laa, dalam social network pun nak bagitau ko anak Datuk ker???opsss...

Walaupun apa-apa nama atau gelaran yang diberi tak salah kalau nak guna sebab itu sebab ia diberi...Ia memang diberi untuk dipakai cuma kesesuaianya kadang-kadang kena tengok jugak laa..Aku ade kenal sorang Tengku yang tak pernah memperkenalkan diri dia as Tengku..Sapa dapat tengok Ic dia tau laa dia sapa..hehehe...pendapat korang pulak??

p/s: pendapat saya dan kawan saya adalah berasaskan peribadi semata-mata dan tak ditujukan kepada sesiapa

Regards,
-Strider-

#1063 - SEGMEN : "WHO IS THE LUCKY ONE ? BY HANNA & KK "

Hye Readers,

Shila Amzah kemabali single!!!Who's the lucky one????itu punya segmen belum buat lagi...hahaha..actually kali ini aku nak join Segmen yang Hana anjurkan sebab aku dah janji hari tu..Bila dah janji kena lah tepati..barulah #JanjiDitepati.hehehe



So, sebab tajuk segmen nie pun dah "lucky one" so memang mengaharapkan tuah jer laa kalau aku nak menang hadiah..Kalau korang nak join segmen nie boleh click banner tu..Segmen dia sangat simple dan tak banyak benda kena buat...wish me luck.. :D

Regards,
-Strider-

Monday, February 11, 2013

#1062 - Event at Downtown Kampung Baru

Hye Readers,

Ini bakal menjadi entry bergambar yang panjang berjela-jela...hehehe..Last week pihak Malay Nadi Event Club selaku pengurus Downtown Kampung Baru telah menjemput aku untuk cover gambar untuk  weekend event yang mereka anjurkan pada malam minggu..

Untuk minggu nie Malay Nadi telah meyediakan dua buah persembahan untuk pengunjung downtown iaitu persembahan kebudayaan dari Artis Cilik Setiawangsa  dan juga persembahan dari sebuah band yang diberi nama "The Mute"

Jom kita roll gambar....

Aksi Adik-Adik Cilik Diatas  Pentas

Bakal mewarisi tarian kebudayaan Melayu

Ini merupakan kali kedua mereka membuat persembahan dekat sini.

Sound Check sebelum Start Performance


The Mute

Kali pertama beraksi di pentas Downtown

2 Orang Dj kacak..Nak mintak lagu atau ucapan carilah dorang

So itu antara gambar ketika event malam tu..sebenarnya banyak lagi gambar-gambar yang aku ambil tapi tak larat laa aku nak upload semua...hehehe..So, lepas tu aku pun pergi laa merayap dan usha-usha kedai lain yang sebelum nie mungkin aku tak sempat nak jenguk..lets roll again...























Untuk next week kalau aku tau apa event yang akan berlangsung aku akan update awal sikit..Ini pun aku tau last minute. Kepada mereka yang tak tahu downtown nie kat mana, ia terletak berhampiran dengan Kelab Sultan Sulaiman.

So thats all for now...sebenarnya ade lagi few event yang bakal berlangsung kat sini tapi aku belum boleh sebut lagi sebab masih belum confirm lagi..hehehe..but in the meantime kalau korang ada apa-apa pertanyaan mengenai downtown nie korang boleh tanya direct dekat Malay Nadi event Club melalui official email mereka malaynadieventclub@gmail.com ataupun social network mereka..

Twitter : MalayNadi Event Club
Facebook : Malaytown Kampung Baru 

Regards,
-Strider-