Wednesday, January 23, 2013

#1037 - DVD Dirampas, Mana Taukeh????

Hye Readers,



Tadi pagi aku ada baca pasal satu rampasan DVD cetak rompak yang besar-besaran kat akhbar Metro..Ini bukan kali pertama rampasan besar-besaran dijalan oleh pihak berkuasa..Kalau tak silap aku dan macam-macam rampasan dah dijalankan sebelum ini..

Rampasan kali ini melibatkan Lebih 1.15 juta DVD yang bernilai RM30 juta dirampas dalam serbuan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, di Taman Bukit Indah, Seri Petaling.

Sindiket itu juga telah menjalankan dipercayai telah beroperasi selama 3 tahun..Agak lama juga mereka berjaya mengelak dari dihidu oleh pihak berkuasa..Tapi ade satu benda yang aku tak paham setiap kali melibatkan operasi DVD haram nie..

Setiap kali bila ada serbuan oleh pihak berkuasa, mereka mesti tak dapat menangkap dalang atau "taukeh" DVD cetak rompak nie..Selalunya pekerja akan berjaya meloloskan diri sebelum pihak berkuasa dapat melakukan serbuan..

Paling hampir pun mereka adapat menahan penjaga stor atau gudang berkenaan..Bagi aku rampasan macam nie bukan la satu kejayaan sebab nanti dalang tu akan kembali lagi dalam masa terdekat dan menghasilkan lagi DVD cetak rompak.

Mungkin pihak berwajib dapat belajar pihak PDRM cara untuk mengumpulkan maklumat sekaligus dapat membuat serbuan yang akhirnya membuahkan hasil...

Regards,
-Strider-

8 comments :

  1. Susahlah nak hapuskan cetak rompak ni....
    To be truth, kadang kita sendiri pun beli gak kan.... Hehheheh..

    P/s : Kalau kira balik menatang tu, mesti lain...

    ReplyDelete
  2. selalunya tangkap hasil je bukan penghasilnya. hehe. takpe coba lagi..perang habis habisan. :D

    ReplyDelete
  3. mcm yg selalu tayang kat 999 tu, tokey mcm tak penah dpt pun. kdg terfikir..ada yg mkn suap ke smpai polis tak mampu nak jejak dalang sbnr.

    ReplyDelete
  4. kes ni dari dulu xpenah habis kan? sekarang xpayah nak beli DVD dah, tgok on9 lg bagus xpun terus ke wayang..sesetengah orang, lebih baik beli DVD cetak rompak dari original sebab murah n sekali sekala je nak tengok bukan hari2 :D..

    ReplyDelete
  5. Mcm macam la sekarang ni. Haih. Dunia Dunia

    ReplyDelete
  6. klau Na ,Na lagi suka beli CD cetak rompak sbb murah..Na tak kaya nk beli ori..mahal sesgt =D

    ReplyDelete
  7. At least kita dapat stopkan dulu pengedaran..daripada langsung tiada apa-apa rampasan..Betul tak..hehehe

    ReplyDelete
  8. Pada pendapat teman, pihak berkuasa yang bertanggungjawab buat serbuan tu, bukan bertujuan menangkap tokeh VCD tu. Tapi lebih kepada mengganggu operasi kegiatan penjualan saja. Sepatutnya mereka boleh membuat siasatan terperinci berkenaan tokeh DVD tu, sekaligus dapat menangkap tokeh tu...

    ReplyDelete