New Update Daily :- Note:
Kenyataan dibawah tidak mencerminkan pendirian saya dalam situasi ini
14 March
- Keluarga Kiram menyangkal dakwaan bahawa Komander Muda telah terbunuh dalam Ops Daulat.
- Panglima ATM mengumumkan yang lebih banyak anggota tentera akan ditempatkan di Sabah bagi menjaga keamanan.
13 March
- Menteri Pertanan menyangkal dakwaan media Filipina yang menyebut pasukan keselamatan negara bertindak kejam terhadap rakyat Filipina di Sabah.
- Timbalan Ketua polis telah mengesahkan video seorang lelaki yang dikelar bukan anggota keselamatan kita seperti yang di gembar gemburkan di laman social.
12 March
- Setelah beberapa hari bertempur, Ops Daulat kini hampir ke pengunjungnya apabila penceroboh telah ditewaskan oleh pasukan keselamatan negara.
- Saudara rapat kepada Sultan Jamalul Kiram III telah ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia.
11 March
- Komander Musa iaitu komander yang mengetuai serangan pihak penceroboh dipercayai mati ditembak di Kg Tanjung Batu.
- Kg Tunduo kini telah bebas dari penceroboh setelah Ops Daulat dilancarkan.
10 March
- Polis menafikan dakwaan ade anggota mereka yang dijadikan tebusan oleh tentera Sulu.
- Pihak keselamatan melancarkan gerakan mencari senjata dari rumah ke rumah sejak jam 8.00pg
- The Star melaporkan 2 orang anggota keselamatan tercedera akibat satu pertempuran di Kg Tanjung Batu
9 March
- Pasukan keselamatan menembak mati seorang penceroboh Sulu yang cuba untuk meloloskan diri
- Biro Siasatan Negara Philipina (NBI) akan memanggil penasihat kesultanan Sulu untuk disoal siasat oleh kerajaan kerana disyaki dalam konspirasi dalam krisis yang sedang berlaku di Sabah. -PhilStar-
8 March
- Sultan Sulu Ulangi tawaran genjatan senjata selepas ditolak Malaysia semalam- Phil Star memetik kenyataan jurucakap Kiram "Jika Malaysia menolak gencatan senjata UN harus campur tangan"
- Malaysia mengecam tindakan kejam Tentera Sulu keatas mayat anggota polis yang diperlakukan
7 March
- Menteri Pertahanan menolak genjatan senjata melainkan pihak penceroboh menyerah diri tanpa syarat
- Sultan Sulu meminta genjatan senjata dari kerajaan Malaysia
- PM telah tiba di Lahad Datu bagi meninjau Operasi yang dijalankan..
6 March
- MNLF mendakwa telah menghantar bantuan askar mereka kepada Sultan Sulu.
- Seorang pemberontak Sulu ditembak mati.
5 March
- Polis melaporkan penceroboh Sulu sudah ditewas
- Jet Pejuang memulakan operasi mengebom puak penceroboh.
Original Entry (Day 1 Lahad Datu Attaack)
Hye Readers,
Aku tak biasa buat entry macam nie..Normally aku akan menunggu laporan rasmi..tapi since its a big issue dan sesetengah orang tak tahu nak cari kat mana aku bawakan kronologi kejadian Lahad Datu, kebanyakkan laporan nie aku petik dari twitter mereka yang tinggal di sana dan juga twitter seorang wartawan yang melaporkan kejadian.
New Update:
6.00pm: Polis mengesahkan yang 2 Komando terkorban, 3 cedera dan 12 penceroboh telah terbunuh.
5.00pm: Polis akan melakukan sidang media berkenaan kejadian di Lahad Datu
4.35pm: Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) masih cuba mengesahkan tentang kematian tentera pemberontak Sultan Sulu..Ade juga laporan menyatakan 10 orang pemberontak telah menyerah diri.
3.51; Masih menunggu maklumat lanjut mengenai kejadian di sana...
2.50pm: Laporan mengatakan yang 2 orang anggota komando telah terbunuh dalam serangan Mortar.
1.36pm: Datuk Seri Hisamudin mengesahkan tiada sebarang kemalangan jiwa di kedua-dua belah pihak melalui social media rasminya.
12.54pm: 3 Anggota kita cedera dan diterbangkan ke Hospital Lahad Datu..Ketika ini penduduk melaporkan mereka masih mendengar bunyi tembakan.
12.32: Dua pengikut Sultan Sulu dilaporkan mati ditembak.
12.20pm: Sebarang cubaan berkomunikasi dengan Raja Mudah iaitu adik kepada Raja Sulu gagal.
12.00pm : Kedai, nak dan beberapa buah sekolah berhampiran diarah tutup.
11.30am: Media Filipina mula melaporkan yang kejadian tembak menembak dimulakan oleh Msian authority
10.00am: Khabar angin pertama tentang kejadian tembak menembak di lahad Datu telah tersebar lebih kurang jam 10 pg tadi...
Gambar-Gambar Sekitar kejadian Di Lahad Datu
p/s: Sumber aku mungkin bukan 100% tepat tapi ia sumber yang boleh dipercayai..sebenarnya banyak lagi khabar-khabar angin tentang kejadian di sana..
Regards,
-Strider-