Thursday, January 30, 2014

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Hye Readers,


Walaupun bulan Januari ini aku agak busy tapi akhirnya sempat juga aku siapkan entry untuk penyertaan Ilmu Blogspot Blogger Malaysia yang dianjurkan oleh +HASRUL HASSAN . Untuk kontes ini aku perlu memberi apa-apa ilmu mengenai blog yang aku tahu. 

Pengenalan
Apa yang aku cuba sampaikan ini sesuai untuk blogger baru atau pun yang lama, anda tidak perlu mempunyai kepakaran teknikal kerana ia lebih kepada ilmu umum.Antara 3 ilmu yang aku ingin sampaikan disini ialah mengenai Etika Blogger, Bentuk Penulisan dan juga Jaringan Social (Networking) 

1. Etika blogger
Aku pernah publish mengenai kepentingan etika ketika berblogging. Etika sebenarnya sangat penting kerana ia akan menentukan identiti sesebuah blog/blogger. Antara etika yang harus dipatuhi ialah tidak menerbitkan entry plagiat (copy paste). Tidak menerbitkan kandungan yang masih diragui atau khabar angin dan bertanggungjawab terhadap artikel yang diterbitkan. Ini termasuk menukar semula artikel asal jika terdapat sebarang perubahan fakta.

2. Bentuk Penulisan.
Cara anda menulis sebenarnya antara merupakan kunci utama kepada kejayaan sesebuah blog. Penulisan blog juga salah satu daripada bentuk komunikasi. Oleh yang demikian setiap entry yang diterbitkan harus juga mengutamakan pembaca dan bukan saja mengenai penulisnya.

3. Jaringan Sosial (Networking)
Jika anda mempunyai etika dan bentuk penulisan yang baik, networking akan menjadi sesuatu benda yang mudah. Selain daripada mengguna ping aggregator, facebook, twitter, G+ dan lain-lain, blogwalking merupakan salah satu cara yang paling efektif untuk membina network yang baik. Anda juga harus pandai menghargai blogger yang datang untuk singgah dan komen entry yang anda terbitkan.

Kesimpulan
Itu adalah antara 3 ilmu asas yang aku boleh kongsikan bersama anda semua. Ramai blogger yang mengambil remeh mengenai 3 perkara ini tanpa mengetahui bahawa kejayaan sesebuah blog bergantung kepada elemen-elemen ini.

Jika anda tidak percaya, cuba cari seorang blogger yang anda anggap berjaya dan cuba lihat adakah blogger tersebut mempunyai 3 elemen yang saya terangkan tadi. Apa yang saya tulis ini adalah merupakan elemen yang ada kepada blogger yang saya anggap berjaya.

Regards,
-Strider-

Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com, DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.


#1349 - Striderbuzz 3rd Anniversary

Hye Readers

Niat nak upload 1st header dulu tapi pc pulak rosak so tak dapat laa aku nak upload.

Untuk makluman 28 January yang lepas sebenarnya merupakan anniversary Striderbuzz yang ketiga. Ini bermakna aku telah blogging dalam satu account selama 3 tahun. Sebenarnya aku sendiri tak percaya blog ini bertahan sebegitu lama. Bila baca balik entry aku The Beginning tadi aku senyum sorang-sorang jer.

Masih segar lagi ingatan aku ketika dalam bilik sambil menggodek-godek blog. Aku bermula blogging adalah melalui "try and error" sebelum aku tahu kewujudan tentang tutorial dan etika-etika ketika berblogging. Aku rasa tahun pertama merupakan tahun yang agak mencabar kerana pada mulanya target aku hanyalah untuk running blog ini selama setahun.

Sepanjang aku berbloging aku jarang update entry yang bersifat personal, jadi di kesempatan ini aku bagi korang peluang untuk tanya apa-apa soalan pasal aku (jika ada) nanti aku akan compiled dan jawab dalam entry yang lain.

p/s: Selamat bercuti dan kepada mereka yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalanraya.

Regards,
-Strider-

Wednesday, January 29, 2014

#1348 - Hadiah Dari Scripters

Hye Readers,


Ini merupakan cenderahati pertama yang aku terima untuk tahun 2014 ini. Cenderahati ini datang dari Scripters sebagai tanda penghargaan kerana aku berada di dalam kelompok top commentator bulan lepas. Sebenarnya hadiah ini sudah sampai last week tapi disebabkan minggu lepas and this week aku busy dengan kursus jadi aku tak sempat nak update.

Jadi buat mereka yang belum kenal meh sini aku kenalkan sikit dengan scripters nie. Ia merupakan salah satu blog yang aku selalu baca. Normally kalau tak dapat baca depan PC aku akan baca melalui phone jer sebab kekerapan Scripters ni update blog dia boleh tahan gak la.

Mengenai genre blog pula, Scripters nie tak banyak beza dengan blog aku, mostly Scripters blog about everything, Mungkin ada sesetengah korang kenal dia dengan nama lain tapi kenapa aku guna nama Scripters dalam entry ini ialah kerana dia baru sahaja lepas rebranding blog dia menggunakan nama Scripters.

Terima kasih sekali lagi kepada Scripters atas pemberian cenderahati ini dan all the best dalam dunia blogging. Kepada yang nak melawat blog Scripters korang boleh klik link yang aku provide kat atas tadi. 

Regards,
-Strider-


Monday, January 27, 2014

#1347 - Finalis AJL 28 Kena Game?

Hye Readers,


Sebelum aku tulis panjang-panjang biar aku terangkan sikit apa definasi  "Kena Game" ini. Ia merupakan bahasa pasar di kalangan rakan-rakan aku yang membawa maksud "dianiaya" atau "dipermainkan". Aku tak tahu laa korang diluar gunakan bahasa yang sama. Kenapa aku cakap finalis AJL 28 kena game dan bukanya game on.

Ini gara-gara pihak pengurusan AJL yang menggunakan sistem undian sebagai penentu kemenangan untuk persembahan terbaik yang di menangi oleh Hafiz. Bukan aku tak menghormati kemenangan Hafiz tapi aku tak rasa ia merupakan persembahan terbaik malam itu.

Aku rasa peminat muzik kat Malaysia masih tidak dapat menilai sesuatu berdasarkan apa yang dipertandingan. Setiap kali ada undian-undian macam ini, yang menang selalunya penyanyi yang popular sahaja tambahan pengacara pun sering menggalakkan orang untuk mengundi artis yang diminati.

Bagi ade beberapa persembahan mengikut tema yang layak memenangi persembahan terbaik. Segala usaha finalis menyediakan prop, penari latar, penyanyi latar akhirnya sia-sia saja kerana mereka kalah dengan artis/lagu yang lebih popular.

Hopefully, tahun depan tiada keputusan yang akan ditentukan melalui SMS kerana semakin lama pertandingan dalan industri hiburan ini menjadi pertandingan popular. So far ia bukan merupakan AJL yang terbaik pernah dianjurkan dan pada pendapat aku AJL 28 masih lagi berada di zaman 90an.

Regards,
-Strider-

#1346 - Weekend is Over

Hye Readers,


Lama dah since aku bersiaran dekat sini. Kalau ikutkan hati macam-macam benda aku nak update kat sini tapi komitmen aku di tempat lain sedikit membataskan aku. So how weekend korang? Hopefully semua berjalan dengan lancar.

For sports this weekend is a beat mix up sebab theres a  good news for me macam kemenangan Liverpool untuk FA Cup dan ada juga yang tak berapa best seperti kekalahan Selangor kepada Lions XII.Tapi nasib masih menyebelahi selangor kerana walupun kalah mereka masih di tangga kedua liga.

Minggu ini juga menyaksikan berlangsungnya Anugerah Juara Lagu 28. Seperti yang dijangkakan Hafiz telah memenangi AJL28 dengan lagu Bahagiamu Deritaku. Pasal AJL 28 nanti insyallah aku akan update dalam entry lain sebab ada beberapa benda yang aku tak berapa nak berkenan.

So thats all entry aku setakat ini. Aku nak BW kat blog kengkawan lain sebelum aku update entry baru. Have a good monday everyone...

Regards,
-Strider-

Wednesday, January 22, 2014

#1345 - Date or Hangout? [Part2]

Hye Readers,



Untuk membaca entry Part 1 sila klik sini. Terima kasih kerana mereka yang sudi share pendapat korang mengenai topik ini. Topik ini sebenarnya sebuah realiti kehidupan dimana seorang lelaki mungkin boleh mislead tujuanya ketika mempelawa seseorang wanita keluar. Ini pernah gak terjadi kepada aku.

So sebelum itu mari kita tengok sikit apa kata kata rakan blogger kita mengenai topik ini;

Sheila Salim
Assalamualaikum awak. isu ni, dah lupa la camne nak huraikan. hehe rasanyalah, kalau kawan lelaki ajak keluar, sheila anggap hang out. Kalau pakwe/suami ajak keluar, date la. hihi (",)

Amanda Suria
For me senang je...if lelaki ajak keluar its just a first hangout...if dh lama kawan skit...baru boleh claim its a date...for SA la..mcm SA ngan cik abg la...dh kawan dah beberapa kali keluar then dia ajak dating on the special date...masa tu declare couple...until today...cuma kami belum meterai dengan ikatan kekeluargaan.

Nuranne (formerly simplyseoul)
emm kalau hangout can lead to date juga tu. it''s like a trial before dating. haha.. xpasti pula buddy.

Sobri Yacob
bagi aq ok saja ajak wanita kluar..tapi tiba2 trus tringat stament ustaz azhar idrus..haram mgajak wanita itu kluar kalau x de niat nak kahwini dia... errr.....:) mcm mana plak kes lelakiajak kluar..adakah akan dicop gay :) ksimpulanya..smuanya atas niat :)

Vee Sandi
pendapat sis mudah jer . klu sebelum pelawaan tu berlaku , hubungan yg terjalin sekadar kawan , maka hangout lah . Tapi kalau sebelum pelawaan tu berlaku , dalam hati sudah ada taman , maka jadi datelah . cuma taman dlm hati tu pada salah seorg saja atau keduanya . Kalau satu pihak jer , maka satu pihak akan anggap sebagai date dan satu pihak lagi akan anggap hangout . Kesimpulannya , selagi xde lafaz , pelawaan tu sekadar hangout jer . tapi ada gak yg salah faham ... heheheee ^_ ^

Affy Afiqah
date or hangout ea...terpulang kepada macam mana seseorang tu define juga laa kan lan...macam ika....kalau date, ika anggap itu pelawaan yang serious...kalau hangout, setakat chill2 biasa dengan kawan2..susah laa nak describe in words adehhh T_T. pada ika tengok pada cara lelaki tu pelawa juga laa....rasanya dari situ kita boleh tahu dia ajak date ke hangout...kut hahahahha..tp bukan senang juga nak "baca" pelawaan dr lelaki or vice versa..

Ain Diyana
kacang bin goreng je,,, kalau kuar hang out, expenses sendirian berhad .. kalau dating,, tgk movie dia belanja.. makan dia belanja... boling dia belanja... hantar balik plak bebetul semudah2nya untk org yg dia nk ngorat.. kalau hangout, bye2 kat lokasi tersebut n bawa haluan memasing... & bila dh balik tu.. kalau org tu sms "dh smpai umah?" haaaa.. jeng jeng jeng... ada makna lah tu.. normally kalau hang out.. lantak la dh smpai umah ke belum.. hehehehe

So itu antara beberapa pandangan orang lain mengenai Date or hangout ini. korang boleh baca komen-komen lain melalui link yang aku bagi kat atas tadi. Sebenarnya ini satu benda yang boleh dikatakan subjektif kerana ia bergantung kepada personaliti seseorang.

Memandangkan aku tak dapat nak bagi pandangan untuk pihak lelaki dan perempuan jadi aku kemukann pendapat aku dari pihak perempuan, jadi kepada lelaki pandai-pandai la korang improvise ayat ini ek. sama ada hangout atau date itu bergantung kepada beberapa perkara seperti, berikut:

Its a Date
  • Jika pelawaan dia itu memang jelas berunsur date seperti "Jom makan malam bersama saya" ataupun "Jom dating minggu depan"
  • Jika ia datang menjemput kat rumah sambil membawa bunga (jarang orang buat) atau membawa buah tangan seperti coklat.
  • Jika lelaki membawa ia makan ke tempat yang eksklusif atau fancy restoran dengan suasana yang romantik.
  • Jika dia menghantar perempuan itu balik dan juga text selamat malam sebelum tidur. 
  • Semua aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut telah dirancang lebih awal, normally ia dilakukan oleh lelaki 
Its a Hangout.
  • Dia ajak korang "tag along" dalam aktiviti yang dia dilakukan. Kalau lelaki ajak perempuan teman dia pergi bermain/tengok bola than its a hangout.
  • Jika ia cerita tentang perempuan lain yang diminati.
  • jika dia ajak untuk berjumpa dengan kawanya selepas korang makan.
  • ketika berjalan di keep a distance a bit dan berjalan tidak terlalu rapat.
Jadi itulah serba sedikit pendapat aku mengenai date or hangout ini. Lain kali kalau korang tak sure sama ada lelaki ajak date or hangout, tanya jer terus terang supaya tak berlaku sebarang misleading intent. Kalau segan nak tanya secara serius, korang leh tanya dalam nada yang bergurau.

Regards,
-Strider- 

Tuesday, January 21, 2014

#1344 - Cara Menjaga Password Anda.

Hye  Readers,

Untuk posting kali ini aku akn bercerita pasal Password sebab dalam dunia online nie menjaga password itu adalah sangat penting. Mengikut data yang dikumpulkan oleh SpalshData berikut merupakan 10 password yang teruk untuk tahun 2013.



Walaupun password korang bukan terdiri daripada 10 password diatas tapi jangan terlalu yakin yang password anda tidak boleh dicuri. Bila berbicara mengenai password ada 2 elemen yang penting iaitu Membina Password yang kukuh dan juga Menjaga Password yang ada.

Membina Password.
Ada beberapa tips sebenarnya dalam membina password yang kuat. Secara umumnya makin panjang password anda maka makin kukuh laa ia. Tetapi menggabungkan antara Huruf, Nombor dan Simbol juga memainkan peranan dalam membina password yang kukuh. Berikut merupakan grafik secara kasar berapa lama masa yang perlu diambil untuk memecahkan password korang.



Menjaga Password
Menjaga dan membina adalah 2 perkara berbeza..kadang-kadang walaupun password kita dah kuat  tapi masih ada lagi orang yang berjaya mencuri password kita, kenapa ini berlaku??Kadang kadang tanpa kita sedari kita sendiri yang meletak password apabila diminta.

Oleh yang demikian jika terdapat apa-apa website yang meminta anda untuk meletakkan password cuba double check. Aku pernah jumpa satu website dimana ia keluar satu pop up meminta aku sign in kepada google account sedangkan pada waktu itu aku memang sudah sign in dengan account google.

Kesimpulan
Apa yang aku boleh simpulkan ialah berhati hati dengan password anda. cuba gunakan beberapa password untuk beberapa account berlainan contohnya, jangan gunakan password yang sama untuk internet banking dan juga social media. Sila ambil maklum yang pihak bank tidak akan pernah meminta anda untuk update apa-apa info melalui email.

Hopefully tips ini berguna untuk korang semua. Pasal entry pasal Date or Hangout tu, aku akan buat entry untuk autopublish esok sebab aku ade training selama 2 hari bermula esok.

Regards,
-Strider-

#1343 - Latihan UTK, Farid Kamil Masih Membisu.

Hye Readers,

Terima kasih kepada korang semua yang dah memberi pendapat tentang entry Date or Hangout aku yang lepas. Lepas ini aku akan beri pendapat aku pulak, tetapi sebelum itu aku nak cerita pasal berita beberapa hari yang lepas.

Beberapa hari yang lepas, akhbar Utusan Malaysia ade menyiarkan yang pelakon dan pengarah Farid Kamil sedang menjalani latihan Unit Tindakan Khas (UTK). Mengikut laporan Farid Kamil telah seminggu menjalani latihan tersebut di Maktab Teknik PDRM Muar Johor.


Benda ini sesuatu yang agak mengejutkan kerana setahu aku latihan untuk anggota elit PDRM dan juga ia merupakan latihan taktikal untuk anggota polis. Jadi bagaimana orang awam seperti Farid Kamil boleh mengikuti latihan seperti ini?


Aku juga mengambil kesempatan untuk tweet kepada official twitter untuk PDRM bagi mengesahkan tentang berita ini dan tak lama selepas itu PDM mengeluarkan satu kenyataan melalui Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asmawati Ahmad yang menafikan wujudnya latihan seperti tersebut kepada orang awam. (klik sini)

Setakat ini Farid Kamil masih membisu tanpa memberi penjelasan lanjut mengenai isu ini. Mengapakah dia mengaku menjalani latihan seperti UTK ini? Adakah ia salah satu daripada gimik untuk filem terbaru, adakah wartawan "misquote" kenyataan Farid Kamil? Itu semua Farid Kamil jer yang boleh jawab.

Apa-apa pun ini bukan kali pertama Farid Kamil "digossip" dengan PDRM. Pada 2012 Farid Kamil pernah mencetus kontroversi apabila perkhawinanya dikatakan mengikut istiadat (sword barrel) anggota polis walaupun dia hanya seorang orang awam. (klik sini)

Regards,
-Strider-

Monday, January 20, 2014

#1342 - Date or Hangout? [Part 1]

Hye Readers,



Untuk kali ini aku nak buat entry yang santai skit. Tajuk dia pun aku gunakan bahasa Inggeris sebab kalau translate bahasa melayu jadi tak berapa best untuk dibaca. Entry ini sebenarnya dah lama ade dalam draft cuma aku edit sikit-sikit mengikut kesesuaian.

Aku nak tanya pendapat korang semua tentang satu perkara. Setiap kali seseorang lelaki ajak seorang perempuan keluar, bagaimana kita nak define (terangkan) sama ada pelawaan lelaki tersebut adalah satu date ataupun its just normal hangouts??

Motif aku tanya sebab in realiti, kekadang ade perempuan yang sukar nak membezakan sama ada seorang pelawaan seorang lelaki itu bersifat "dating" atau pun "hangout". Lelaki pun ade gak yang keliru macam mana nak buat satu perlawaan bersifat hangout tu tak nampak macam "date".

Aku sebenarnya ada idea dan pendapat aku mengenai isu ini. jadi sebelum aku kemukakan pendapat aku, sekali sekala aku nak dengar pendapat korang dahulu..Jadi sila-sila laa drop komen anda semua, and nanti kita share pendapat masing-masing..hehe 

Regards,
-Strider-

1341 - It's Monday But It's Okay

Hye Readers,


Happy Monday guys..Semoga this week is gonna be better week than before. Candy is natures way of making up for Mondays.:D

Regards.
-Strider-

Thursday, January 16, 2014

#1340 - Temuduga Terbuka Rapid Rail Sdn Bhd.

Hye Readers,



Untuk kali ini aku nak war-warkan kepada korang Temuduga Terbuka untuk Rapid Rail Sdn Bhd. Untuk makluman korang Rapid Rail merupakan salah satu syarikat yang menguruskan perkhidmatan LRT dan Monorel di sekitar Lembah Kelang.

Maklumat temuduga terbuka tersebut adalah seperti berikut.

Tarikh   : 25 Januari 2014
Tempat : Pusat Jobs Malaysia (JMC) Kelana Jaya
              No. 2, Jalan SSB 5B/2, SS 5 Kelana Jaya,
              47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu :  9.00 pagi hingga 4.00 petang

Deskripsi Kerja

  •  Melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelenggaraan membaikpulih dalam pasukan yang ditetapkan.
  •  Kemahiran membaikpulih dan menyelesaikan masalah secara praktikal adalah satu keutamaan. 
  •  Boleh bekerja secara syif dalam waktu bekerja harian yang panjang dan jadual kerja yang tidak menentu bagi memenuhi keperluan operasi. 
  •  Berorientasikan pencapaian, proaktif dan bekerja dalam pasukan

Syarat-Syarat Kelayakan

  •  SIJIL / DIPLOMA dalam bidang KEJURUTERAAN Elektrik / Elektronik / Mekanikal / Mekatronik daripada Politeknik / Institut Kemahiran atau Kolej Teknikal yang diiktiraf.
  •  Calon yang memiliki SIJIL mestilah memiliki sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman kerja dalam bidang teknikal manakala manakala graduan DIPLOMA yang baru menamatkan pengajian adalah digalakkan memohon.

Sila bawa dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT :

  •  Kad Pengenalan
  •  Diploma serta lain-lain sijil persekolahan
  •  Sijil-sijil sokongan
  •  Resume terkini
  •  Lesen memandu,
  •  Penyata gaji terkini
  •  1 keping gambar berukuran paspot
Jadi kalau korang kenal sesiapa yang sedang mencari kerja sebagai juruteknik silalah beritahu mereka tentang kekosongan jawatan ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi  03-22991999 samb. 1526 / 1527 / 1541

Regards,
-Strider-


#1339 - FAM Bakal Berbelanja Besar Untuk 2014

Hye Readers,

Adakah dia mampu mengubah scenario bolasepak negara?

Tahun 2014 nampaknya akan dimulakan dengan perbelanjaan besar oleh FAM untuk mendapatkan Philippe Troussier sebagai jurulatih Harimau Malaya setelah kontrak Rajagopal tidak disambung pada penghujung Disember lalu.

Menurut laporan Metro setelah mengadakan beberapa sesi pertemuan Semuanya kini bergantung kepada kesediaan Philippe Troussier sama ada mahu menerima tawaran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana khabarnya Tunisia juga mempunyai minat untuk mendapatkan khidmat jurulatih berkenaan.

Pada 6 Disember yang lalu Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menafikan yang bekas jurulatih skuad Piala Dunia Jepun 2002 merupakan calon utama untuk menggantikan Rajagopal dan sebulan selepas itu benda lain pula yang jadi. (klik sini)

Menurut laporan Star pada November yang lepas Troussier hanya akan mempertimbangkan jika mendapat tawaran bernilai US$1.52mil (RM5 Juta) setahun atau US$126,805 (RM407,000) sebulan. Gaji itu memang setimpal kalau mengikut pencapaian Troussier selama ini.

Tapi adakah FAM pelaburan itu akan mendatangkan hasil memandangkan FAM ini merupakan salah satu persatuan yang "untouchable". Adakah Troussier akan berjaya mengubah hala tuju FAM serta memantapkan lagi mutu bola sepak negara?

Tapi itu semua hanya akan terjawab setelah Troussier membimbing skuad negara. Buat masa sekarang belum apa-apa keputusan rasmi tapi khabarnya Troussier lebih berminat untuk melatih Malaysia walaupun menerima beberapa tawaran yang lain.

Regards,
-Strider-


Wednesday, January 15, 2014

#1338 - Salam Maulidur Rasul

Hye Readers,

Image: Ihsan Google


Rasanya masih belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada korang semua. Beberapa hari yang lepas aku tak dapat nak upadate entry selalu akibat komitmen lain tapi aku sempat buat 2 auto published entry untuk korang hujung minggu yang lalu.

Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah telah dipilih sebagai tema bagi maulidur rasul pada tahun ini dan dari tema tersebut kita semua sudah tentu tahu betapa perlunya semua umat islam di Malaysia perlu bersatu tanpa memilih latar belakang politik.

Pada pendapat aku isu-isu yang melibatkan agama ini perlu ditangani oleh ulama dan golongan yang arif dalam ilmu agama bagi mengelakkan kekeliruan kepada masyarakat. Sebab itu aku cukup tak suka bila sesuatu mengenai isu agama dipolitikan oleh sesetengah pihak dalam usaha mencari populariti atau sokongan.

Aku pun tak mahu cerita panjang kerana nak balas banyak kunjungan. Terima kasih kepada mereka yang membaca/komen entry aku yang lepas. Insyallah nanti aku akan update entry yang lain pula.

Regards,
-Strider-

Sunday, January 12, 2014

#1337 - Beli Barangan Rampasan

Hye Readers,


Sebenarnya taktik penipuan ini bukan satu isu baru. Kalau tak silap aku kali pertama aku dengar penipuan ini adalah ketika mula-mula kemasukkan telefon pintar (smartphone) kerana pada masa itu harga smartphone memang mahal.

Baru baru ini PDRM sekali lagi mengeluarkan peringatan terhadap kegiatan memperdaya orang ramai dengan menyatakan barangan murah boleh diperolehi kononnya daripada agensi kerajaan. Mangsa kebiasaannya terdiri dari kalangan pelajar institusi pengajian tinggi dan mereka yang baru menempuh alam pekerjaan.

Antara modus operandi yang digunakan:

Kes pertama
1. Mangsa menerima SMS / panggilan telefon daripada suspek yang mengatakan mempunyai kenalan di agensi kerajaan untuk menjual harta rampasan seperti TV plasma, laptop, telefon bimbit, kamera digital dengan harga murah. 
2. Jika bersetuju, mangsa dikehendaki membuat bayaran melalui akaun bank yang diberikan suspek. 
3. Selepas bayaran dibuat suspek gagal dihubungi.

Kes kedua
1. Suspek datang berjumpa mangsa dan mengaku rakan kepada Pegawai agensi kerajaan.
2. Suspek menawarkan untuk mendapatkan tender TV plasma, laptop, telefon bimbit , kamera digital dengan harga murah.
3. Suspek menghilangkan diri setelah mendapat bayaran tunai dari mangsa.

Kes Ketiga
1. Mangsa terlihat iklan mengenai jualan/lelongan barang rampasan agensi kerajaan dengan harga yang murah di laman web. 
2. Mangsa kemudian, menghubungi nombor telefon ‘orang tengah’ yang diberikan dalam laman web tersebut. 
3. Mangsa bersetuju dan membuat bayaran melalui akaun bank yang diberikan oleh suspek.
4. Suspek berjanji akan menghantar barang yang dikatakan tetapi sehingga laporan polis dibuat, mangsa tidak terima barang yang dijanjikan dan suspek gagal dihubungi.

Oleh itu aku juga ingin menasihatkan korang supaya membuat semakan dengan pihak berkenaan apabila menerima sebarang tawaran jualan barangan murah. Sebenarnya memang ada agensi kerajaan seperti Kastam menjual barangan rampasan mereka (klik sini) tapi lazimnya ia digunakan melalui kaedah yang sesuai.

Regards,
-Strider-

Saturday, January 11, 2014

#1336 - Majlis Fatwa Digesa Haramkan Perbualan Antara Lelaki Dan Wanita Bukan Mahram Di Internet

Hye Readers,

Malam tadi aku ada terbaca satu artikel dimana Majlis Fatwa digesa untuk mengharamkan perbualan antara lelaki dan wanita bukan mahram di internet. Ini susulan pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei, yang mengeluarkan fatwa terbaru bahawa perbualan atau bersembang di media sosial antara lelaki dan wanita bukan mahram adalah haram kerana boleh mendorong perbuatan maksiat.

Gambar: Google
Mengikut laporan Malaysian Digest, fatwa itu disokong Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad, yang menurut mereka perbualan bukan muhrim menerusi media sosial tanpa batasan hingga mendorong perlakuan maksiat, adalah haram.

Disebabkan ini merupakan hal berkaitan agama, jadi aku tidak mahu sewenang-wenangya memberi pandangan sebab ilmu didada pun belum cukup tinggi sebenarnya tapi pendapat ringkas aku ialah benda ini kelihatan sedikit ekstrem dengan kehidupan kita yang berbilang kaum.

Aku juga tak nampak cara yang sesuai untuk implement fatwa ini walaupun aku bersetuju dengan pendapat Mufti Fahang yang pergaulan yang menjurus kepada maksiat atau bertentangan Islam tetap dilarang dalam Islam, walaupun di media sosial.

Jadi apa pendapat korang semua mengenai isu nie? Adakah kita harus mengikut jejak langkah Iran dengan mengeluarkan fatwa baru bahawa perbualan atau bersembang di media sosial antara lelaki dan wanita bukan mahram adalah haram???

Regards,
-Strider-

AUTO PUBLISHED ENTRY

Friday, January 10, 2014

#1335 - Pelajar Sekolah Mula Berdemo

Hye Readers,


Sepanjang 2-3 tahun ini pelbagai jenis dan bentuk demonstrasi yang dapat kita saksikan. Daripada demo dari pihak politik, NGO dan yang paling terbaru ialah pelajar sekolah di kawasan Bagan Dato, Perak. Mereka berdemo bersama ibu bapa kerana membantah kenaikkan harga bas di kawasan mereka.

Mengikut apa yang aku baca dari pertal Malaysiakini  pengusaha bas sekolah mengenakan bayaran sebanyak RM 44.85 bagi seorang pelajar di kawasan estet berbanding sebelum ini RM 32 sebelum ini dan ini sudah tentu membebankan ibu bapa yang terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana.

Korang boleh baca lanjut mengenai berita tersebut dekat link yang telah aku beri. Mengapa ini semua berlaku? Ianya sudah tentu kerana kos sara hidup yang semakin lama semakin meningkat. Sebenarnya pihak berwajib harus pandai memainkan peranan dalam isu ini supaya tiada lagi demonstrasi yang akan dilakukan di tempat lain. 

Aku rasa ini merupakan salah satu cara supaya penduduk kawasan terbabit dapat memberitahu kepada rakyat Malaysia apa yang sedang berlaku di kawasan mereka. Aku sebenarnya berminat untuk melihat bagaimana pihak berwajib menangani isu-isu sebegini?

Adakah rundingan akan dijalankan dengan pengusaha bas sekolah? Adakah satu kadar baru tambang akan diperkenalkan mengikut jarak? atau ada alternatif lain bagi menyelesaikan isu harga bas sekolah ini? Ini hanya merupakan satu masalah terpencil yang jika tidak dibendung mampu merebak ke seluruh negara.

Regards,
-Strider-

Thursday, January 9, 2014

#1334 - Teksi Cepat Kaya

Hye Readers,

Gejala teksi tak menggunakan meter nie sebenarnya merupakan isu lapuk. Mujurlah aku seorang yang jenis kurang menggunakan teksi untuk berulang alik ke tempat kerja, Tapi sebenarnya aku kesian kepada mereka yang sering ditipu oleh teksi-teksi  yang nak cepat kaya kerana tiada pilihan lain.

Sebenarnya ade beberapa tempat yang menjadi tumpuan pemandu-pemandu teksi yang cekik darah ini. Tapi yang aku nak cerita kali ini ialah berdasar pengalaman aku terpaksa menaiki teksi cekik darah dari Stesen LRT Kelana Jaya ke kawasan subang.

Suasana Kawasan Teksi di LRT Kelana Jaya
Sebenarnya aku dah lewat untuk satu mesyuarat jadi disebabkan bas dijangka tiba dalam masa 30 minit aku pun pilih teksi sebagai pengangkutan alternatif. Sebelum menaiki teksi, pemandu tersebut telah memberitahu harga yang patut aku bayar iaitu sebanyak RM8.00.

Setelah bersetuju aku terpaksa pula menunggu beberapa minit kerana pemandu teksi itu ingin mengumpul penumpang lain yang mempunyai destinasi berdekatan dengan tempat yang aku pilih dan penumpang lain itu pula terpaksa membayar dengan harga yang berbeza.

Apa punca sebenar pemandu teksi ini tidak mahu menggunakan meter aku tak tahu, Aku rasa ramai dah orang membuat aduan  termasuk aku sendiri. Akhbar Utusan Malaysia pada 2011 juga pernah melaporkan benda yang sama (klik sini).

Kini kita sudah pun memasuki tahun 2014 tetapi aku yakin gejala ini masih berleluasa di kawasan tersebut. Apakah tindakan pihak SPAD dalam usaha mengawal gejala ini berlaku? Adakah mereka boleh menjamin andaikata harga tambang teksi dinaikkan gelaja ini akan berhenti?

Regards,
-Strider-


Wednesday, January 8, 2014

#1333 - SEGMEN BLOGLIST MyCherita #1 2014.

Hye Readers,



SEGMEN BLOGLIST MyCherita #1 2014
Buat pertama kali nya Mycherita melancarkan Segment Bloglist MyCherita #1 2014.Untuk segmen ini seramai 10 orang blogger akan di pilih menghiasi bloglist MyCherita  dalam  masa 3 bulan (Januari-Febuari-Mac 2014).

Oleh yang demikian berikut adalah syarat-syarat penyertaan :

1. Follow blog  MyCherita ( wajib )

2. Add G+  MyCherita ( wajib )

3. Like Facebook Fanpage MyCherita ( Wajib )

4. Buat satu post entri dan beri tajuk segmen "SEGMEN BLOGLIST MyCherita #1 2014 ".

5 . Follow Twitter MyCherita ( jika ada )



Mudah kan..???

 Mari sama-sama join segmen ini agar traffic backlink kita akan berterusan mengalir bagi memantapkan kan lagi saham blog kita semua.. ;-)


Sila klik banner diatas untuk menyertai

Segmen bermula 06 Januari 2014 Sehingga 15 Januari 2014

Diharap segmen ini mendapat sambutan dari rakan-rakan semua.

Terima kasih.


Ini merupakan satu percubaan untuk aku join segmen menggunakan autopublish entry. Insyallah esok bila online nanti akan aku submit link kepada tuan punya segmen...hehe

#1332 - 7 Januari 2013

Hye Readers,


Cuaca petang semalam sebenarnya boleh tahan gak rupanya, Gambar yang paling bawah sebelah kiri aku ambil dari pejabat aku pada jam 5.30 ptg. Ketika itu aku rasa macam pukul 8 malam pulak. The best part ada dikalangan rakan sepejabat yang tak perasan pun hujan.

Petang semalam sebenarnya aku sedang BW selepas update entry baru tapi aktiviti itu tergendala sebab aku ade urusan lain. Insyallah hari ini aku sambung balik. Korang boleh abaikan typo dalam gambar aku tu sebab aku tahu kita di tahun 2014.

Sebenarnya gambar yang aku upload ke Instragram dan facebook aku tu ialah kompilasi apa yang berlaku di sekitar kawasan aku semalam iaitu hujan lebat, tanah runtuh, kesesakan lalu lintas dan juga ade beberapa tempat yang dinaiki air.

Semoga cuaca hari ini akan lebih baik daripada semalam. Kepada mereka yang ada social network tu jom luaskan lagi network anda dengan add and follow account aku seperti dibawah..hahaha

Facebook : Azlan Hasan
Twitter      : @azlanstrider
Instagram  : azlanstrider

Regards,
-Strider-

Tuesday, January 7, 2014

#1331 - Rekod Baru Pasar Cecil Pulau Pinang

Hye Readers,

Nelayan pasar Cecil Street di Pulau Pinang telah mencipta satu lagi rekod, kali ini mereka berjaya menangkap seekor ikan yang berukuran  2.4m panjang dan seberat 200kg. Rekod sebelum ini ialah ikan seberat 195kg dan 1.8m panjang yang juga telah ditangkap oleh nelayan dari pasar yang sama pada Disember 2012.



Menurut laporan The Star, seorang peniaga yang merupakan sorang nelayan Khor Swee Boon berkata kerapu itu ditangkap di laut dalam di kawasan utara berhampiran Kedah pada hari Isnin. Khor berkata meraka amat bertuah kerana dapat menangkap ikan tersebut dan ia memerlukan lebih kurang 6 orang untuk menaikkan ikan tersebut ke dalam bot mereka.

Ikan tersebut telah dijual kepada pemilik sebuah cafe dengan harga sebanyak RM11, 000. Pemilik cafe tersebut merancang untuk menjual sup bee hoon kepala ikan dengan harga RM20 semangkuk manakala selebih dagingnya akan dijual pada harga RM15 semangkuk.

Kalau tengok gambar diatas aku pun pelik macam mana ada ikan sebesar itu masih hidup.Korang agak berapa umur ikan tu? Ade penggemar ikan tak kat sini??mampu ke korang nak habiskan ikan itu seekor??hahaha

Regards,
-Strider-

1330 - Phone Review : Lenovo Vibe X

Hye Readers,

Sebagai salah seorang pengguna brand Lenovo so far aku rasa phone Lenovo nie berbaloi dibeli kalau dibandingkan dengan Samsung atau iPhone. Baru -baru ini aku ada baca mengenai spesifikasi baru telefon pintar keluaran Baru Lenovo iaitu Vibe X



Spesifikasi untuk Lenovo Vibe X ini boleh dikatakan menarik dan berpatutan dengan harganya. Vibe X ini datang dengan skrin berkeluasan 5 inci iaitu sama luas seperti Samsung Galaxy S4. Selain mempunyai kamera 13MP, ia juga mempunyai "secondary camera" 5MP yang boleh dikatakan agak tinggi berbanding dengan S4 yang hanya mempunyai 2MP 


Aku tak nak cerita panjang-panjang pasal spesifikasi untuk Vibe X ini tapi aku sertakan ringkasan spesifikasi untuk memudahkan korang baca dan mungkin membuat pembandingan dengan jenama lain.

Vibe X specifications
  • 5-inch (1920 x 1080 pixels) Full HD IPS display with Corning Gorilla Glass 3 protection
  • 1.5 GHz quad-core MediaTek MT6589T processor
  • Android 4.2 (Jelly Bean)
  • Single – Micro SIM
  • 13MP auto focus camera with LED Flash, 1080p Full HD video recording
  • 5MP fixed-focus front-facing camera with 88 degree wide angle lens
  • Dimensions - 74mm x 6.9mm x 144mm; Weight: 121g
  • 3G, Wi-Fi 802.11 b/g/n, Bluetooth with A2DP, aGPS
  • 3.5mm audio jack, FM Radio
  • 2GB RAM, 16GB internal memory
  • 2000 mAh battery

Setakat ini telefon ini belum dijual lagi di pasaran Malaysia tapi ia dijangka akan menembusi pasaran Malaysia tak lama lagi. Aku dengar harga yang dijual juga tidak terlalu mahal, Mungkin sekitar RM 1000 - Rm 1100 sahaja.

Aku bukan seorang gadjet freak jadi expectation aku terhadap sesuatu gadjet kebiasaanya tidak terlalu tinggi. Jadi kalau ada sesiapa yang rasa nak beli phone dalam masa terdekat ini, mungkin korang boleh jadikan ini sebagai salah satu option yang aku rasa "value for money"

Regards,
-Strider-

Monday, January 6, 2014

1329 - Maksud Sebenar POYO

Hye Readers,


Sebenarnya draft entry ini dah lama siap. Kalau tak silap aku dari tahun lepas lagi tapi disebabkan ia merupakan entry tak berapa penting jadi aku peram dulu. Maklumlah sekarang nie waktu blogging aku limited jadi aku dahulukan yang mana penting. Ayat macam poyo jer kan aku nih...hahaha..

Pernah tak korang guna perkataan POYO terhadap seseorang??Poyo merupakan perkataan yang tiada dalam kamus dewan bahasa tetapi telah dicipta dan dipopularkan oleh generasi baru. Ia boleh dikategorikan sebagai kata sifat. Ia sering digunakan di kalangan generasi moden terutama remaja Malaysia

Sebenarnya Poyo ini adalah ringkasan untuk "Proud Of Your Own" atau terjemahannya ialah berbangga dengan apa yang anda ada.That's why keluar perkataan "ko tengok Lan nak poyo dengan phone baru dia laa tu" hahahaha

Poyo juga belum mempunyai takrifan khusus dan tepat namun ada yang mengatakan Poyo ini lebih kepada perkataan yang digunakan untuk menunjukkan seseorang itu tidak menyukai sifat tertentu atau kelakuan seseorang individu

So far pada pendapat aku poyo bukanlah satu perkataan yang abusive walaupun definasi dia lebih kepada bersifat negetif. Kalau korang nak tau Poyo itu sesuai untuk mengorat "sesetengah gadis". Seriously aku ade kawan yang poyo (pengakuan dia sendiri) tapi ramai perempuan semua suka kat dia.

Poyo sebebenarnya bukanlah satu kesalahan yang besar bagi aku tapi kalau kerap dilakukan ia boleh menimbulkan perasaan meluat daripada kawan-kawan anda. Jadi kalau sekali sekala nak poyo tu takpe lah asalkan jangan jadikan satu habit.

Benda yang aku cakap nie sebenarnya subjektif dan entry nie untuk santai-santai jer. Tapi korang ade definasi lain untuk poyo? Or korang ade benda paling poyo yang pernah korang buat and nak share ngan aku..jangan tipu..jangan tipu..korang pun mesti pernah poyo kan???hahaha

Regards,
-Strider-

#1328 - Hard Rock Cafe Putrajaya Bebas Alkohol?

Hye Readers,

Hujung minggu yang lepas ramai orang membicarakan tentang laporan mengenai pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya dalam masa 3-4 bulan lagi mengikut laporan The Star. Ia juga telah mengundang pelbagai pandangan dari orang ramai dan ade yang setuju dan ada juga yang sebaliknya.

Dalam laporan tersebut Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat berkata ahli perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir telah bersetuju untuk membuka Hard Rock Cafe di Menara Ikhlas di Presint 3. 

Secara teorinya pembukaan Hard Rock terbabit di pusat pentadbiran negara sebenarnya bukan lah sesuatu yang baru kerana Hard Rock Cafe juga dibuka di Washington DC yang merupakan pusat pentadbiran Amerika Syarikat.



Tapi apa yang menjadi peliknya ialah dalam kawaasn penduduk yang secara majoriti adalah melayu, Apakah pembukaan Hard Rock Cafe ini sesuai kerana seperti yang korang tahu, Hard Rock Cafe adalah sebuah restoran yang menjual minuman alkohol sebahagian daripada menu mereka.

Tapi memandangkan bakal "owner" kepada Hard Rock Cafe ini seorang beragama islam jadi aku rasa mungkin Hard Rock Cafe ini bebas alkohol. Tapi kalau keputusan dah pun dibuat. jadi kita sama-sama laa tunggu apa rancangan sebenar Hard Rock Putrajaya. Adakah ia akan havoc seperti di Hard Rock KL atau pun Pulau Pinang.

Regards,
-Strider-

Friday, January 3, 2014

1327 - Punca Sebenar Jais Serbu Persatuan Bible

Hye Readers,


Semalam kecoh gak kat laman social pasal berita JAIS Serbu Persatuan Bible Malaysia, Rampas 300 Buah Bible Berbahasa Melayu. Maka ramai laa orang yang memberi feedback yang aku sendiri tak tahu mereka baca tak full story cerita itu. Apa punca sebenarnya bible itu dirampas?

Punca JAIS rampas Bible versi Melayu itu dilakukan kerana kitab bible versi melayu itu disyaki dicetak menggunakan kalimah Allah. Seperti yang korang tahu, isu kalimah Allah ini dah dibicarakan di mahkamah syariah, mahkamah sivil dan juga mahkamah agung dan keputusanya orang bukan beragama islam dilarang menggunakan kalimah Allah.



Namun yang lagi sedih apabila ade umat Islam sendiri tak paham situasi lalu menampakkan tindakkan JAIS itu sebagai satu kesalahan besar. Serbuan yang dijalankan itu bukan berbentuk serbu dan rempuh tapi ia pada pendapat aku mengunnakan undang-undang yang cukup jelas.

Aku tiada masa spesifik tentang kejadian tu tapi berdasarkan laporan akhbar aku boleh rumuskan kronologi serbuan tersebut adalah seperti berikut.;
  • 20 orang pegawai Jais tiba bersama dengan dua orang pegawai polis pada pukul 2 petang ketika pejabat mereka masih belum dibuka.
  • Apabila tidak dibenarkan masuk oleh pekerja premis pegawai Jais meminta mereka menghubungi pegawai atasan mereka untuk mendapatkan kebenaran.
  • Bila pejabat hubungi Lee Ming Choon (Pengerusi Persatuan, Lee berkata jangan benarkan sesiapa masuk kerana Jais tidak ada kuasa ke atas bukan Islam dan mereka juga tidak ada waran untuk menggeledah premis,
  • Apabila Lee sampai, barulah lima orang pegawai Jais dibenarkan masuk.Jais turut menemui ratusan Bible dicetak dalam Bahasa Melayu dari premis itu dan merampas 300 buah bible.
Jadi bagi aku tindakkan yang JAIS lakukan itu tidak salah dari segi undang-undang. Dari segi etika memang JAIS tiada kuasa mencampuri urusan agama lain tetapi dalam kes ini pihak JAIS hanya menjalankan tugas melalui keputusan mahkamah yang telah diputuskan. 

Aku rasa tiada istilah tidak hormat kepada agama kristian disini kerana pihak JAIS sendiri menunggu pengerusi persatuan untuk tiba sebelum mereka masuk dan menggeledah premis tersebut. Tapi itu hanyalah pandangan aku melalui apa yang aku baca.

Regards,
-Strider-

#1326 - Segmen Aktifkan Azam Baru Tahun 2014

Hye Reader,

Salam Jumaat semua,  sempena hari jumaat yang mulia ini aku nak join satu Segmen yang dianjurkan oleh Yumida iaitu Segmen Aktifkan Azam Baru Tahun 2014. Di sampung dapat bersegmen, aku juga dapat memberitahu korang apa azam aku tahun ini..jom join ramai-ramai...

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Sempena menyambut kedatangan tahun baru, segmen khas ni dibuat untuk penyenaraian azam baru anda tahun 2014 ini. Moga dengan adanya azam baru, segala apa yang dirancangkan, tercapai matlamat. Teringin jugak nak tahu azam baru anda semua. So, jom kita meriahkan segmen ni.

HADIAH:
2 pemenang akan menerima hadiah novel

Senarai azam baru saya sempena tahun 2014:
untuk mengharungi 2014 sehingga 2015
Striderbuzz akan terus beroperasi sehingga 2015

TAMAT: 31 JANUARI 2014

Regards,
-Strider-

Thursday, January 2, 2014

#1325 - Mutfi Perak Batu Api

Hye Readers,


Di sebalik keghairahan sambutan tahun baru 2014 penuh temasya oleh sesetengah pihak baru-baru ini, sebahagian rakyat Malaysia memilih untuk turun membantah kenaikan kos hidup yang bakal dihadapi. Aku mengambil keputusan untuk menyambut di Pulau Pinang dan tak berapa pasti apa yang berlaku di Kuala Lumpur

Namun melalui apa yang aku baca dari portal Malaysiakini Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)”.

Ilmu agama aku tak ada laa tinggi macam mufti ni tetapi aku rasa belum ada ayat al-quran yang mengatakan yang kita perlu mengikut sahaja arahan daripada pemerintah tanpa boleh membangkang. Aku rasa mereka ini berhimpun lebih kepada salah satu cara untuk mengadu kepada kerajaan tentang apa yang sedang terjadi di jalanan.

Bagi aku biarlah pihak berkuasa sahaja yang uruskan hal perhimpunan ini kerana mereka lebih berpengalaman dan professional. Jika mufti perak ingin menegakkan isu "menghalal darah" ini dia boleh mula dengan membanteras gejala murtad.

Sy rasa isu perhimpunan ini, dah pun ada undang-undang tertentu dan biarkan tindakkan diambil oleh mereka yang layak.Sebagai Mufti saya rasa dia ni tak perlu tambah minyak tanah ke atas kemarahan orang yang datang berhimpun atau pendek kata menjadi batu api antara pihak berkuasa dengan golongan ini.

Regards,
-Strider-

#1324 - Selamat Tahun Baru

Hye Readers,


Selamat Tahun Baru kepada korang semua yang sedang membaca entry ini. Kali terakhir aku update entry adalah pada tahun lepas, kira dekat setahun jugak laa tu. Untuk makluman korang hujung-hujung tahun ini aku agak busy ngan komitmen selain lain pergi bercuti ke Penang untuk sambutan Tahun Baru.

Kepada mereka yang mempunyai laman social seperti facebook atau twitter, mesti korang akan nampak macam-macam post seperti ade yang menghantar anak ke sekolah, azam tahun baru dan tak lupa juga ada yang update status/tweet yang berbentuk motivasi untuk membantu mereka menumpun tahun 2014 dengan cemerlang.

Secara ringkasnya tahun 2013 ada meninggalkan suka dan duka sendiri bagi aku.Walaupun nothing special happen, tapi seperti korang, aku juga ade memori suka dan duka but overall it's was a good year for me. Tahniah kepada kita semua yang berjaya mengharungi tahun 2013 dan kini berada di tahun 2014.

Ucapan tahniah juga diucapkan kepada Blog Dila Ella kerana Top Referral RM30 daripada Simple Giveaway by Licha. Kepada mereka yang tidak berjaya jangan risau, sebab Licha kata insyallah tahun ini ada lagi..hehe

So secara keseluruhannya apa perasaan korang sepanjang kunjungan korang ke Striderbuzz sepanjang 2013 nie? Aku sekadar bertanya supaya aku dapat memperbaiki performance aku untuk 2014 nanti. Kalau ada apa-apa pandangan anda sila drop di ruang comment yer.

Akhir sekali aku minta maaf andai sepanjang 2013 aku ada membuat posting yang korang tak suka atau menyinggung perasaan korang. Kalau ade yang tak bersependapat dengan posting aku jangan laa wujudkan jurang antara kita sebab walaupun berbeza pendapat tak semestinya kita tak boleh berkawan kan??

Regards,
-Strider-