Thursday, October 24, 2013

#1195 - Keghairahan Menyebarkan Maklumat.

Hye Readers,

Suspek Kes Rogol, Pegawai Bank Ditembak

Menyebarkan maklumat adalah satu benda yang bagus. Dalam dunia IT sekarang memang mudah untuk kita mendapatkan maklumat tetapi kadang kala dalam keghairahan kita menyampaikan maklumat kita lupa satu prinsip penting iaitu sensiviti.

Aku ingin merujuk kepada 2 kes yang setakat ini aku ingat, kes pertama ialah penyebaran gambar suspek kanak-kanak yang didakwa merogol beberapa bulan yang lepas. Wajah suspek kanak-kanak sepatutnya di dilindungi dahulu sebelum ia boleh dipublish supaya ia tidak melanggar akta kanak-kanak 2001. Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenai isu itu di blog milik saudara Hazrey

Semalam pula telah berlaku satu rompakan bank dimana seorang pegawai bank telah ditembak dimuka menggunakan sebuah pump gun. Wajah mangsa 70% hancur akibat tembakkan. Dalam keghairahan kita menyebar maklumat, ade sesetengah tanpa segan silu memuatnaik gambar tersebut tanpa melindungi wajah mangsa.

Dari segi undang-undang aku tak sure mengenai penyebaran gambar mangsa sebegini tapi dari sudut kemanusiaan ia adalah satu benda yang tidak baik. mereka menyebarkan gambar itu mungkin untuk memberi maklumat, mengejar traffic tetapi adakah mereka terpikir apa yang dilalui oleh keluarga mangsa jika mereka melihat foto itu?

Adakah kita sanggup ketepikan perasaan keluarga mangsa/suspek hanya kerana ingin menyebarkan maklumat atau mengejar traffic? 

Regards,
-Strider-

5 comments :

  1. cuba bayangkan, apa perasaan kita jika seseorang menyebarkan gambar kita dalam keadaan yang mengaibkan? tentu kita akan merasa malu dan sedihkan..

    ReplyDelete
  2. btul tu.. sy sgtlah tak suke mereka2 yg menyampaikan maklumat tanpa menjaga maruah dan sensitiviti mangsa tersebut.. apa salahnya blur muka tersebut.. aib org perlu diselindungi.. tak respect org langsung.. ni yg nk emo ni.. :(

    ReplyDelete
  3. Hi Stridder...
    I am fully agreed with your statement, but I personally think that it is up to the individual. Like you mentioned, nak dapat traffic ke, populariti ke, atau menyebarkan maklumat supaya orang ramai lebih berwaspada. Tapi jikalau gambar ,mangsa diuploadkan to the internet pada saya itu sudah melampau. Saya sedih dan terkejut melihat gambar mangsa di dalam page facebook saya. Tak sangka muka mangsa diuploadkan. That is why when I reported this news on my blog, saya tak upload langsung gambar kerana menghormati keluarga mangsa.

    Thanks for the reminder bro.

    Betul Mizz Aiza (Dunia Kecil). Mengaibkan....

    ReplyDelete
  4. setuju..dulu SA pernah silap sebarkan mcm ni...tp sekarang lebih berhati2 takut menyentuh sensitiviti dan jugak perasaan ahli keluarga mangsa..

    ReplyDelete
  5. Setuju ttg ni.. kesian kat keluarga mangsa.. apa yg mereka rasa pula klu terjadi kt atas mereka & org lain yg sebarkan mcm tu..

    ReplyDelete