Thursday, June 16, 2016

#1489 - 5 Sebab Anda Perlu Melawat Melaka

Hye Readers,

Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia merupakan salah satu daripada negeri yang tertua di Malaysia. Daya tarikan pelancung ke Melaka kebiasaanya disebabkan oleh faktor sejarah negeri itu sendiri sehingga diberi nama jolokan Melaka Bandaraya Bersejarah.

Diisytiharkan sebagai ‘Melaka Maju’ pada 20.10.2010 tumpuan pelancong ke Melaka bukan hanya kerana faktor sejarah tetapi terdapat beberapa sebab lagi mengapa Melaka harus dijadikan sebagai salah satu destinasi pelancongan. Jika anda tidak minat pada sejarah, berikut merupakan beberapa sebab mengapa anda harus melancong ke Melaka. 

1)  THE SHORE SKY TOWER




The Shore Sky Tower merupakan salah satu daripada tarikan pelancong di Melaka. Walaupun ia bukan concept Sky Tower yang pertama di Malaysia, tapi apa yang menarik ialah anda akan dapat menikmati permandangan laut serta Bandaraya Melaka dari ketinggian 163meter. Terletak pada tingkat 42 The Shore Shopping Gallery, tempat ini semestinya tempat yang berbaloi untuk dikunjungi.

*Picture Kredit : Facebook The Shore Sky Tower


2) BUSTEL MELAKA



Bustel, merupakan salah satu konsep penginapan yang lain dari yang lain. Berasal dari perkataan Bus + Hotel, Bustel merupakan tempat penginapan yang agak pelik kerana mereka telah mengubahsuai Bus untuk dijadikan tempat penginapan. Setiap bas juga mempunyai kemudahan asas seperti hotel lain, ini termasuk penghawa dingin, tandas berserta shower dan juga flat screen TV, Bagi mereka yang ingin menginap di sini, anda boleh singgah di Bustel yang terletak di Klebang, Melaka.

Credit Picture: Bustel Klebang


3) SG MELAKA RIVER CRUISE





Melaka River Cruise juga merupakan antara destinasi menarik yang menjadi tumpuan para pelancong. Menyusuri Sungai Melaka menggunakan bot merupakan antara tarikan tempat ini. Dengan bayaran serendah RM15 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak, Melaka River Cruise sedia beroperasi untuk anda dari 9.00 pagi hingga 12 tengah malam.

4) DATARAN 1 MALAYSIA KLEBANG


Pic Credit : http://alamcahaya-hr.blogspot.my/
Dataran 1 Malaysia Klebang ini merupakan pantai awam yang terletak di Klebang. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini aialah aktviti pandai dan juga menaiki kereta kuda. Untuk pengetahuan anda, Klebang juga terkenal dengan Coconut Shake dan jika anda tidak tahu nak menginap dimana, Bustel juga terletak berdekatan dengan tempat ini.

5) FESTIVAL ANTARABANGSA SUNGAI MELAKA.

Melaka, Sungai, Festival, Vacation


Festival Antarabangsa Sungai Melaka merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Perbadanan Sungai Melaka. Untuk edisi 2016 ini festival ini akan berlangsung pada 1 September 2016 hingga 18 September 2016. Ini merupakan waktu yang terbaik untuk melawat Melaka kerana sepanjang tempoh berkenaan pelbagai aktiviti yang dijalankan. Pada  tahun 2015 sebanyak 42 aktiviti termasuk 10 yang melibatkan penyertaan antarabangsa telah diadakan. 

Acara lain yang dijangka turut menjadi tumpuan ialah perlumbaan perahu naga, bot kawalan jauh, maraton antarabangsa Sungai Melaka, beca berhias, persembahan kesenian dan kebudayaan etnik Cina, safety bike ride, persembahan dondang sayang belia dan pertan­dingan memancing. Jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai festival ini anda boleh mengikuti facebook rasmi festival ini iaitu Festival Antarabangsa Sungai Melaka

Itulah antara beberapa sebab mengapa anda perlu menjadikan Melaka sebagai salah satu destinasi pelancongan anda. Aku mungkin akan turun ke Melaka bagi menyaksikan sendiri kemeriahan Festival Antarabangsa Sungai Melaka yang merupakan penganjuran yang ke 10.

Regards,
-Strider-

Wednesday, June 8, 2016

#1488 - Etika Di Bazar Ramadhan

Hye Readers,

Gambar Hiasan
Bazar Ramadhan atau Pasar Ramadhan merupakan salah satu tempat yang popular sepanjang bulan ramadhan di Malaysia ini. Hampir setiap negeri dan daerah mempunyai bazar yang mampu menarik jumlah pengunjung yang ramai.

Namun disebalik kemeriahan bazar ramadhan, aku perasan masih ada orang yang kurang mempunyai etika ketika di bazar ramadhan dan yang paling tak boleh diterima, ia datang dari umat islam sendiri. Sebenarnya terdapat beberapa etika di bazar ramadhan yang perlu dipatuhi. Ia bukannya undang-undang tetapi lebih kepada kesedaran sivik. Antara etika yang aku nak share ngan korang ialah:- 

1) Pakai pakaian yang sesuai.
- Ini biasaya terjadi pada golongan wanita. Kalau nak berkunjung ke bazar ramadhan, silalah pakai pakaian yang sesuai. Seluar pendek dan legging tu amatlah tak sesuai dipakai dibazar ramadhan. Aku bukan nak jadi ustaz blogger tapi at least hormatlah pada mereka yang sedang berpuasa mata, telinga dan lapar dahaga..

2) Parking di tempat yang betul.
- Bukan anda seorang sahaja yang lapar dan perlu sampai ke rumah tepat pada masanya. jadi kalau anda ingin singgah ke bazar ramadhan pastikan anda parking di tempat yang tidak menggangu lalu lintas walaupun untuk sekejap sahaja.

3) Beratur dengan sopan.
- Salah satu benda yang aku perasan kalau pergi kat gerai-gerai yang famous, kadang kala ada orang yang jenis tak reti nak beratur, adakah memang perangai semulajadi dia begitu atau dia tak tahu nak mula dari mana. Kalau ada rezeki anda pada hari itu, insyallah dapat laa juadah yang anda nak beli. Kalau takde rezeki, anggaplah ia sebagai satu ujian anda dibulan puasa.

4) Jangan ambil makanan guna tangan
- Baik pembeli atau peniaga, elakkan mengendalikan makanan dengan tangan. Bayangkan apa perasaan orang kat belakang kalau ko dah pegang-pegang makanan tu tetiba tak jadi beli? Bagi peniaga pulak jagalah sensiviti pembeli. Bukan semua orang jenis tak ambil kisah dengan pengendalian makanan guna tangan. 

Itulah antara beberapa etika yang perlu diambil kira ketika kita mengunjungi bazar ramadhan. Etika ini sebenarnya hanyalah sebagai panduan untuk kebaikkan bersama. Selamat beramal dan selamat berpuasa.

Regards,
-Strider-


Monday, June 6, 2016

#1487 - Salam Ramadhan

Hye Readers,

Selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua pembaca blog ini yang beragama islam. Setiap kali ramadhan tiba, ibadat berpuasa diwajibkan bagi umat islam yang sudah baligh. Kebiasaaya bulan Ramadhan juga digunakan oleh umat islam sepenuhnya untuk menambah amal ibadah mereka.

Ibadah puasa bukan sahaja bermaksud kita menahan lapar dan dahaga tetapi ianya lebih kepada ujian kita untuk mengawal nafsu. Tidak tertakluk kepada makan minum pada waktu tengah hari sahaja tetapi nafsu ketika membeli juadah berbuka puasa juga harus diambil kira.

Setiap kali ramadhan juga, terdapat beberapa aktiviti yang akan menjadi popular. Ini disebabkan aktiviti tersebut tidak dilakukan pada bulan-bulan yang lain. Antara aktiviti tersebut ialah:-

Tarawih, Sunat, Ramadhan
Pic Credit : Utusan
1) Solat Tarawih
- Ini merupakan signature bagi bulan ramadhan. Walaupun ianya merupakan solat sunat, tapi ramadhan seakan tidak lengkap tanpa solat sunat tarawih.


2) Bazar Ramadhan
- Bazar Ramadhan ini lebih kurang macam pasar malam dekat kawasan rumah anda. Tapi apa yang menarik tentang bazar ramadhan ialah ia merupakan satu bazar dimana semua orang akan akan membeli juadah pada tempoh yang sama (lebih kurang 1-2 jam sebelum berbuka)

Pic Credit: Mysumber.com
3) Buffet Ramadhan
- Setiap kali ramdhan juga, banyak hotel/restoran akan menyediakan pakej buffet yang menarik. Ramai juga yang mengambil kesempatan untuk membuat gathering/reunion dengan mengadakan majlis berbuka puasa.

Itu antara 3 aktiviti yang berlaku pada setiap ramdhan. Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang dijalankan pada bulan ramadhan nie seperti tadarus Al-Quran, moreh, ceramah-ceramah agama dan tak lupa jualan-jualan murah menjelang syawal.

Oleh itu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan bagi pembaca blog ini. Semoga ramadhan kali ini akan menjadi ramadhan akan memberi manfaat dan menjadi ramadhan yang lebih baik daripada yang lepas.

Regards,
-Strder-

Friday, June 3, 2016

#1486 - Cara Untuk Hilangkan Stress Dengan Mudah

Hye Readers,



Stress merupakan salah satu simptom yang tak boleh dipisahkan daripada manusia. Setiap orang boleh mengalami stress atas sebab yang berbeza seperti keluarga, kewangan, cinta, kerjaya dan lain lain. 

Stress sebenarnya boleh dielakkan dan kali ini aku nak kongsikan dengan korang cara yang boleh membantu korang hilangkan stress dan ianya boleh dilakukan hari-hari setiap kali korang stress. korang boleh pilih beberapa cara berikut mengikut kesesuaian personaliti masing masing.

1) Dekatkan diri dengan Tuhan.
- Bagi mereka yang bergama islam, membaca al quran sebenarnya boleh membantu korang untuk menghilangkan stress. bagi mereka yang bukan beragama islam, korang boleh baca apa apa kitab mengikut agama yang anda anuti. 

2) Berjalan
- Definasi berjalan ini bukan bercuti tau. Walaupun bercuti tu dapat menghilangkan stress tapi kalau setiap hari nak pergi bercuti boleh bangkrap dibuatnya. Cuba ambil sedikit masa dan pergi berjalan di taman-taman berhampiran rumah anda. Selain dari menyihatkan badan, ia juga memberi ketenangan.

3) Meditasi
- Ini cara yang jarang aku gunapakai tapi orang kata ianya salah satu bara yang baik bagi menghilangkan stress. Fokus pada pernafasan anda dan cuba bayangkan tempat yang membuatkan anda gembira. Cuba tarik nafas sebanyak 6 saat dan hembus kembali selama 7 saat. Cuba ulang kembali langan tersebut untuk beberapa kali dan semua bebas dari memikirkan benda yang stress.

4) Muzik
- Kadang kala, bila aku stress, muzik serba sedikit membantu aku untuk menghilangkan stress, cuba dengar kepada lagu-lagu yang boleh memberi anda ketenangan. Muzik juga kekadang boleh membantu kita untuk memotivasikan diri.

4) Coklat
- Mengikut apa yang aku baca (klik sini) coklat antara makanan yang membantu untuk menghilangkan stress. Tapi anda perlu berhati hati kerana terlebih makan boleh membuatkan anda obesiti. 

5) Ubah Fokus
- Jika anda sedang mengalami stress tentang sesuatu perkara, cuba ubah sekejap fokus anda daripada masalah tersebut. Sebenarnya ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengalih fokus anda kepada masalah yang sedang dihadapi.(untuk sementara saja). Ini termasuk dengan membaca buku atau majalah. Kebiasaanya kalau aku stress aku akan luangkan masa sekejap untuk menonton movie dan ianya tak semestinya dilakukan di pawagam.

Ada yang berpendapat bahawa shopping juga boleh menghilangkan stress tapi aku tak galakkan untuk guna cara itu kerana jika ia tidak dikawal, ia mampu memberi anda stress pada hujung bulan. Shopping untuk menghilangkan stress tu boleh dilakukan jika anda seorang yang betul-betul berdisiplin dalam menguruskan kewangan anda secara harian dan bulanan.

Aku harap dengan tip yang diberikan, ia dapat membantu anda untuk menghilangkan stress. Stress kebiasaanya datang dari masalah yang dihadapi dan kadang kala, anda perlu mencari sedikit ketenangan untuk membantu anda menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Regards,
-Strider-


Wednesday, June 1, 2016

#1485 - Adakah Anda Bersedia Untuk Bercinta Kembali?

Hye Readers,

Cinta adalah salah satu topik yang amat subjecktif kalau nak dikupas. Ini kerana setiap orang mempunyai definasi dan cara mereka untuk mencintai dan dicintai. Bukan semua orang yag gagal dalam percintaan mampu kembali bercinta dengan kadar segera, terutama kepada mereka yang ditinggalkan. 



Jika anda pernah gagal dalam percintaan? adakah anda benar-benar bersedia untuk mencintai dan dicintai? Jika anda masih ragu-ragu dan tidak tahu, mungkin anda perlu tanya soalan ini kepada diri anda sebelum anda mula untuk bercinta.

1) Adakah Anda  Benar- Benar Sudah Bersedia?
- Cinta memerlukan komitmen dari kedua dua belah pihak. Bagi mereka yang sudah lama meninggalkan alam percintaan, adakah sekarang masa yang sesuai untuk bercinta? Adakah lifestyle yang anda jalani sekarang sesuai percintaan anda? Hanya anda mampu menjawabnya.

2) Move On Dengan Kekasih Lama.
Benda yang paling bahaya untuk kembali bercinta ialah jika anda masih belum move on dengan bekas kekasih. Tiada siapa yang tahu jika anda benar-benar move on kecuali anda. Amat tidak adil kepada pasangan kekasih baru anda jika anda masih belum move on dengan kekasih lama anda. Jangan menganiaya seseorang demi kepentingan diri anda.

3) Kenalpasti Masalah Perhubungan Lepas Anda.
- Ini juga merupakan antara elemen yang penting jika anda tidak mahu perhubungan anda tamat separuh jalan lagi. Cuba jangan cari kesalahan ex anda tapi cuba kenali kelemahan anda dan apa yang boleh anda perbaiki supaya masalah yang sama tidak berulang kembali. Tiada manusia yang terlepas daripada melakukan kesilapan termasuk anda.

4) Apakah Jenis Perhubungan Yang Anda Cari?
- Dalam kata lain, sejauh mana anda serius dalam perhubungan baru anda, adakah ia sekadar mengenali hati budi atau anda sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Tak salah sebenarnya jika anda memberitahu potential partner anda bahawa anda ingin bercinta dengannya untuk mengenali hati budi sebelum memikirkan tentang perkhawinan.

5) Apa Yang Diharapkan Dari Pehubungan Baru Ini.
- Jika anda ingin kembali bercinta, apakah yang anda harapkan daripada perhubungan tersebut? seperti contoh, Jika perhubungan anda yang lepas gagal kerana ex anda tidak romantik, adakah pasangan potential anda ini mampu menjadi seorang yang romantik? Pada pendapat aku benda ini elok jika dibincangkan dari awal perhubungan.

6) Ciri Pasangan Baru Anda
- Adakah pasangan baru anda ini mempunyai ciri-ciri pasangan idaman anda. Jika anda mempunyai 10 ciri-ciri pasangan idaman, potential partner anda yang baru ini mempunyai berapa. Adakah dia mempunyai ciri-ciri yang lebih dari pasangan anda yang lepas?

7) Pandangan Keluarga & Teman Mengenai Teman Baru Anda.
- Ini pun sebenarnya subjective tapi tak salah kalau kita mendapatkan pendapat dari keluarga dan kawan rapat anda. Anda tidak semestinya perlu mendengar 100% pendapat mereka tapi boleh jer kalau nak ambil sedikit nasihat mereka untuk dijadikan panduan. Selain dari diri sendiri, siapa lagi yang mengenali anda jika tidak keluarga dan rakan-rakan rapat anda.

8) Adakah Anda Mahu Hubungan Ini
- Anda perlu tanya soalan ini kepada diri anda sebelum anda kembali bercinta. Adakah anda benar ingin bercinta atau ianya hanya dilakukan kerana anda kebosanan pada masa itu. Ada kes dimana kawan aku pernah bercinta dengan sesorang kerana merasa kesian dan tidak sampai hati untuk menolak cinta dari sesorang.

Itu antara soalan-soalan yang anda kena tanya pada diri anda dulu sebelum anda bercinta lagi. Walaupun entry aku ni berkisar tentang apa yang anda mahu, tapi anda kena ingat, bercinta itu adalah kemahuan dari 2 pihak. jadi cuba la bertolak ansur ketika bercinta. Sebab itu laa soalan ini perlu anda tanya sebelum anda ingin memulakan percintaan kembali.

Aku banyak kali nmpak/dengar orang kata "lelaki semua sama" ataupun "perempuan semua sama" dan ini adalah misleading statement. Mereka semua sama atas nama jantina tapi bukan personaliti, sebelum anda kata mereka semua sama, anda perlu tanya adakah mereka semua sama ataupun preference anda yang sama selama ini. Kalau nak baca huraian statement ini (klik sini)

Apa-apa pun aku harapkan korang semua akan bahagia dalam percintaan masing-masing. Carilah kebahagiaan dengan cara anda sendiri dan jangan terlalu mengikut cara orang lain kerana mereka dan anda dalah 2 entiti yang berbeza. 

Regards,
-Strider-

Tuesday, May 31, 2016

#1484 - Conjuring 2 Lebih Seram

Hye Readers,

Selepas kejayaan dalam filem Conjuring yang ditayangkan pada 2013, peminat filem seram pasti menantikan sekuel kedua filem tersebut yang akan ditayangkan pada 9hb Jun 2016. Filem sekuel terbaru ini masih berdasarkan kes sebenar yang dalam fail Ed dan Lorraine Warren.

Filem Conjuring 2 ini mengisahkan Ed dan Lorraine Warren yang terbang ke London bagi membantu seorang ibu tunggal menyelesaikan misteri anaknya yang dirasuk makhluk halus. Walaupun hanya seorang daripada anaknya Janet 11, yang diganggu makhluk halus namun seluruh anggota keluarganya menderita akibat daripada kes ini.

Antara gangguan yang diterima oleh Janet ialah apabila dia secara tiba tiba sedar yang badanya terapung. Selain daripada Janet, adik beradiknya yang lain juga seperti Margaret, 12 tahun, Johnny, 10 tahun, and Billy, 7 tahun turut mengalami gangguan namun kebanyakkanya berbentuk bunyi bunyian.

Sebenarnya ada beberapa lagi babak yang dianggap menarik dan ianya tunjukkan melalui trailer filem tersebut. Memandangkan bukan semua yang membaca ini merupakan peminat cerita seram jadi aku memberi pilihan kepada korang. Kalau nak tengok sipnosis filem tersebut atau nak tahu part mana yang seram korang boleh (klik sini)

Regards,
-Stider-

Monday, May 30, 2016

#1483 - Kerabat Raja Dan Bolasepak

Hye Readers,

Baru-baru ini kecoh dilaman media sosial tentang penahanan individu yang didakwa menghina penaung pasukan Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.



Ia dikatakan bermula dari sekeping gambar yang mempamerkan TMJ sedang menikmati seekor gajah sejurus selepas pahang tewas 6-0 pada johor baru-baru ini. Akibat daripada gagal mengawal perasaan suspek telah didakwa mengeluarkan menghina TMJ menerusi laman sosial Twitter miliknya.

Namun, dia telah dibebaskan selepas permohonan untuk melanjutkan tahanan reman terhadap beliau dibantah oleh Penolong Pendaftar Majistret Johor Bahru, Nuriza Mustafa. Menurut peguamnya jika ada tuduhan atau perlu ambil keterangan dia akan panggil semula,

Ini bukan kali pertama kejadian kerabat raja yang terlibat dalam bolasepak dihina, Pada tahun 2015 ketika perlawanan Sultan Ahmad Shah yang kebetulan membabitkan JDT bertemu Pahang, segelintir penyokong Pahang yang kecewa dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah melabuhkan tifo seekor anjing yang memakai suit rasmi FAM



Walaupun mesej yang ditunjukan tidak jelas, namun ramai yang mengetahui bahawa tifo itu ditujukan kepada Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga merupakan kerabat diraja Pahang (klik sini)

Dalam kejadian tersebut, 12 orang telah ditahan  selama 5 hari oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan. Dalam kejadian itu juga, TMJ juga mengeluarkan kenyataan kesal dengan sikap penyokong yang dianggap keterlaluan. 

Kerabat Raja atau orang kebanyakkan, tindakan negetif tak seharusnya berlaku dalam kancah bolasepak tempatan. Bolasepak adalah satu permainan yang penuh emosi. Sejujurnya aku sendiri pernah memaki hamun kepada pasukan yang aku sokong dan juga pihak lawan tapi semuanya dalam berbentuk verbal dan personal. 

Peminat bolasepak harus bijak menjaga perilaku di tempat umum dan juga dilaman sosial bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku. Bukan kita tidak dibenarkan mengkritik seseorang atau sesebuah persatuan namun ianya harus dilakukan secara berhemah. 

Regards,
-Strider-

Thursday, May 26, 2016

#1482 - Cara Untuk Menikmati Hidup Tanpa Memerlukan Banyak Duit

Hye Readers,

Mewah, Bergaya, Kereta,


Kaya sebenarnya adalah sesuatu yang sangat subjective dalam hidup ini. Ada orang yang mempunyai harta berjuta-juta tapi masih belum merasakan diri mereka kaya dan sentiasa berusaha untuk menambahkan pendapatan mereka.

Tapi adakah cara untuk kita merasai kekayaan tanpa mempunyai banyak harta? Sebenarnya ia boleh dilakukan dengan beberapa cara. Anda tidak semestinya kena kumpulkan harta berjuta untuk menikmati hidup yang indah ini.

Tapi sebelum anda boleh menikmati keindahan hidup ada beberapa benda yang ada perlu lakukan seperti berikut:-

1) Belajar Menerima Diri Sendiri
- Sebenarnya susah bagi sesetengah orang untuk menerima bahawa duit itu bukan segalanya walaupun hakikatnya semua memerlukan duit. Ini merupakan salah satu elemen penting jika anda ingin menikmati hidup anda. Jika korang dapat sejuta ringgit pada hari ini dan ianya hilang keesokkan harinya tidakkah itu akan memberi tekanan hidup kepada korang?

2) Jadilah Seorang Yang Kreatif
- Anda kena jadi kreatif terutamanya dengan pengurusan kewangan sendiri. Contohnya jika anda tidak mempunyai kewanganyang banyak carilah sesuatu aktiviti atau benda-benda kecil yang mampu membuatkan anda gembira. Seperti contoh, ada sesetengah orang berasa gembira dengan hanya melukis.

3) Menerima Hakikat
- Kadang kala kita harus menerima hakikat bahawa kita tidak mampu memiliki segalanya di dalam dunia ini. Even orang paling kaya pun belum tentu mereka mempunyai segalanya. Jika kita belajar untuk menerima hakikat, kita akan mendapat ketenangan jiwa sekaligus dapat menikmati hidup yang sedang dilalui.

4) Jaga Perhubungan Anda
Jaga dan hargailah perhubungan anda dengan mereka yang ada disekeliling anda. Bila anda menghargai perhubungan anda dengan orang sekeliling, Bila anda menghargai perhubungan anda dengan orang sekeliling anda mungkin satu hari nanti mereka membantu anda untuk menikmati sesuatu yang mungkin anda tidak miliki dengan sendiri.

5)  Jadi Pemurah
- Banyak cara untuk anda jadi pemurah walaupun anda tidak memili wang yang banyak. Bagi aku konsep pemurah itu sangat luas dan tidak terhad kepada memberi duit sahaja. Ia merangkumi banyak aspeki seperti memberi bantuan dari segi tenaga, idea-idea yang bernas, dorongan motivasi dan lain lain lagi. Anda tidak perlu menjadi kaya raya untuk menjadi seorang yang pemurah kerana pemurah dan penderma adalah dua benda yang berbeza. Jika anda seorang yang pemurah, anda akan dikelilingi dengan aura positif di sekeliling anda sekaligus anda boleh menikmati hidup yang lebih baik.

Itu antara 5 point yang boleh aku berikan. Walaupun apa yang aku tulis boleh ditafsirkan berbeza namun aku tidak menyuruh anda supaya hanya berserah dan menerima saja hidup yang anda nikmati sekarang tanpa perlu berusaha untuk mendapat lebih.

Kita harus berusaha untuk mendapatkan hidup yang lebih baik tetapi usaha itu tidak serahusnya membuatkan kita tidak menikmati hidup yang sedang dilalui. Kita hanya diberi peluang untuk menikmati hidup kata hanya sekali, oleh itu gunakan masa yang ada itu sebaiknya disamping mereka yang tersayang.

Regards,
-Strider-


Monday, May 23, 2016

#1481 - Bahaya Tolak Cinta Seseorang

Hye Readers,

Pembunuhan Kejam, Gadis, Cangkul
Gambar credit: Siakapkeli

Adakah bahaya untuk menolak cinta dari seseorang? Mana datangya bahaya jika kita menolak cinta dari seseorang? Sebenarnya benda ini sangat subjective mengikut penilaian psikologi seseorang itu. Ada yang dapat menerimanya dengan hati terbuka dan ada juga yang tidak dapat menerimanya dengan baik sekaligus mampu bertindak diluar batasan.

Aku ingin mengambil contoh kes crime on passion yang terjadi di indonesi baru baru ini dimana seorang gadis 19thn dirogol dan kemudian mati dibunuh dengan kejam menggunakan cangkul oleh 3 orang suspek masing masih dinamakan Imam Alias, 24, Arif Alias, 24, dan Rai, 16 tahun yang merupakan seorang pelajar sekolah menengah

Aku ingin tekankan yang entry ini bukan untuk menyalahkan mangsa dan jauh skali untuk membela tertuduh. Bagi aku tindakan kejam macam itu tak seharusnya berlaku walaupun apa skali alasan yang diberi. 

Berbalik kepada fakta kes berkenaan, kejadian jenayah kejam itu berlaku bermotifkan dendam dan sakit hati, menurut laporan berita (klik sini) ketiga-tiga suspek sakit hati dengan mangsa atas alasan mereka sendiri iaitu Arif adalah kerana sering diejek hodoh, Rai pula kerana menolak ajakannya untuk bersetubuh manakala Imam kerana cintanya ditolak.

Ketiga-tiga pelaku berpakat memperkosa mangsa dan menurut polis, ketiga-tiga mereka tidak mengenali antara satu sama lain dan hanya mengenali mangsa. Jadi dimana datangnya bahaya menolak cinta sesorang tu?

Bahayanya datang apabila kita menolak cinta mereka dan pada masa yang sama mengguriskan hati mereka sama ada dengan sengaja atau tidak. Ini kerana dalam keadaan yang teramat kecewa seorang yang mempunyai tahap psikologi yang lemah mampu melakukan sesuatu diluar batas normal.

Walaupun ada yang berkata ayat "kamu terlalu baik untuk saya" merupakan ayat rejection yang lapuk namun bagi aku ayat rejection yang berbentuk begitu masih relevan kerana ia masih berunsurkan positif.

Jika kita lihat kembali kepada sejarah pembunuhan yang pertama di muka bumi ini juga merupakan pembunuhan crime of passion apabila Qabil membunuh Habil yang merupakan saudaranya sendiri kerana hasratnya untuk memperisterikan saudara kembarnya Iqlima tidak tercapai.


Regards,
-Strider-

Friday, May 20, 2016

#1480 - 4 Teori Eygpt Air MS 804

Hye Readers

Semalam dunia dikejutkan dengan berita kehilangan sebuah pesawat Eygpt Air yang berlepas dari Paris ke Cairo. Setakat ini masih belum ada apa apa berita rasmi tentang nasib sebenar pesawat tersebut tetapi teori pengganas terus sahaja menjadi teori yang popular di kalangan media barat.




Ketua Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Kebangsaan (FSB) Russia, Alexander Bortnikov berkata semalam, pesawat EgyptAir yang mungkin terhempas di Laut Meditteranean berkemungkinan besar berpunca daripada tindakan pengganas. Dia bagaimanapun tidak menjelaskan bukti bagi menyokong teorinya. 

Walaubagaimanapu terdapat 4 teori lain yang mungkin menimpa pesawat terbabit antaranya ialah:-

1) Penyeludupan Bom
- Mengikut statement Egyptian Aviation Minister Sherif Fathy kebarangkalian teori serangan pengganas adalah besar jika dibandingkan dengan kerosakan teknikal. Pengganas mungkin telah berjaya menyeludup masuk bahan letupan ke dalam pesawat sebelum berjaya diletupkan. 

2) Ancaman Orang  Dalam
- Antara berita yang aku baca dari CNN, ancaman dari orang dalam (krew airport dan airlines) juga antara teori yang diambil kira. CNN juga melaporkan yang siasatan akan dijalankan terhadap pekerja lapangan terbang, krew pesawat dan juga mereka yang mempunyai akses kepada pesawat terbabit.

3) Kerosakan Teknikal
- Setakat apa yang aku baca, teori ini merupakan teori yang paling jarang disiarkan oleh media barat. Ini disebabkan tiada panggilan kecemasan yang dilaporkan oleh juruterbang sepanjang perjalanan persawat tersebut sebelum ia terhempas. Juruterbang juga telah melaporkan mereka dalam keadaan yang baik dan ceria lebih kurang setengah jam sebelum pesawat itu hilang dari radar,

4) Faktor Juruterbang.
- Seperti yang berlaku kepada pesawat Malaysia Airlines MH370, faktor juruterbang juga akan disiasat. Menurut Egypt Air Kapten pesawat terbabit dikatakan mempunyi 6725 flying hours termasuk 2101 untuk pesawat Airbus 320. Pembantu juruterbang pula dikatakan mempunyai 2766 flying hours. Mereka berdua mempunyai banyak pengalaman mengendalikan pesawat dan kebarangkalian untuk mereka melakukan pilot error adalah tipis. Setakat ini ada 2 insiden kapal terbang terhempas yang berpunca dari tindakan sengaja juruterbang iaitu pesawat German Wings pada Mac tahun lepas dan juga pesawat Egypt Air sendiri iaitu pesawat Boeing 767 pada 1999.

MS804


Setakat apa yang aku baca dari berita-berita yang ada, masih belum ada apa apa kenyataan rasmi tentang nasib pesawat tersebut. Walaupun terdapat dakwaan bahawa pesawat terbabit terhempas di Laut Mediterranean namun belum ada bukti yang sahih tentangnya.  

Pesawat yang terbang pada ketinggian 37000 kaki dikatakan membuat pusingan 360 darjah sebelum turun kepada ketinggian 15000 kaki dan hilang dari radar pada ketinggian 10000 kaki. 

Itulah antara laporan yang aku baca melalui media barat. walaupun banyak yang menjerumus kepada tindakan pengganas namun ianya hanya sekadar teori sehingga bangkai pesawat tersebut dijumpai dan siasatan dapat dijalankan.

Regards,
-Strider-

Artikel Berkaitan

#1479 - Pesawat Eygpt Air Hilang Dari Radar

Thursday, May 19, 2016

#1479 - Pesawat Eygpt Air Hilang Dari Radar

Hye Readers,



Sebuah pesawat Egypt Air MS804 yang berlepas dari Paris ke Kaherah dilaporkan hilang dari radar, Perkara ini telah disahkan oleh syarikat penerbangan itu menerusi Twitter sebentar tadi. Penerbangan itu berlepas dari Paris pada jam 11.09 malam waktu tempatan dan dijangka tiba 3 jam dan 45 kemudian.
Pesawat Airbus 320 itu dikatakan membawa 59 penumpang dan 10 crew terbang pada ketinggian 37,000 kaki (11,280 meter), hilang dari radar 80 batu (130 km) sebelum ia memasuki ruang udara Eygpt.



Mengikut Ahmed Adbel Naib Pengerusi Egypt Air, tiada "distress call" diterima dari pesawat terbabit dan pasuan mencari dan menyelamat telah dikerahkan untuk mencari pesawat yang hilang terbabit. Kapten pesawat terbabit dikatakan mempunyi lebih 6000 flying hours termasuk 2000 untuk pesawat Airbus 320.

Regards,
-Strider-

Wednesday, May 18, 2016

#1478 - Cukai Peniaga Online 2017

Hye Readers,



Semalam Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah telah mengesahkan bahawa Kementerian Kewangan (MOF) sedang mengkaji untuk mengenakan cukai atas talian (online) kepada peniaga yang menjalankan perniagaan mereka secara online pada tahun hadapan.

Kutipan cukai ini harus dilakukan jika tidak ia hanya menyebabkan kerugian kepada kerajaan yang kehilangan hasil ketika semakin banyak syarikat perniagaan beralih kepada ekonomi digital katanya kepada pemberita semalam.

Situasi ini pasti akan membuatkan ramai peniaga online merasa gelisah terutamanya kepada mereka yang sedang berjinak-jinak menjalankan perniagaan online dan masih belum mempunyai foundation business yang kukuh. Aku berpendapat ia perlu dikaji dengan supaya ia tidak membebankan peniaga tersebut.

Ada beberapa sebab orang berniaga secara online dan kebanyakkannya bermula sebagai pendapatan sampingan bagi menampung kos sara hidup yang tinggi. Tidak kurang juga yang menjalankan perniagaan online ini akibat kekurangan modal untuk menyewa kedai sendiri.

Namun benda ini masih dalam kajian dan para peniaga online tidak seharusnya risau kerana masih belum ada garis panduan yang dikeluarkan. Bersama-sama lah kita nantikan apa keputusan dari Kementerian Kewangan nanti. 

Regards,
-Strider-

Friday, May 13, 2016

#1477 - Penghujung Selatan Benua Asia

Hye Readers,

Taman Negara Tanjung Piai yang terletak di daerah Pontian merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia. Ini kerana ia merupakan tanah besar paling selatan di benua Asia. Manakala untuk bahagian barat pulak ia terletak di Cape Baba, Turkey.

Sebenarnya aku tak plan nk jalan-jalan kat Taman Negara Tanjung Piai nie. Tujuan aku kesana pun sebenarnya adalah kerana aku manghadiri satu majlis perkhawinan dan kebetulan resort tempat kami bermalam nie sangat dekat dengan Taman Negara tersebut. 



Bagi mereka yang suka dengan suasana dalam hutan, tempat-tempat macam Taman Negara nie memang best kalau korang datang kerana menggambarkan kekayaan hutan paya pakau dan dataran lumpur yang terdapat di penghujung Benua Asia ini.

Bagi mereka yang tak berapa nak gemar dengan hutan belukar nie, jangan risau kerana Taman Negara ini ada menyediakan beberapa spot yang menarik untuk korang bergambar. Memandangkan time tu kitaorang agak kesuntukan masa dan tak juga plan nk tulis entry ini jadi tak banyak gambar yang aku dapat ambil.

Credit: ladyell.wordpress.com
Ini merupakan salah satu mercu tanda dekat Taman Negara Tanjung Piai ini. Kalau tak silap aku disini merupakan salah satu tempat menarik untuk bergambar kerana ia merupakan mercu tanda bagi menggambarkan bahawa Tanjung Piai ialah “Tanah Paling Selatan Benua Asia.




Aku tak berapa ingat nama jeti nie tapi yang aku ingat jeti ini merupakan diatas Selat Melaka. Dekat jeti agak tenang dan korang boleh tengok kapal-kapal dagang lalu depan korang. Perjalanan untuk sampai ke hujung jeti pun boleh tahan jugak laa jauhnya,,Kalau ada gosip aku rasa sempat kalau nk cerita kat kawan.


Kalau korang jenis yang tak gayat, kat Taman Negara Tanjung Piai ini juga ada menempatkan sebuah menara tinjau. Kalau korang panjat sampai atas, boleh laa korang lihat kawasan sekitar paya bakau ini dan juga ia terletak berhadapan dengan laut.


You'll Never Walk Alone signboard juga ada dipasang dekat situ sebagai tanda sokongan alam semulajadi terhadap pasukan Liverpool  FC....hahahaha, Seriously aku sendiri tak tahu kenapa signboard tu ada dekat situ...hehehe






Setelah penat berjalan menyusuri hutan paya bakau akhirnya kami sampai ke penghujung selatan tanah besar asia. Sebenarnya dekat situ ada didirikan satu monumen untuk pelawat bergambar tapi kebetulan time kitaorang sampai tempat tu tengah renovate dan di sinilah penghujung perjalanan kami. 

Sebenarnya sepanjang perjalanan tu ada lagi tempat-tempat menarik yang korang boleh bergambar kalau korang kreatif, Memandangkan pada masa itu kami sedang mengejar waktu, jadi tak banyak sangat gambar yang boleh diambil.

Walaupun kitaorang tak pusing habis haritu tapi total perjalanan kami lebih kurang 1.3KM (jarak berdasarkan signboard yg ada) jadi aku nasihatkan kalau nak datang sini,  pakai laa sandal/kasut yang sesuai supaya korang rasa lebih selesa berjalan.

Regards,
-Strider-



Thursday, May 12, 2016

#1476 - 5 Sebab Kenapa Best Jadi Single

Hye Reader,



Kepada mereka yang sering kaa single nie tak best, mereka sebenarnya silap. Sebenarnya being single nie boleh jadi best kalau kita manfaatkan secukupnya, Aku tahu sebab aku pernah single untuk satu tempoh masa yang lama.

Single atau bercinta, masing-masing ada kelebihannya yang tersendiri, Bercinta banyak mengajar kita untuk bersikap tolak ansur, tidak mementingkan diri, bertanggungjawab dan juga banyak lagi.

Sama jugak dengan being single nie, untuk kali ini aku akan share beberapa sebab kenapa aku rasa being single nie best walaupun ada diantaranya yang aku tak buat pun. Semua ini berdasarkan apa yang aku alami dan apa yang aku lihat berlaku disekeliling.

1) Flirt dimana saja, bila bila masa.
- Well flirt yang aku maksudkan ini bukan yang jenis memberi harapan kepada seseorang lepas tu tinggalkan macam tu jer. Ini lebih kepada flirting seperti bermain mata ketika beratur sedang membeli tiket wayang atau ketika menunggu bas. Its not so cool to flirt dan kemudianya memberi harapan kepada seseorang.

2) Keluar Tanpa Batasan
- Kebiasaanya orang yang bercinta ini terpaksa membahagi masa mereka untuk pasangan mereka, family dan juga kawan-kawan. Manakala mereka yang single nie kebiasaanya hanya perlu membahagikan masa untuk keluarga dan kawan-kawan sahaja. 

3) Boleh Jadi Sesiapa Sahaja
- Satu benda yang best bila single nie ialah ko boleh jadi sesiapa sahaja, tapi harus berhati hati supaya tak terbawak-bawak dengan watak yang bukan diri anda. Berbeza dengan orang bercinta, mereka perlu menjadi diri mereka sendiri supaya pasangan mereka dapat menerima mereka seadanya.

4) Bebas Membuat Keputusan
- Nak keluar pergi mana, nak buat apa, kalau anda single, anda bebas untuk membuat keputusan sendiri. Jika anda sedang bercinta, ia menjadi tanggungjawab anda supaya memastikan sebarang keputusan yang dibuat tidak mengguriskan hati pasangan anda.

5) Lebih Masa Untuk Diri Sendiri.
-  Satu benda yang tak boleh dinafikan ketika single ialah kita mempunyai masa yang lebih untuk diri sendiri. Ini tak bermaksud orang yang sedang bercinta tiada masa untuk diri mereka tapi ada kalanya mereka perlu laksanakan tanggungjawab mereka terhadap pasangan masing-masing

Itu antara 5 sebab kenapa best jadi single ini.Walaupun sesetengah orang selesa untuk menjadi single mungkin kerana pengalaman lalu, namun lumrah manusia akhirnya mereka akan settle down dan mendirikan rumah tangga.

Walaupun single ini akan membuatkan anda bebas, tapi anda harus berhati hati supaya tidak hanyut dengan kebebasan yang dimiliki kerana anda mungkin akan terlepas nikmatnya indahnya bercinta.

Regards,
-Strider-

Thursday, May 5, 2016

#1475 - Football Malaysia LLP Kejam

Hye Readers,

Kejam...Itulah perkataan pertama yang terlintas di fikiran aku bila kali pertama membaca kenyataan official yang dikeluarkan oleh Football Malaysia LLP ini. Ini semua gara gara perlawana akhir Piala FA diantara Johor Darul Takzim (JDT) menentang Selangor PKNS.


Kenapa aku kata kejam? Ini kerana tiada peruntukkan harga bagi kanak-kanak jadi harga tiket untuk kanak-kanak dan dewasa adalah sama. Sudah la harga tiket naik sebanyak RM10 dari musim lepas dan ketiadaan harga tiket kanak-kanak pastinya akan membebankan mereka yang ingin membawa anak mereka untuk menonton perlawanan bolasepak.

Cuba bayangkan berapa kos yang perlu ditanggung oleh satu keluarga bersama 2 anak dari Johor untuk menonton perlawanan akhir ini. Situasi macam ini tak seharus berlaku kerana sukan bolasepak bukannya sukan bagi orang dewasa sahaja. 

Kita sepatutnya menerapkan minat menonton bolasepak di stadium sejak dari kecil lagi tapi dengan keadaan ekonomi semasa tambahan pula harga yang terlalu mahal, pasti ramai kanak-kanak terpaksa melupakan hasrat untuk menonton bolasepak secara live di stadium.

Aku harap FAM dan Football Malaysia LLP dapat memberikan sedikit kouta bagi kanak-kanak kerana ia sedikit sebanyak meringankan beban mereka yang sudah bekeluarga.

Regards,
-Strider-

Thursday, April 28, 2016

#1474 - Cara Memohon Jawatan Kosong Dengan Betul

Hye Readers,



Baru-baru ini, aku ditugaskan untuk mencari calon-calon bagi mengisi kekosongan jawatan di syarikat tmpat aku bekerja. Namun ketika menerima permohonan dari calon-calon yang ingin memohon, aku dapati ramai mereka tidak mempunyai etika yang sepatutnya ketika ingin memohon jawatan.

Untuk entry ini aku akan cerita cara-cara yang betul untuk memohon jawatan kosong. Zaman sekarang agak sedikit berbeza ngan zaman dahulu. Mungkin dulu ketika kita mempunyai Ijazah, itu dah merupakan satu kelebihan namun ia berbeza dengan zaman skarang dimana ramai lagi calon-calon yang mempunyai kelayakkan yang sama oleh itu "first impression" sangat penting ketika ingin memohon sesuatu jawatan.

Etika atau cara mohon jawatan kosong terbahagi kepada beberapa perkara yang antaranya seperti berikut:-

1) Penulisan Resume
Pastikan setiap resume yang dihantar tidak mempunyai spelling error terutamanya jika resume anda dalam bahasa  inggeris kerana itu telah menujukkan kelemahan anda dalam penulisan bahasa inggeris.

2) Cover Email.
Banyak jawatan kosong sekarang boleh dipohon melalui atas talian(online) oleh itu cover email merupakan sama penting dengan cover letter. Jangan amalkan menghantar dengan menulis email, attach resume dan terus email. Amalkan untuk menyatakan niat anda untuk memohon jawatan di syarikat mereka.

3) Format Resume
Format yang bukan bermaksud cara korang menulis resume. Cara korang menulis mungkin berbeza mengikut keselesaan masing-masing tapi ia lebih kepada format application yang korang save, Cuba amalkan untuk menghantar resume korang dalam bentuk pdf. Setiap orang mempunyai aplikasi microsoft yang berbeza jadi mungkin kat PC korang benda tu nampak elok tapi bila sampai kepada orang yang menerima, formatting ia akan menjadi lain.

Itu antara 3 elemen yang penting dalam memohon jawatan kosong. Secara ringkasya, anda perlu nampak professional bagi membolehkan anda dipanggil untuk interview. Anda perlu ingat bahawa persaingan untuk mendapatkan sesuatu jawatan kosong makin lama makin sengit dan first impression juga memainkan peranan penting supaya anda boleh dipanggil untuk temuduga.

Itulah beberapa tips yang aku boleh kongsikan bagi korang yang mungkin sedang mencari pekerjaan. Mungkin lepas ini kalau ada masa aku cerita puak tatacara yang sopan ketika masa temuduga. Buat mereka yang sedang mencari pekerjaan aku wish all the best dan semoga perkongsian in bermanfaat kepada anda.

Regards,
-Strider-

Wednesday, April 27, 2016

#1473 - Sudah Ku Tahu - Projector Band

Hye Readers,




Pernah dengar lagu dari Projector Band yang bertajuk Sudah Ku Tahu tak? Lagu ini sekarang merupakan salah satu dari lagu yang tengah top (ketika aku menulis entry ini).dekat Malaysia ini. Tapi apakah elemen yang membuatkan makin lama makin orang suka?

Sebenarnya agak lama jugak kita tak dengar lagu-lagu rock kapak ini popular. Tapi apakah sebenarnya kekuatan lagu ini sampaikan ramai yang nak buat cover, belum masuk drum cover dan juga macam-macam jenis cover.


Pada pendapat aku, antara kekuatan lagu ini adalah kualiti lagu itu sendiri dan ditambah pula dengan kekuatan vokalis Projector Band. Namun selain dari itu aku rasa ada beberapa elemen yang membuatkan lagu ini mudah diterima ramai. 

Bagi mereka yang pada tahun 80an & 90an, mereka pasti merindukan lagu-lagu bergenre Rock Kapak dan lagu ini serba sedikit menimbulkan nostalgia ketika mereka masih muda-muda. Tambahan pula sekarang kebanyakkan artis cenderung untuk mengeluarkan lagu-lagu berentak pop dan balada. 

Semoga Projector Band akan terus menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti dan tidak hanya menjadi 'one hit wonder"

Regards,
-Strider-

Monday, April 25, 2016

#1472 - Datuk Vida Patah Hati Dengan Pasukan Kelantan

Hye Readers,


Hari ini aku ada baca berita Datuk Seri Dr Hasmiza Othman (Datuk Vida) mengenai tidak menolak kemungkinan beliau menarik diri daripada menaja skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW) dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Bunyinya seakan pasrah dengan prestasi yang tidak menentu dari pasukan Kelantan.

Sebagai seorang ahli perniagaan, aku tahu pulangan bagi setiap pelaburan ada satu elemen yang penting. Aku harap sebelum dia membuat pelaburan keatas skuad Kelantan, beliau telah melakukan beberapa penyelidikan mengenai business model sebuah kelab bolasepak.

Pada pendapat aku, kedudukan pasukan Kelantan pada musim ini tidaklah begitu teruk. Dengan menghuni tempat kelima selepas 9 perlawanan, keputusan itu dianggap tidak terlalu teruk memandangkan Kelantan sedang mengalami penstrukturan semula.
Kedudukan selepas 9 Perlawanan

Sebenarnya Datuk Vida perlu bersabar dalam usaha untuk mendapatkan pulangan hasil dari pelaburan yang dilakukannya. Jika dilihat contoh pasukan-pasukan lain baik dari dalam dan luar negara, kejayaan yang mereka kecapi kebanyakkan mengambil masa. 

Chelsea, Man City, dan JDT antara beberapa kelab yang mengambil masa untuk berjaya selepas melakukan perstukturan semula. BH Online melaporkan yang Datuk Vida berkata Kelantan perlu meneruskan rentak kemenangan malam tadi dalam baki dua perlawanan lagi sebelum tamat pusingan pertama untuk 'memenangi' semula hatinya.

Jadi sama-samalah kita nantikan keputusan baki 2 perlawan bagi menentukan prestasi pasukan Kelantan untuk pusingan pertama Liga Super. Bagi penyokong Kelantan, teruskan berada dibelakang pasukan anda kerana mereka memerlukan anda disaat-saat penting ini.

Regards,
-Strider-

Friday, March 25, 2016

#1471 - Selamat Hari Polis

Hye Readers,





Aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Polis kepada semua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Hari Polis Malaysia yang ke 209. Kita tak boleh nafikan bahawa Polis merupakan salah satu dari institusi yang menjadi asas kepada pembangunan sesebuah negara.

Apa yang aku perasan, cabaran polis ketika ini dan cabaran mereka yang aku sering dengar jauh berbeza. Jenayah memang tak akan pernah luput dari muka bumi ini. Belum pernah ada negara yang 100% bebas dari jenayah,

Cabaran polis akan sentiasa bertambah tanpa kita sedari. Jika dahulu mereka sibuk mempertahankan negara dari jenayah sivil dan ancaman pengganas(komunis), kini mereka menerima cabaran untuk mempertahan negara dari ancaman (IS) dan tak lupa juga jenayah sivil.

Ancaman siber merupakan ancaman baru bagi pihak PDRM. Walaupun ancaman siber tak sehebat ancaman pihak bersenjata namun ia tidak harus dipandang ringan kerana ia mampu membuat rakyat berpecah belah dan hilangnya kepercayaan terhadap pihak polis.

Namun PDRM tidak berseorangan, dengan adanya agensi pihak berkuasa lain seperti Suruhanjaya Koperasi dan Multimedia (SKMM), ancaman siber seperti penyebaran khabar angin dan hasutan mampu dicegah dari peringkat awal.

Seiring dengan dunia digital ini, anggota PDRM juga diuji dari kesabaran mereka, Anggota PDRM sering diawasi oleh masyarakat baik dari segi sikap ataupun salahlaku. Silap sikit jer skarang orang dah mula rekod video tentang kesalahan yang dilakukan oleh anggota PDRM dan kebiasaanya ia akan menjadi viral.

Namun pada pendapat aku integriti anggota PDRM malaysia masih ditahap terbaik walaupun ada sesetengah kes dimana salahlaku anggota PDRM menjadi tumpuan. Aku masih percaya PDRM mampu menjaga keamanan dan keselamatan negara. Terima kasih kepada semua anggota PDRM.

Regards,
-Strider-

Wednesday, January 20, 2016

#1470 - Review Filem - The Forest

Hye Readers,



Sebenarnya lambat jugak aku buat review filem untuk cerita 'The Forest" nie sebab cerita tu pun dah dekat seminggu lebih kat wayang. Hari tu aku berkesempatan tengok cerita nie kat wayang. Genre cerita ini ialah seram. Sebelum aku mulakan dengan review kita baca dulu jalan ceritanya.

SINOPSIS

Cerita ini mengisahkan Sara Price yang mendapat berita dari Polis Jepun mengenai kematian adiknya yang dikatakan pergi ke hutan Aokigahara untuk membunuh diri. Aokigahara merupakan kaki bukit Gunung Fiji yang terkenal dengan aktiviti membunuh diri. Namun Sara percaya yang adik kembarnya masih hidup dan ingin mencarinya di Aokigahara.  Pencarian Sara tidak mudah kerana hutan tersebut mempunyai ramai roh-roh yang tidak tenteram.

REVIEW

Sebelum aku menonton filem ini, aku ada check rating kat IMDB dan seperti dijangka, rating dia tak begitu tinggi, mungkin sebab bukan semua orang gemar filem bergenre horror ini. Namun bagi aku cerita ini "worth to watch" kalau korang penggemar filem seram, selain daripada beberapa scene yang mampu membuatkan jantung korang berdegup laju, jalan ceritanya pun tak mengecewakan.

Namun ada satu dua scene yang sebenarnya tak related to the movie pun tapi senjaga dibuat supaya korang terkejut. Dari segi seram plak, cerita nie tak banyak hantu yang hodoh sangat cuma seram dia akan buat korang terkejut. 


Overall cerita ini okay dan masih berbaloi untuk korang beli tiket atau download. Personally aku rasa cerita ini best tapi macam biasa la, taste aku ngan taste orang berbeza. Mungkin ada orang yang tak suka tengok cerita-cerita macam nie.

Ketika aku sedang tulis ini, cerita ini masih ditayangkan dipawagam cuma show dah tak banyak. Kalau korang nak tengok cerita ini tapi tak sempat nak pergi wayang, boleh laa download cerita ini kat mana-mana website yang korang tahu.

Regards,
-Strider- 

Tuesday, January 19, 2016

#1469 - Datuk Vida Eksekutif PQPTRW

Hye Readers,

Datuk Vida meminta untuk dilantik sebagai pengurus eksekutif untuk skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors bermula musim baru ini. Itu apa yang aku baca melalui laman web Sukanstar. Katanya jawatan itu diwujudkan supaya Dato Vida lebih mudah berinteraksi dengan pemain.


Ini merupakan salah satu dari 35 syarat yang dipersetujui oleh KAFA setelah menerima penajaan sebanyak RM16 juta dari Datuk Vida. Sebenarnya aku speechless bila baca artikel ini. Aku langsung tak paham kenapa dia perlu ada berada dengan pemain ketika perlawanan sedang dijalankan.

Bagi sesetengah penyokong terutamanya penyokong Kelanan benda ini bukan merupakan satu isu yang besar kerana mereka percaya Datuk Vida tak akan melakukan perkara yang akan menjatuhkan pasukan Kelantan tapi ada juga yang risau kehadiran akan menggangu taktikal pasukan.

Pada pendapat aku la, kawasan bangku simpanan ini elok dibiarkan kepada team technical pasukan sahaja. Apa yang paling penting Datuk Vida kena pantau KAFA supaya mereka dapat menjelaskan hutang-hutang tertunggak serta tidak over spent dalam budget untuk 2016.

Namun segalanya bergantung kepada Datuk Vida da KAFA sendiri. Hopefully pasukan Kelantan dapat mempamerkan aksi yang menarik bagi kempen Liga Super 2016 kerana walaupun ia belum bermula, pasukan Kelantan mendapat banyak tumpuan dari orang ramai.

Regards,
-Strider-

Tuesday, January 12, 2016

#1468 - Salam Tahun 2016

Hye Readers,



Sebenarnya lama jugak aku tak menulis blog nie. Last time aku tulis ialah masa tahun 2014. Dekat setahun lebih aku berehat dari menulis blog. Ada beberapa sebab kenapa aku berhenti sebenarnya. Salah satu ialah sebab aku takde masa dan ia semua bermula dari takde mood.

Dalam masa setahun nie juga banyak isu-isu semasa yang menarik perhatian aku. Mostly yang menarik perhatian aku ialah kos sara hidup yang semakin meningkat ni. Tapi itu semua tak menjadi masalah jika anda melakukan #2Kerja.

Tahun ini juga akan menjadi tahun yang mencabar bagi aku dan aku rasa korang semua pun sama. Sebenarnya setiap tahun cabaranya akan meningkat cuma bila umur semakin bertambah nie, rasa tanggungjawab tu lebih skit berbanding ketika waktu muda dulu.

Oleh yang demikian aku ingin ucapkan Selamat Tahun Baru 2016 (walaupun dah lewat 12 hari) kepada semua yang membaca posting ini. Hopefully tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik daripada tahun-tahun lepas.

Regards,
-Strider-