Entry aku kali berkaitan dengan berita dari Utasan Malaysia dibawah nie...
KUALA LUMPUR 1 Feb. – Kerajaan perlu memperkenalkan undang-undang baru yang boleh mendenda mereka yang tidak mendaftar dan gagal membuang undi pada pilihan raya umum.
Menurut pemerhati politik, kaedah itu tidak mustahil dilaksanakan di negara ini kerana ada negara lain termasuk Australia telah menggunakan undang-undang seumpama itu.
Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar (gambar) berkata, langkah itu perlu diambil bagi memastikan setiap rakyat menunaikan tanggungjawab mereka terhadap negara.
“Kaedah itu bukan bertujuan mahu membebankan rakyat, sebaliknya ia merupakan langkah yang tepat demi masa depan negara.
“Apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan golongan Melayu paling ramai tidak mendaftar, ia cukup mengecewakan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof iaitu orang Melayu dikesan paling ramai tidak mendaftar sebagai pengundi walaupun layak berbuat demikian.
Jelasnya, berdasarkan kajian pihaknya mendapati orang Melayu memandang remeh perkara tersebut dengan memberikan pelbagai alasan.
Pendidikan aku takde laa tinggi macam Dr nie tapi yang aku tau undi tu adalah hak individu...Buat apa kita nak denda orang yang tak mahu mengundi??Denda orang tak megundi hanya akan membebankan lagi rakyat..Siapa yang tak mengundi dia yang rugi..
Sikap untuk keluar mengundi nie terletak pada diri sendiri..Kerajaan dah bagi keistimewaan untuk rakyat mengundi jadi kalau siapa yang tak keluar mengundi dia laa yang rugi..Cara terbaik untuk menambah peratus keluar mengundi adalah dengan menberi kesedaran bukan denda..
Parti yang bertanding juga harus tahu limit topic yang nak dijadikan sebagai bahan kempen..Jangan sampai kempen membuatkan rakyat malas keluar mengundi..Kalau boleh kempen untuk diri dan parti boleh buat..apa salahnya sekali sekala berkempen untuk rakyat keluar mengundi..
Regards,
-Strider-
org takmo mengundi sbb rasa politik itu kotor. denda? tak wajar, beri kesedaran itu yg terbaik.
ReplyDelete*akak dah 2kali mengundi sejak umur 21thn. sbb? walau politik nampak kotor, kita sbg rakyat masih perlu memilih siapa pemimpin negara kita.
undi je la walaupon aku tak layan politik..tu bezanya orang malaysia dengan bangla
ReplyDeletehuii aq dh ckup umor dh nk mengundi..dh daftar dh pn..tp rasa cm mls je nk beratur pjg2 nk buang undi nanti..
ReplyDelete