Friday, January 11, 2013

#1025 - Kenyataan Farid Kamil Mengenai Kontroversi Uniform PDRM

Hye Readers,

Hari ini aku ade baca artikel mengenai penjelasan Farid Kamil mengenai kontroversi pemakaian uniform PDRM ketika upacara perkhawinannya yang berlangsung baru baru ini..Nampaknya Farid Kamil menyalahkan seorang blogger kerana memutar belitkan fakta bagi tejuan memalukanya...


Merujuk kepada keratan akhar harian metro :-

“Konsep pakaian yang saya tampilkan pada malam itu ada adalah suatu yang istimewa mengikut kehendak saya. Pakaian seragam itu direka sendiri, jadi tidak perlu meminta surat kebenaran sesiapa,” katanya.

Farid berkata, pakaian seragamnya itu tidak mewakili mana-mana pasukan beruniform. Malah, kontroversi itu sudah diselesaikan dan tiada apa-apa tindakan diambil dari PDRM mahupun Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


“Buat masa sekarang, pihak pengurusan saya iaitu Metrowealth International Group (MIG) sedang meneliti apa yang ditulis menerusi blog dan media. Jika perlu, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka,” katanya.

Katanya, tindakan akan diambil kerana faktor memalukan dirinya, memutar belit fakta sebenar, memburukkan hubungannya bersama ATM dan PDRM serta bertindak menjatuhkan hukuman padanya sebelum dibawa bincang.

“PDRM sebenarnya sudah memberi lampu hijau untuk saya memakai pakaian seragam pada malam itu. PDRM mahupun ATM tidak mengambil apa-apa tindakan cuma saya menunggu keputusan MIG untuk membersihkan nama saya,” katanya.

Aku ada baca issue kat kat satu blog yang popular tapi aku tak pasti laa sama ada blogger dimaksudkan oleh Farid Kamil tu sama dengan penulis blog yang aku baca tu. Tapi apa-apa pun aku rasa tak perlu laa Farid Kamil nak memanjangkan issue ini dengan tindakan undang-undang.

Aku yakin blogger itu hanya meyampaikan pendapatnya dan kita kena bersedia untuk menerima pendapat orang lain..Mungkin ade sesetengah anggota PDRM/ATM yang tak bersetuju dengan pemakaian uniform tersebut..Well, all the best untuk Farid Kamil sekeluarga..hehehe :) 

Regards,
-Strider-

10 comments :

  1. Apsal dia nak pakai baju gitu ya?
    Apapun..dah selesai pun majlis.

    ReplyDelete
  2. garang tu.. xtaw lah nak ckp apa kan

    ReplyDelete
  3. Dah lah Farid..isteri pun dah mengandung...hehehehhhe.
    Lupakan sajer....kikikikiki

    ReplyDelete
  4. hmmmmm.... susah nk rungkai. masing2 ada pendapat sndiri.

    ReplyDelete
  5. Hey Farid Kamil married. Congrats to him. I know nothing about the issue. Hmm well blogger now is not like last time blogger already.wow this is scary.

    ReplyDelete
  6. nice day :)
    hargailah hari kemaren,
    mimpikanlah hari esok,
    tetapi hiduplah untuk hari ini.
    bagi-bagi motivasinya yaah...

    ReplyDelete
  7. xtau plak pasal isu ni..pasni ramai la yg boleh pakai pkaian seragam..bkn mudah tu..kne ikut latihan2 n so on baru boleh brpakaian camni..ape2 pun..asalkan bahagia..hehe ^^

    ReplyDelete
  8. Ohh..ingat bole pakai suka2 ja masa wedding. kena ada green lite rupanya.. asal uniform mcmni je, mst nmpk segak dan kacak! hehehehe ><

    ReplyDelete
  9. kdg2 freedom of speech pun bleh jd problem kn, oleh sbb sy sorg blogger, sy rasa bukan salah blogger tu sbb dia ada hak mau tulis apa2 kn..farid kamil pun 1 jg, org melayu pakai la baju melayu right? hahahah :p

    ReplyDelete
  10. oh farid kamil..x pnh minat dia huhu

    ReplyDelete