Thursday, January 31, 2013

#1046 -Media Yang Sedang Sakit

Hye Readers,



"Our Media is Sick" ceh...itu intipati discussion aku dengan kakak aku tadi..Balik dari kerja tadi aku singgah untuk makan malam kat umah kakak aku..Lepas makan tu aku bukak laa TV dan aku pun lupa cammana start aku dan kakak aku memberi pandangan masing-masing terhadap media kita sekarang nie..

Aku merasakan media hari ini menjadi sebagai satu medium untuk menjadi mesin hypnosis yang akan brainwash kita untuk menerima apa yang disampaikan..Kita juga tidak diberi pilihan untuk memilih apa yang kita nak tapi lebih kepada menerima apa yang diberi..

Kakak aku pulak berpendapat media tak boleh disalahkan kerana mereka hanya mengikut telunjuk pihak atasan bagi situasi sama akan berlaku juga jika orang atasan berubah..sebenarnya citer dia ade masuk sikit politik laa tadi tapi yang tu aku tak perlu huraikan laa..kang panjang berjela... 

So keluar dari topik politik aku memberi satu contoh yang terbaru iaitu isu Rokok Elektronik..Umum mengetahui kajian yang dijalankan ade negetif dan positif tapi media kita cenderung untuk menceritakan yang negetif tanpa memberitahu result yang positif.

Aku bukan nak perjuangkan rokok elektronik atau politik tapi aku cuba nak beritahu yang media kita sekarang lebih cendung menjadi alat untuk membuatkan penonton dia percaya pada apa ingin diceritakan. Media seharusnya telus dalam memberi liputan tentang sesuatu isu. 

At the end selepas habis segelas air nescafe ais yang kakak aku buat aku pun balik kerumah dan terus update entry nie..Rasa seronok pulak dapat betukar pendapat tapi walaupun at the end aku tau walaupun aku ngan kakak aku ade different point of view tapi dia masih sayang kat aku..muahahahaha 

p/s: Apa pendapat korang tentang media in general??

Regards,
-Strider-

4 comments :

  1. ceh, aku jarang bincang pasal isu semasa dengan akak aku secara serius!

    pada aku...

    yang positif : media memang perlu jadi alat untuk mencuci pemikiran rakyat. sebab kebanyakan rakyat ni fikirannya macam lalang. akan ikut ke mana arah angin bertiup. sebabnya kalau terlalu banyak sangat idea-idea dari luar yang mendatangkan kesan negatif kepada negara (secara umumnya), itu la yang mesti dibendung dari awal.

    yang negatif : kawalan yang keterlaluan selalunya akan membuatkan masyarakat (yang bersifat ingin tahu) lebih menjauhi media tu sendiri. jadi mereka (atau kita) lebih cenderung mencari sumber alternatif. kesudahannya, masyarakat akan hilang kepercayaan terus kepada suatu yang sepatutnya menjadi sumber maklumat utama.

    sorry la, aku guna ayat buku teks pulak. tapi ni cuma pendapat peribadi je. dan aku pun tak nak sentuh soal politik lebih2...

    ReplyDelete
  2. media mmg tak bebas, sbb dah jd alat kuasa tertentu.
    berita2nya berat sebelah. Kenalah kita yg bijak fikir, jgn terima bulat2 apa yg terpampang.

    ReplyDelete
  3. media nie la yang buat kita rsa ragu2 sekarang nie. tak tahu mana yg btol dAn mana yang salah lagi dah ;)

    ReplyDelete