Tuesday, January 8, 2013

#1022 - KKM Haramkan Pengunaan Rokok Elektrik

Hye Readers,



Keratan Akbar nie bermain-main kat wall aku hari ini..hehehe..Sebenarnya aku dan segelintir golongan yang dah lama vape tak terkejut pun dengan berita ni dan boleh agak..Tapi sesetengah orang yang mungkin baru mencuba atau yang kurang mengambil tahu pasal dunia vaping nie mesti terkejut.

Sebenarnya ini bukti bahawa fenomena Rokok Elektronik (RE) mampu membuatkan orang beralih dari hisap rokok tembakau kepada rokok elektronik.Dulu mula-mula orang nicotine chewing gum masuk pasaran malaysia benda tu tak mendapat sambutan. Sebab tu KKM tak pernah komen penggunaan nicotine dalam chewing cum tu.

Untuk makluman korang vapers dari United Kingdom (UK) pernah mengalami masalah yang sama... (Klik Sini) pada tahun 2012 atas alasan yang sama.Baik di UK atau di Malaysia, sebab utama dia ade satu jer iaitu masalah cukai...Korang baca petikan dari Utusan nie :- 

Beliau berkata, nikotin merupakan bahan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan dalam produk tembakau.

Kalau korang baca balik petikan tu rokok tembakau dikecualikan sebab cukai jer..Sepatutnya kalau nak KKM mengambil berat pasal penggunaan nikotin mereka boleh advise pengguna jumlah yang sesuai diambil daripada terus mengharamkan penjualanya.

Aku tak salahkan kerajaan pun sebab aku tau cukai tu penting..Itu semua standard policy..even kerajaan kat UK pun buat benda yang sama..Mana-mana negara yang mengenakan cukai yang tinggi untuk tembakau pasti merasa tercabar dengan kehadiran RE nie.

Akhir sekali ramai yang kata kenapa tak berhenti terus jer dari hisap rokok..Bukan semua orang guna RE sebab nak berenti rokok, Ambik contoh macam aku, aku memang suka hisap rokok dan RE merupakan satu alternative lain daripada aku hisap rokok tembakau yang memang terbukti bahaya dan mahal.

Regards,
-Strider-

4 comments :

  1. Ooo..ye ke??
    Kat fb akak belambak rakan yang jual RE ni.

    ReplyDelete
  2. yelah..kalau tak boleh langsung, maka takdela alternatif kpd rokok biasa tu.

    akak paham, nak berenti terus bkn mudah pun.

    ReplyDelete
  3. Mmg nikotine dh lama dh termaktub dlm Akta Racun 1952....Hatta nicorette gum yg mgandungi nikotine hnya boleh dibekalkan oleh Ahli Farmasi dan doktor shj...isu ini bukan mslh CUKAI..kalu buat msuk tembakau lg tinggi kastam kenekan cukai drpd nikotine...penggunaan nikotine yg blebihan dlm bdn myebabkan myebabkan problem jantung... yg tu saudara kene fhm la....google side effect of nikotine...

    ReplyDelete
  4. @Anonymous
    thank you for ur feedback..yes, nicotine memang ade side effect kalau tidak dikawal..so, what should KKM do about it??mereka patut find a solution or advise macam mana untuk pengguna RE boleh minimize the damage..Ban terus pengunaannya doesn't help at all...at the end kalau nicotine dalam rokok tembakau(yg tak dibekalkan oleh ahli farmasi) boleh dijual mengapa tidak rokok elektronik?even ade sesetengah saintis berpendapat RE bukan benda yang baik utk kesihatan tapi ia adalah alternatif lain yg lebih baik dr menghisap rokok tembakau..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete