Thursday, March 31, 2011

Wrapping paper Yang Unik

Pernah wrap sumthing x??takkan x pernah kot..time2 sekolah dulu mesti rajin wrap hadiah kan??untuk hari guru, hadiah harijadi..atau pun kepada yang tengah cinta monyet tu wrap hadiah untuk anniversary..hari ni aku nak tunjuk skit wrapping paper yang unik..beli satu boleh pakai untuk macam2 ocassion..haha..jom tengok..

Beli Wrapping Paper ni banyak2..Xpayah pening nak pikir lg..

Pilih Ocassion yang Bersesuaian
Bulatkan wish pilihan anda


taadaa..hadiah sedia untuk dihantar..
  hehe..bile pakai wrapping camni jimat skit kos..xpayah pening nak pilih yang mana..hahaha

Regards,
-Strider-

Jawapan Mummy Tentang Sex

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'..

Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.

Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat. Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan
daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..

Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak... Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dalam tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni...seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..

NAME:...........
SEX:............
Class:..........
Subject:..........



Moral : Jangan jawab terburu-buru mummy...hehehe :)

Regards,
-Strider-

Wednesday, March 30, 2011

Sebab aku tak nak singgah blog korang lagi!!!

Ini la sebab aku tak nak singgah blog korang..hahaha..itu pembuka kata jer..hehe..sebenarnya aku ade satu ciri yang aku nak tekankan kat sini..iaitu blog yang ade music..aku xberapa selasa nak baca blog2 nie walaupun kadang2 entry dorang bagus..Mula-mula aku blogwalking dulu selalu gak aku cari pasal tips2 utk berblog..Pergi je kat google da berlambak tips2 yang di sediakan..antara yang aku ingat ade satu blogger tu kata elakkan meletak lagu kat page sebab takut menganggu reader..at 1st aku ambik ringan jer benda tu walaupun aku seorang peminat music..Aku memang berat hati nak datang blk kalo blog tu ade music..bukan nak memilih tapi pada pendapat aku ini keburukan letak music kat blog sendiri :-

1) Kalo reader tu tengah pasang lagu music akan bercampur aduk..


2) Bukan suma orang surf pada kelajuan yang sama..kalo line tengah lembab..lagu tu tak kan stream dengan baik..lagu tu akan jadi putus-putus..


3) Bukan semua orang suka pada lagu yang sama..Bayangkan kalo orang minat nasyid bukak blog yang kuar lagu metal??korang rasa dia nak singgah lagi x??


4) Readers perlu membaca entry kita dengan tenang..jika perlu lagu,itu mengikut genre yang disuka readers..kalo genre lago blog kita lain..dia nak stay lama2 baca ker??


5) Elakan meletakan lagu yang tersembunyi..susah readers nak pause..xkan sebab dia nak baca entry kita dia terpaksa dengar lagu sekali walaupun dia x suka..sebaik mana entry pun nnt dia akan bosan..

Sebenarnya readers nie lebih menunjuk kepada diri aku sendiri..kepada blogger yang lain aku xtau laa macam mana..mungkin ade yang suka..at the end of the day its all bout our blog..kita yang punya..its personal..so terpulang kepada kita..so itu jee laa pendapat dari blogger yang tidak professional macam aku nie..hehehe :)

Regards,
-Strider-

Kisah Seorang Raja Yang Ego!!!!

Da seharian aku tak membuka blog nie..rasa rindu pun ade..biasa laa..tengah baru2 katakan..hehehe..Sudah laa tadi aku tak dapat nk membuka PC sebab aku ade kursus sepanjang hari..hehe..Jadi entry aku hari ni edalah berkenaan dengan ego...ape perlu ego didalam diri??ntah laa..nanti2 ade masa aku Huraikan..buat masa nie aku tinggalkan korang dengan satu cerita pasal ego!!!!....


Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ...itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk. 

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian...makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya, 

"Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?" 

Maka dengan selambanya budak tu berkata, 
"Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot...) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu. 

"Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa. 

Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata, 

"Cubalah kalau boleh". 
Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi. 
Raja berasa pelik lalu bertanya! 

"Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?" 
Dengan selambanya budak tu jawab, 

"Nak kena jentik lagi...??"




Moral : Ego boleh memalukan diri sendiri... :)

Regards,
-Strider-

Tuesday, March 29, 2011

Kenapa Aku Tak Bunuh Diri Sendiri?

Kes Bunuh Diri...Kenapa ini berlaku??banyak sebenarnya kes bunuh diri berlaku..yang direkodkan dan off rekod pun ade..aku kadang2 tertanya kenapa orang sanggup bunuh diri??aku pun penah depressed gak dulu..tapi xde laa sampai nak bunuh diri..Kalau korang nak tau sebab takut pada dosa membuatkan aku x pernah terpikir nak bunuh diri..di sebalik tu aku ade 10 lagi sebab kenapa korang x patut pkir untuk bunuh diri..

1) Menyusahkan Anggota Bomba nak kena turun untuk selamatkan kita..kan elok kalau dorang boleh pergi tolong orang yang lebih memerlukan??


2) Menyusahkan Polis sebab bile ade kes bunuh diri ni akan ade banyak attention dari orang ramai..so Polis ni pun kena laa datang untuk mengawal keadaan..


3) Menyusah attenden Hospital kerana nak kena uruskan mayat korang..kena plak yang mati bersepai lagi laa payah..


4) Menyusahkan Wartawan nak kena cover story korang..banyak lagi story yang boleh dia cover..baik suh dia cover story orang yang hidup susah..mana tau ade pembaca yang menghulurkan bantuan lepas baca..kan lagi berfaeedah dari cover citer bunuh diri tu..


5) Bile da kecoh ade kes bunuh diri..confirm jalan sesak..Itu kan dah ketegori menyusahkan pengguna jalanraya..kalau ade yang kene buang keje sebab datang lmbat haritu sape yang nak tanggung??


6) Menyusahkan tukang gali kubur(undertaker) nak gali kubur korang..itu tak masuk space tanah perkuburan yang dipakai untuk kebumikan korang..


7) Menyusahkan tuan tanah tempat korang bunuh diri..sebab bile ade kes bunuh diri nanti value tempat tu akan jatuh..


8) Kalau plan bunuh diri berjaya xpe laa..tinggal jawab kat akhirat jer..tapi kalo x jadi nnt kena masuk pusat pemulihan + malu lg..isk..isk..combo tu..


9)Menyusahkan PBT sebab nak kene kemas dan bersihkan scene tmpat korang bunuh diri..


10 ) Menyusahkan ahli keluarga sebab nak kena settlekan hutang@loan yang kita buat..

Itu la antara 10 sebab kenapa aku rasa korang xpayah laa terpikir nak bunuh diri..sudah laa dosa je yang dapat..Orang yang mempunyai niat untuk bunuh diri nie sebenarnya seorang yang pentingkan diri sendiri..Ini  kerana dia x memikirkan perasaan ibu,ayah, adik beradik, suami/isteri, kawan2 dan orang lain yang meyayangi dirinya..yang penting bila da mati xpayah pkir ape2..tinggal tanggung dosa jer..Nasihat aku pikir laa sebaik2 nya sebelum terpikir nak bunuh diri..

Regards,
-Strider-

Dirty Money By Puff Daddy + Lyric

Music video by Diddy - Dirty Money performing Coming Home. © Bad Boy/Interscope Records



Lyric

[Dirty Money - Chorus]
I'm coming home
I'm coming home
tell the World I'm coming home
Let the rain wash away all the pain of yesterday
I know my kingdom awaits and they've forgiven my mistakes
I'm coming home, I'm coming home
tell the World that I'm coming

[Diddy]
Back where I belong, yeah I never felt so strong
(I'm back baby)
I feel like there's nothing that I can't try
and if you with me put your hands high
(put your hands high)
If you ever lost a light before, this ones for you
and you, the dreams are for you

I hear "The Tears of a Clown"
I hate that song
I feel like they talking to me when it comes on
another day another Dawn
another Keisha, nice to meet ya, get the math I'm gone
what am I 'posed to do when the club lights come on
its easy to be Puff, its harder to be Sean
what if the twins ask why I aint marry their mom (why, damn!)
how do I respond?
what if my son stares with a face like my own
and says he wants to be like me when he's grown
sh-t! But I aint finished growing
another night the inevitible prolongs
another day another Dawn
just tell Taneka and Taresha I'll be better in the morn'
another lie that I carry on
I need to get back to the place I belong

[Dirty Money - Chorus]

[Diddy - Verse 2]
"A house is Not a Home", I hate this song
is a house really a home when your loved ones are gone
and n-ggas got the nerve to blame you for it
and you know you woulda took the bullet if you saw it
but oyu felt it and still feel it
and money can't make up for it or conceal it
but you deal with it and you keep ballin'
pour out some liquor, play ball and we keep ballin'
baby we've been living in sin 'cause we've been really in love
but we've been living as friends
so you've been a guest in your own home
it's time to make your house your home
pick up your phone, come on

[Dirty Money - Chorus]

[Diddy - Verse 3]
"Ain't No Stopping Us Now", I love that song
whenever it comes on it makes me feel strong
I thought I told y'all that we won't stop
we back cruising through Harlem, Viso blocks
it's what made me, saved me, drove me crazy
drove me away than embraced me
forgave me for all of my shortcomings
welcome to my homecoming
yeah it's been a long time coming
lot of fights, lot of scars, lot of bottles
lot of cars, lot of ups, lot of downs
made it back, lost my dog (I miss you BIG)
and here I stand, a better man! (a better man)
Thank you Lord (Thank you Lord)

[Dirty Money - Chorus]

Lamborghini Ankonian

Lamborghini..sape x kenal ngan kete nie kan??ini adalah salah satu kete luxury terbaik penah dihasilkan oleh manusia..hehehe..Jarang kita tengok kete Lamborghini on the road kan??hari ni aku nak tayang kereta Lamborghini yang memang xde kat atas jalan iaitu Lamborghini Ankonian..Kenapa aku kata kereta nie xde atas jalan..Ini kerana ia adalah sebuah concept car yang dikeluarkan oleh Lamborghini..Meh Kita Layan gambar sia..stylo wooo...

Gambar Di Pergunungan..Stylo beb Macam Transfomer




Bile Edit Dengan Grafik




Gambar Studio!!




Tempat Permainan Yang Sesuai






Sebab Misteri Penjara Pudu Sukar Untuk Dibangunkan

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur
di suatu ketika dulu. Hanya
boleh disebarkan pada orang2
tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu
pernah diceritakan bahawa terdapat
satu bilik dipanggil "Bilik
Terakhir". Dibilik inilah seringnya
berlaku kejadian pelik sejak Penjara
Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK
TERAKHIR " adalah kerana dulu ia
merupakan bilik kediaman terkahir
bagi si pesalah jenayah berat
sebelum menjalani hukuman gantung
sampai
mati pada keesokan harinya dibilik
gantung.

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah
dikatakan akan meratap,menangis,
menjerit, bercakap seorang diri dan
berbagai lagi perlakuan kerana
menyesali kesalahan mereka yang
lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat
menghadapi maut keesokan harinya yang
telah diketahui mereka.

Menurut kata
warden-warden yang masih ada di
Penjara Pudu sewaktu proses
pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suar a-suara
sayu meminta tolong, suara orang
menangis dan bermacam-macam lagi
dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang
terlihat seekor kambing hitam
sering masuk menembusi pintu bilik
itu tanpa dibuka dan kemudian tidak
pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang
dipanggil bagi memulihkan bilik
tersebut
mengatakan bahawa suara-suara yang
sering kedengaran diwaktu malam
dari Bilik Terakhir itu adalah
akibat roh-roh pesalah yang mati ditali
gantung tersebut tidak tenteram
kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu
malam Jumaat ketika hujan
renyai-renyai seorang warden telah
ditugaskan mengawal kawasan yang
berhampiran dengan "Bilik Terakhir"
itu. Ketika sedang berkawal
kira-kira lebih kurang pukul 01:00
pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran
bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk
melihat apakah bendanya itu.Sedang
ia mengamat-amati maka terlihatlah
dalam kesamaran seekor kambing
hitam sedang menuju kearah Bilik
Terakhir itu lalu lesap begitu saja.
Ia berasa harian bagaimana seekor
kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan
juga diri menghampiri Bilik
Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati
pintu bilik itu telah bertukar
menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa
gementar, seram serta menggigil
ketakutan namun diberanikan juga
diri memasuki pintu gua yang
samar-samar itu sambil meninjau-
ninjau didalamnya jika terlihat akan
kambing tadi. Apabila apabila sampai
je kedalam gua tersebut alangkah
terperanjatnya ia bila didapati
banyak harta karun dalamnya. Ia cuba
mengambil harta itu tetapi tiba-tiba
hilang dari pandangan lalu
menjelmalah satu lembaga yang
mengerikan seraya berkata,


"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak
sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan
kauuu yang punyaaaa " " Ahmaaaaaad
Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha
Ha " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang
punyaaaaaa ... "


udah tuuuuuuuuu.. ........ peeee buat keja......... ......... .......


Tahniah kerana minat membaca.



p/s:-kita pun terkena...so apa salahnya foward kat org lain lakkan

.....hahahaha

haha..kalo sape2 nak tau ini laa lawak ayng orang kerja kat opis selalu kena..isk..isk..kalo yang still blajar tu xtau laa plak sebab xramai yang suka check email..hehe..da syok2 baca rupanya benda lain..lagi xbest kalo email macamni dapat dari bos..isk..isk..banyak lagi jenis2 email camni yang aku dpt..ape motif entry ni??ntah..aku pun xtau..saje mengisi waktu lapang ketika bos2 sedang cuti..hehehe..

Regards,
-Strider-

Monday, March 28, 2011

Personal Review - Hikayat Merong Mahawangsa (Filem)

Hikayat Merong Mahawangsa..Hari sabtu hari tu aku pergi tengok movie kat Mid Valley..orang kata citer dia best..ade yang kata xbest..yang mana satu nie??aku pun teringin nak pegi tengok sendiri...baru puas hati ni..Lagipun aku da lama x tengok movie nih..hehehe..


 Perghh..Memag best kalo tengok dari poster nie..aku dengar pun perbelanjaan dia besar gak filem nie..target dia kalau tak silap aku sampai luar negara..hehe..sebelum korang baca review aku secara personal meh kita tengok skit info filem nie..


PengarahYusry Abdul Halim
Pembantu Pengarah: Mohd Elmy Khalid
Seni: Ting Lam
Fotografi: Mohd Noor bin Kassim
Syarikat penerbitanKRU Studios
PenerbitNorman Abdul Halim(eksekutif)
Yusry Abdul Halim(eksekutif)
Edry Abdul Halim(eksekutif)
PengarangYusry Abdul Halim(Lakon layar)
PengisahYusry Abdul Halim(Cerita Asal)
LakonanStephen Rahman Hughes
Datuk Haji Rahim Razali
Khir Rahman
Ummi Nazeera
Umie Aida
MuzikEdry Abdul Halim
PengedarKRU Studios
Mula tayangan10 Mac 2011
NegaraBendera Malaysia Malaysia
BahasaInggeris, Melayu
PerbelanjaanRM 8.0 juta


Okay..da baca skit info dia skunk aku bgtau korang skit review aku secara personal..hehe..Bagi aku filem ini memuaskan kalau di compare dengan filem Hollywood..Tapi kalau compare ngan filem keluaran Malaysia dia jadi Superb..Kita tolak tepi soal perbelanjaan dia, kita tengok jalan citer..jalan citer dia agak menarik kerana cirita ini berkisarkan flash back dari seorang sultan..kira betul2 lama laa flashback dia ni..Dari segi casting dia pun memang ngam sebab dorang leh buat Stepehen Rahman Huges nampak macam betul2 zaman babarian..hehe..Watak Khir Rahman pun berjaya ditonjolkan..Bahasa yang digunakan pun agak logik d dalam filem ini sebab ade pencampuran bahasa Melayu ngan English..kalo orang rom cakap bahasa melayu macam x logik plak kan??So secara


So secara Overall aku berpuas hati tengok filem nie..memang xrugi laa kalao korang bayar RM 10-13 untuk satu ticket wayang..Tapi jangan laa compare cerita nie dengan cerita modal besar Hollywood macam Troy atau 300 sebab filem nie akan ade kekurangan kalo compare ngan citer tu..Kepada yang x tengok lagi tapi dengar desas desus citer nie x best ape kata korang pergi tengok dulu..aku rasa x rugi pun kalo korang gi tengok..


Akhir sekali kepada KRU Studio aku ucapkan tahniah sebab dapat buat filem macam nie..memang korang laa org yang pertama sanggup keluarkan modal yang besar untuk buat cerita pada zaman yang aku pun xterpikir cammana rupanya..hehehe..so till my next entry...


Regards,
-Strider-

Segmen cikgu bertanya: best ke couple?"

Pergh..1st time nak join sagmen2 nie..maklum laa baru2 blajar main blog..tapi sebab da kena tag ngan Firdaus Kasim aku igt try je laa join..hehehe..


1) kamu couple ke tak?

Ans : tak..

2) kalau couple, ce citer sikit cam ne detik2 perkenalan...dan dah berapa lama couple? (pada yg single, citer sal org yg kamu suka )

Ans : suka yang simple..open minded and cam biasa laa harapan semua org iaitu mencintaiku seadanya (hikhik)

3) best ke couple?
Ans : Ntah laa..tapi tengok member2 rasa ade pro n cons dia..nnt laa jawab bile da ade GF..

4) pernah gaduh besar?

Ans : sebab xde jadi xpenah laa gaduh besar..hehe

5) ape harapan korang pada gf/ bf ataupun bakal bf /gf korang?

Ans : harapan supaya dia dapat bertolak ansur dengan saya supaya perhubungan tu berkekalan..itu kot

6) tag kawan2 korang (ikut la berapa orang pun)



Regards,
-Strider-

Nasihat Doktor

Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.

Doktor : "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang"

Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi kerumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.

Mendengar itu sang Doktor merasa tenang, menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Sang Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang dimana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang?
"Salim berada di dalam air melatih kambing berenang"

Regards,
-Strider-

Sunday, March 27, 2011

Rahsia Nelayan

Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut...so crew TV5 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.

Crew TV5 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"

Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi.

Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala ke kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."

CrewTV5 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"

Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu..."

CrewTV5 : "Oooooooooooo......."

Regards,
-Strider-

10 SITUASI LELAKI YG HARUS WANITA FAHAMI

Lama da aku x tulis pape entry..hehe..sebab hujung minggu nie banyak keje skit..walaupun hari ahad nie aku still nak kena pegi kerja..mewakili bos aku untuk pergi ke perhimpunan dekat Bukit Jalil..tapi ok laa sekurang kurangya baik ade aktiviti dari tereruk kat rumah..bukak jer email banyak betul cerita2 yang aku nk baca..tapi ape yang menarik perhatian aku ialah cerita tentan 10 situasi lelaki yang perempuan kena paham..sape penulisnya x pulak aku ketahui tap yang penting isi nya agak berguna laa..hehe..ape dia 10 situasi tu??jom kita tengok..


1. Bila si dia sibuk........ Jangan pulak terhegeh-hegeh m intak si dia menjemput kamu kat tempat kerja ataupun suruh die teman kamu pergi membeli-belah. Nanti kamu di katakan sebagai penyibuk pulak. kan dah lain jadiknyer...

2. Bila si dia ego....... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoannya lebih-lebih lagi egonya tengah menguasai dirinya. Lelaki yg macamni mmg susah nak mengaku yang dirinya ego, sebaliknya berpendapat yang dirinyer tegas.

3. Bila si dia romantik........ Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin , bawah payung...sambil mengenangkan saat-saat manis pertemuan pertama kamu berdua dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama. Bile mau tunang ka, kawin ka..?
heh.heh..

4. Bila si dia panas baran........ Jgn buat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi  api kemarahannya. Cuba berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat....... Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh-temehSeperti selipar putus ker, aper2lah... Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn pakse dia buat sesuatu yg boleh menambah kepenatannya.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri......... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa t ak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertolak ansur antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong..... Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri pulak. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba....... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya , buat lawak bodo ker.. Orang yg selamba ni selalunya ingin kita yg mulakan dulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang..... Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia kenapa die curang. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum die meninggalkan kamu.. lagi parah...adeii

10. Bila si dia lurus bendul...... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

heh..itu laa 10 situasi lelaki yang wanita harus paham..bukan aku kata pompuan skunk nie x paham tapi kita kena laa bertolak ansur di dalam perhubungan..cuba bersabar kerana sabar itu separuh dari iman..dan orang yang sabar tu pasti akan diberi ganjaran kelak..ok laa..aku nak kena siap pegi keje nie..nk bukak PC pun xsampai sejam..till my next entry..

Regards,
-Strider-

Saturday, March 26, 2011

Salah Permintaan

Al kisah, Seorang negro di Afrika sana sedang kehausan nak mati akibat tak de air kat padang pasir. Sedang die mencari air, terjumpe la die dengan jin padang pasir.
Jin tu cakap...

"Aku akan tunaikan tiga permintaan kau, oleh sebab kau dah nak KO, aku akan tunaikannye pada kehidupan lain engkau"

Negro tu pun cakap..."Pertama, aku nak jadi putih. Kedua, aku nak sentiasa kene air supaya sejuk dan tak dahaga. Ketiga, aku nak tengok punggung wanita tanpa mereka sedar"

Negro tu pun mati dengan tenang nye. Pada kehidupan lain, Negro tu jadi...............









....mangkuk tandas wanita...

p/s : hahahaha...ini laa asl usul mangkuk tandas..

Regards,
-Strider-

Peluang Terlepas!!!!

Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating...

Hamid : "Kita nak kemana nie?
Rosni : "Tak kisah la.. mana-mana pun boleh"
Hamid : "Apa kata kalau kita ke pantai..
Rosni : "Saya ok aje.."

Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual didalam kereta.. Mulanya berbual biasa.. lama-kelamaan.. Hamid meletakkan tangannya di paha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah.. Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas... Rosni masih tidak membantah... hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan.. "Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial" Setelah mendengarkan teguran Rosni itu.. Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..

Hamid : "Maafkan saya"
Rosni : "Tak apa"

Lalu mereka pulang... Di rumah.. Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya...

"Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja"

Regards,
-Strider-

Curang Dengan Jiran Sendiri

Dalam satu kejiranan... bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah.

Jadi.....korang faham-fahamlah apa yang dia orang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu. Maka, kelam-kabutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai.

Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya. Setelah tu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng'freze'kan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting
itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak 'patung' itu lalu bertanya kepada isterinya,"aik??!!.....dari mana pulak datangnya patung nih??"

"oooo.....patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampai tadi." jawab si isteri selamba. "ooooooo.....begitu." balas si suami.

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan 'patung' tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.

Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan 'patung' itu lalu berkata, "nah....makanlah.". Si 'patung' berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya. Dengan selamba, si suami berkata," aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la..... Tak macam awak..........dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan..........segelas air pun awak tak bagi!!!!!!"

p/s : siot laki bini dua-dua sama...hahaha

Presiden Bush Ditahan Di Malaysia

Sewaktu Preseden Bush mengunjungi Malaysia baru-baru ini... dia dibawa mengeliling ibukota dengan menaiki sebuah kereta mewah. Pemandu kereta mewah itu tiba-tiba berkata...
"Tuan Cakap aje apa yang nak di ibukota ini... saya pasti tunaikan.."

"Well", kata Bush...
"Sebenarnya saya sudah lama ingin memandu kereta sendiri. Di US.. .kalau saya mahu keluar kemana-mana pastinya sudah tersedia pemandu dan kereta peribadi untuk saya. Saya ingin sangat memandu sendiri... tapi tidak pernah mendapat melakukannya."

"Wah," kata pemandu..
"Kalau itu saja permintaan tuan.. tidak jadi masalah.."

Dan kemudian mereka pun bertukar tempat. Presiden Bush memandu dan pemandu tadi duduk di belakangnya. Tetapi bila sampai di persimpangan pertama... Bush lupa untuk berhenti di lampu merah..

Tiba-tiba polis mengikuti kereta tersebut dan memberhentikannya... polis turun dari motornya, dan menghampiri kereta tersebut. Tetapi sebaik sahaja dia mendekati.. ia melihat Presiden Bush... dan ia segera kembali ke motornya dan menghubungi pegawai atasannya.

"Tuan.." kata Polis itu
"Saya baru saja menahan seorang pembesar."

"Apa?" kata atasannya,
"Ketua Polis ke?"

"Bukan Tuan.. dia lebih tinggi dari Ketua Kita"

"Hey, adakah kamu menahan Perdana Menteri?"

"Tidak Tuan.. malah dia lebih tinggi lagi."

"Well, siapa yang kamu tahan itu?" tanya pegawai atasan kebingungan.

"Tidak tahu Tuan.." jawab Polis
"Tapi siapapun dia, yang pastinya pemandunya saja ialah Presiden Bush!"

Regards
-Strider-

Gempa Terbaru Di Myanmar Meragut 25 Nyawa!!!

25 maut gempa di Myanmar

YANGON: Sekurang-kurangnya 25 maut dan berpuluh lagi dilaporkan cedera akibat runtuhan bangunan selepas berlaku gempa bumi kuat berhampiran sempadan Myanmar-Thai, semalam.

Gegaran gempa berukuran 6.8 magnitud itu turut dirasai sejauh ke Bangkok yang terletak kira-kira 800 kilometer dari pusat gegaran, dan sehingga sebahagian Hanoi, di Vietnam dan China.

Pegawai Myanmar berkata, pihaknya yakin bencana itu mengakibatkan lebih ramai nyawa terkorban terutama di Bandar Tarlay, yang paling berdekatan dengan pusat gempa.

Mangsa yang disahkan mati setakat ini ialah 10 lelaki, seorang budak lelaki dan 13 wanita.

Selain itu, 20 orang dilaporkan cedera di Tarlay, di Daerah Tachileik dan pegawai berkata jalan utama ke bandar itu ditutup kerana rosak teruk akibat gempa. - AFP

p/s : kat Myanmar plak..isk..isk..sib baik x terul

Cinta 2 Darjat

Fuhhh!!!citer nie memang lain macam..mula-mula nk sedih aku baca..tapi da nak dekat smpai pengujung jadi sakit hari plak..isk..isk..jom kita layan citer nie..hehehehe...

Seluruh tubuhku berasa amat sakit. Hendak berjalan pun ku rasakan tidak berdaya lagi. Kepalaku seakan-akan hendak pecah dan cuping telingaku berdarah. Akhirnya aku terperosok di stor di belakang rumah, terbaring di atas lantai simen yang kotor dan berdebu. Ku cuba pejamkan mata yang sudah hilang sinarnya ini, tetapi suara mak encikku yang menengking di luar sana memaki hamun diriku masih kedengaran. 

Beginilah nasibku sejak akhir-akhir ini. Entah kenapa aku mendapat mak encik yang tak macam orang lain. Lengan dan betisnya sama besar. Maknanya sama ada aku kena penampar atau penendang, kesannya sama sahaja. Wajahnya pula tak ayu langsung. Muka bulat dengan permukaan berlubang-lubang, hidung pesek kembang pulak tu! Bibirnya saja ku kira lima inci tebal dan lebarnya pula usahlah cerita, lebih-lebih lagi bila dia memekik. Lainlah aku. Kadangkala aku terfikir jugak, entah-entah mak encik aku cemburu dengan kecomelan dan kemontokkan tubuh aku ini berbanding dengan tubuhnya yang bak tut tut...malas aku nak menyebutnya... 

Jelingannya pula cukup membuat aku kebas kaki dan tangan. Tatkala dia mula menerjah aku memang rasa nak mati jam itu juga dan apabila dia mula menghampiriku sambil menyingsing kain, aku yang terlantar seperti ini. Pedih dan sakit. Tetapi mujurlah kepedihan dan kesakitan itu terubat apabila aku memandang Syah Fazwan. Renungan matanya bagai ubat yang menyembuhkan lukaku. Senyumannya memang amat kudambakan. 

Kadangkala aku terfikir mengapa Syah Fazwan terlalu jauh beza dengan emaknya, mak encikku itu? Bukan setakat perbezaan perangai tapi juga paras rupa. Gamaknya Syah Fazwan ikut baka ayahnya yang sudah meninggal dunia itu. Syah Fazwan adalah satu-satunya anak teruna mak encikku dan satu-satunya insan yang begitu mengambil berat tentang diriku serta satu-satunya lelaki yang berjaya mencuri hatiku! 

Tetapi aku sedar bahawa aku cuma menumpang di rumah ini. Darjat Syah Fazwan terlalu tinggi dan tak setaraf denganku. Namun aku terharu dengan layanan Syah Fazwan. Dia tidak mengira pangkat dan darjat. Dia membuatkan diriku begitu berharga. 

Mengenangkan kebaikan Syah Fazwan kepadaku membuatkan aku melupakan saja kekejaman emaknya. Biarlah tubuhku dibalun mak encikku, aku rela asalkan Syah Fazwan masih menyayangi aku. Demi Syah Fazwan, aku sanggup bertahan di sini walaupun nyawaku terancam setiap hari. 

Mas! Mas! Mastura!!!" Tiba-tiba aku terdengar namaku diseru. Syah Fazwan? Syah Fazwan dah balik? Aku cuba bangun tetapi tubuhku amat lemah. Hari ini aku paling teruk ditibai mak encik. Pintu stor tiba-tiba terkuak. Aku tahu Syah Fazwn yang datang dan dia juga tahu aku disini sebab stor inilah tempat aku bersembunyi apabila mak encik naik angin. 

"Ya Allah...Mas.kenapa berdarah-darah ini?" Syah Fazwan terkejut sungguh melihat keadaanku. Aku cuma mendiamkan diri. Buat-buat memandang ke arah lain agar Syah Fazwan tahu yang aku merajuk. 

"Mak saya buat awak lagi ye? Sabarlah Mas...nanti saya tarukkan ubat ye!" Tak lama kemudian Syah Fazwan keluar. Di luar aku dengar Syah Fazwan bersoal jawab dengan emaknya.

"Emak tak patut buat Mas macam tu..dia pun ada perasaan, mak!" Lembut sekali suara Syah Fazwan. 

"Eleh, apa yang dia tahu?!" Kasar sekali suara mak encik. "Kesianlah kat Mas, mak..saya sayang dia!" Ucapan Syah Fazwan yang last itu sungguh membuat aku bahagia. 

Seminggu kemudian hidupku bagaikan di syurga. Mak encikku tak ada di rumah kerana ikut rombongan persatuan wanita ke Langkawi. Hanya tinggal aku dan Syah Fazwan. Dia melayan aku bagaikan puteri. Namun, dia tak pernah mengambil kesempatan ke atasku. Ada suatu ketika Syah Fazwan merenung ke dalam mataku. Indahnya saat itu! 

Mak encikku balik semula ke rumah. Aku mula tak senang duduk. Tetapi apa yang ku jangka tidak terjadi. Mak encikku benar-benar berubah. Dia tidak lagi memaki hamun diriku apatah lagi mendera 
aku seperti biasa. Air gamat cap apa yang dia minum kat Langkawi itu hari? 

Entahlah. Aku benar-benar tak faham tapi aku bahagia jika betul mak encikku berubah laku. Agaknya dia sudah boleh menerimaku dan aku juga cuba mengambil hatinya. Aku senyum sendiri. 
Pagi itu mak encikku kelihatan gembira betul. Wajahnya berkilat-kilat. Syah Fazwan pun nampak riang semacam. Tak henti-henti dia mengusikku. Mak encik nampak tak kisah. 

Tengah hari itu ada tamu mengunjungi rumah mak encikku. Seorang gadis yang...eleh, taklah cun sangat. Tapi Syah Fazwan layan dia dengan mesra sekali. Gadis itu pun nampak macam miang je. Aku terbakar oleh api cemburu. Mak encikku sekejap tersengih sekejap ketawa. Seronok le tu! 

Aku memberanikan diri muncul di ruang tamu. Cuba melenggang-lenggukkan langkahku di depan mereka. Syah Fazwan perasan akan kehadiranku. "Ha..Mas..mari sini, saya nak kenalkan awak dengan seseorang." 

Gadis itu nampak tercenggang melihatku tapi akhirnya tersenyum sambil menjeling manja pada Syah Fazwan 

"Inilah Sharifah, bakal tunang saya!" Kata Syah Fazwan sekaligus merentap jantungku. 

"Ooooo..inilah Mastura yang you cerita tu ye? Dan mereka pun ketawa beramai-ramai. Berdekah-dekah. 

Gelaklah. Gelaklah. Aku sedar siapalah aku, cuma seekor kucing betina jalanan yang sekadar singgah di sini dan diberi nama olehmu, Syah Fazwan! Mastura konon!!!!!

siot!!!!aku tertipu dengan cerita nie..aku mati2 ingatkan cerita ni cerita cinta..baru je nak layan jiwag rupanya aku da kena GAME ngan kucing...hehehe..

p/s : at last aku gelak gak..heheh

Friday, March 25, 2011

Radar Zaman Dulu!!!!!

Hari ni aku ade futsal jap g..so xdapat laa nak mengadap PC nie lelama..sebelum terlambat ingi nak tulis satu entry..tapi idea xde plak..isk..isk..so macam biasa laa..aku tengok laa email..kot2 ade citer best kwn2 foward..tetiba aku terbaca pasal "Radar"..penah dengar radar kan???kalo kat airport mesti ade sebab nak tau ketibaan kapal terbang..Tapi zaman ini semua electronic kan???kalo zaman dulu macam mana ek??jom kita layan gambar nie..hehehe :)

















hahaha..amacam radar dorang??stylo x??sape2 rasa nak buat radar boleh laa cari mana2 kon yang ade kat luar sana untuk dijadikan radar..hehe..nak beli xtampu sebab mahal..hehehe..till my next entry...

p/s : kalo idup zaman ni and dia suruh jadi orang yang dengar radar tu korang nak x??

Regards,
-Strider-

Bermalam Dirumah Janda

Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya yang sunyi itu.

Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal bersendirian. Janda tersebut mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya. Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda tersebut masuk.

" Mahukah saudara ditemani ? " soal janda tersebut dengan nada yang manja.
" Kalau ada yang sudi, apa salahnya ! " balas pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak.
" Baguslah , " kata janda itu pula.
" Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara..... "

Koleksi Cerita Pak Pandir

KIPAS

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:

"Panasnya dalam helikopter ini ...".

Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu:
"Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar ...tapi di luar ..."


HANDPHONE

Satu ketika di kampung Pak Pandir jauh di pendalaman Pahang, seorang pegawai kerajaan melihat Pak Pandir mempunyai handphone ...
"Wah Pak Pandir ...ada handphone ...ada coverage ka dekat sini ...?"

Jawab Pak Pandir: "Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage"


KONDOM

Pak Pandir mengadu pada pegawai kesihatan:
"Doktor, doktor kata kalau pakai itu kondom, Mak Andih saya tak boleh beranak, tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-duyun anak saya."

Tanya pegawai kesihatan:
"Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?"

Jawab Pak Pandir:
"Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat,saya pun sunatkanlah (khatankan)..."


PETAI

Pak Pandir yang menjual petai di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu ...

"Encik satu longok, RM1 sahaja.Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah...RM20 sahaja."

Tanya lelaki berkenaan : "Berapa longok semuanya?"

Jawab Pak Pandir : "Semuanya 20 longgok ..."


CUTI

Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti ...
"Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?

Jawab manager : "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu.

Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.

Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?"

Jawab Pak Pandir : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah ...


P/S : ade ke sape2 kenal pak pandir??

Regards,
-Strider-