Monday, December 31, 2012

{Special Entry} - Tahun Baru

Hye Readers,



Apa khabar semua???Aku rasa ini akan menjadi post aku yang terakhir untuk 2012 kerana berdasarkan apa yang telah dirancang aku mungkin tak sempat untuk buat lagi satu entry sehinggalah tahun 2013..Kali ini aku nak cerita pasal tahun baru.

Ini bukan cerita pasal sambutan tahun baru ataupun pengalaman menyabut tahun baru tapi lebih kepada pendapat aku tentangnya..Tahun Baru sebenarnya hari biasa jer cuma angka tu yang berubah. Ia merupakan pertukaran hari yang biasa.

Kita selalu menggunakan Tahun Baru sebagai kayu pengukur pencapaian kita dalam masa setahun. Ade juga yang menjadikan Tahun Baru sebagai permulaan untuk mencuba sesuatu yang baru which is a good thing sebenarnya. Sekali sekala kita kena cuba benda yang baru.

Tapi tahun baru bukan lah butang untuk reset semua yang terjadi sebelum nie. Masalah yang korang hadapi pada tahun ini belum tentu akan hilang pada tahun depan. Tapi semua masalah boleh diselesaikan kalau kena dengan cara. tak perlu tunggu tahun baru untuk selesaikan.

Anyway Selamat Menyambut Tahun baru kepada korang semua tanpa mengira berapa lama dah korang baca entry mengarut aku...Mohon maaf laa kalau ade entry aku yang mengguris hati korang semua..Hopefully tahun hadapan aku akan dpt buat entry yang lebih memberi info kepada semua..hehehe :D

Akhir sekali, sama ade korang menyambut dengan bercuti, menyaksikan konsert, balik kampung halaman atau mendengar ceramah-ceramah agama pesanan aku tetap sama untuk semua, "Be safe on and off the road" Jumpa lagi tahun hadapan...

Regards,
-Strider-

Saturday, December 29, 2012

#1014 - Senarai Telefon Yang Mendapat Rebet RM200

Hye Readers,

Happy weekend semua...Kepada yang sedang bercuti panjang selamat bercuti...Tadi akutgh baca news feed dari pages kat Facebook aku dan aku nmpak sesuatu yang menarik dari pages Oh Media. Ia berkenaan dengan senarai telefon yang akan mendapat rebat dari kerajaan.


Briefly, Kerajaan mengumumkan dalam budget untuk tahun 2013 yang remaja yang berusia 21 hingga 30 yang berpendapatan RM3000 layak untuk mendapat rebet RM200 bagi memebeli telefon pintar 3G.Baru-baru nie SKMM mengumumkan yang telefon yang layak hanya bernilai RM500 kebawah.

So aftercheck kat website SKMM (Klik Sini) memang mereka dah keluarkan senarai telefon yang layak menerima rebet nie..antaranya ialah:-

1) Alcatel One Touch Inspire 2
2) The Buzz Phone
3) HTC Wildfire
4) Huawei Ideos X3
5) LG Optimus L3
6) Ninetology Black Pearl II
7) Ninetology Palette
8) Nokia 2730
9) Nokia 7230
10) Nokia Asha 305
11) Nokia Asha 308
12) Nokia C2-03
13) Nokia Lumia 610
14) Samsung Galaxy Chat
15) Samsung Galaxy Mini
16) Samsung Galaxy Pocket
17) Samsung Galaxy Y
18) Sony Xperia Tipo
19) ZTE Acqua
20) ZTE V790

So, kalau korang layak untuk mendapat rebet nie, inilah pilihan telefon yang disediakan untuk korang..term and condition lain aku tak berapa sure plak tapi hanya selected store sahaja yang menyediakan rebet nie.

Kalau rasa nak beli Bold5, iPhone5, Galaxy Note 2 dan seangkatan denganya silah mencari rebat di tempat lain or tunggu je bila bonus masuk nanti..hehehe..

Regards,
-Strider-

Friday, December 28, 2012

#1013 - Risiko Parking Berlapis

Hye Readers,

Contoh Parking Berlapis Yang Mengundang Masalah
Apa kabar kalian??hopefully sehat sentiasa..Tadi aku ade baca berita yang agak menarik kat Metro mengenai risiko parking berlapis-lapis kat kawasan flat. Untuk mereka yang ade di sekitar lembah Kelang dah tentu paham cara-cara orang parking kereta kat flat nie..

Mengikut artikel tu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, pihaknya sering berdepan masalah untuk memadam kebakaran sebab jentera BOMBA tak boleh nak masuk kedalam kawasan flat untuk memadamkan kebakaran.

Sebenarnya ini hanyalah salah satu contoh risiko yang dihadapi oleh pengguna..Itu belum masuk lagi kalau kereta payah nak keluar in case emergency seperni nak pergi hospital dan sebagainya..Kalau setakat emergency awek lapar rasanya dorang paham kot.

Sebenarnya benda ini boleh dikawal jika ruang letak kereta dikawal dan disediakan dendan secukupnya.. Seriously kalau nak salahkan pemilik kereta pun payah jugak sebab mana nak cari parking kalau tempat dah  tak ade.Kawasan perumahan yang baru perlu allocate sukarang-kurangnya 2 biji kereta untuk setiap unit rumah.

Benda yang dah jadi tak boleh nak buat apa.melainkan dorang buat multi level car park bersebelahan dengan flat tersebut. Cuma pada masa akan datang DBKL kena mengambil kira jumlah parking yang disediakan sebelum meluluskan sebarang pembangunan perumahan.

Regards,
-Strider-

Thursday, December 27, 2012

#1012 - Trending Twitter #FaktaRemajaTwitter

Hye Readers,



Ini satu benda yang aku tak penah buat lagi..Kali ini aku nak post 10 tweet yang aku rasa best berdasarkan apa yang trending hari ini..so aku pilih hashtag #FaktaRemajaTwitter jom kita tengok apa yang orang tweet pasal topik nie..

1) #FaktaRemajaTwitter tak reti mengejew

2) #FaktaRemajaTwitter Dekat bio, "Follow me, I will followback." Followers 123456787543456, Following 2. Kasi rejam sama ini orang.

3) #FaktaRemajaTwitter nak makan, nak tidur, sedih, happy semua luah dekat twitter xD lol,

4) #FaktaRemajaTwitter Bangun bangun tidur jer terus capai phone on Twitter and tweet 'Morning world' pastu sambung tidur balik. ;p

5) #FaktaRemajaTwitter kalau bole semua nak bagitahu. supaye nak kena twitlimit.

6) #FaktaRemajaTwitter lelaki tweet pasal perempuan. Perempuan tweet pasal lelaki. Bagus betul remaja Twitter ni. Saling memahami.

7) #FaktaRemajaTwitter *Sign in twitter* Stalk BF/GF → Stalk EX→ Stalk Crush → Sakit hati → Of lappy → Rasa rindu → Sign in → Stalk balik

8) #FaktaRemajaTwitter 1. Unmention tweet everyday. 2. 'Pakar' Cinta. 3. Cakap "good night" pastu tweet lagi.

9) #FaktaRemajaTwitter drama → pembedahan jantung di jepun→mati→hidup balik→followers naik→kena bash→ update"sorry, account kena hack" -oo-

10) #FaktaRemajaTwitter Nak makan tweet, baru bangun tweet, nak kencing tweet, nak jalan tweet, nak ****** pon tweet.

So, antara 10 nie yang mana korang suka???yang nie aku amik dan susun secara random jer tapi yang paling aku suka ialah no 1 tu..hahaha..kepada yang ade twitter tu boleh laa follow aku @azlanstrider 

Regards,
-Strider-

#1011 - Balasan Setia Pada Chelsea

Hye Readers,

Apa khabar korang??aku agak geram sikit hari ini sbb Liverpool kalah semalam..tapi arini aku tak nak cakap pasal Liverpool tapi pasukan Chelsea…semalam aku ade dengar yang Chelsea menggesa agar Lampard mencari kelab baru pada 1 januari ini kerana kontraknya tak akan disambung.


Lampard sebelumnya menyatakan hasratnya untuk bersara di Stamford Bridge namun jika dia mau hasratnya tercapai, Januari ini adalah penampilan terakhir baginya.Aku tak tahu laa kalau Lampard ada masalah dengan pengurusan Chelsea tapi aku rasa ini tindakkan yang tak patut.

Setelah membantu Chelsea menang Liga Juara-Juara Eropah, tiga kejuaraan Liga Perdana, empat Piala FA dan dua Piala Liga. Dan 11 tahun berkhidmat, Chelsea seperti telah melupakan jasa beliau. Bagi aku dia antara pemain terbaik yang Chelsea pernah ada.

Aku sebenarnya rasa kesian dekat Lampard sebab telah lebih sedekad berkhidmat di Stamford Bridge ini balasan yang dia dapat..Pada usia 34 tahun dia tak pelukan satu kontrak jangka panjang, cukup la setahun atau dua supaya dia mampu meninggalkan Stamford Bridge dengan rasa bangga.

Rata-rata kawan aku yang minat Chelsea memang tak bersetuju dengan tindakan ini..Dorang tak harap Lampard akan bermain setiap minggu tapi bagi orang yang telah berjasa sepertinya dia harus menamatkan kariernya dengan cara terhormat..Okay laa, sampai sini je aku membebel..ade idea yang menarik??jom share and dapat duit.. Klik Sini 

Regards,
-Strider-

Wednesday, December 26, 2012

#1010 - Wang RM1 Bernilai Rm 600

Hye Readers,


Tapi aku ada dapat email mengenai seorang lelaki kat Tampin , Negeri Sembilan dengan secara tidak sengaja telah menerima duit RM1 yang agak pelik daripada duit RM1 yang lain..Ini disebabkan cetakan timbul BNM 1 satu pada duit kertas tersebut.

Aku kata duit tu bernilai RM600 adalah kerana mengikut tuan punya duit tu, ade seseorang telah cuba untuk membeli duit tersebut pada harga RM600 untuk tujuan perubatan katanya..Jangan tanya aku laa macam mana duit RM1 tu bleh buat berubat.

Namun bak kata orang, 'tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu"..Siapa sangka duit yang dianggap cacat tu rupanya lebih bernilai dari duit RM50 yang baru keluar dari mesin ATM. Namun pemilik duit tersebut tidak menjual duit tersebut..Mungkin sebab sentimental value kot..

Regards,
-Strider-

#1009 - Pandangan Mengenai Rokok Elektronik Dari Segi Kesihatan

Hye Readers,

Tadi aku ade terbaca status post kat FB yang nak tahu sama ada penggunaan Rokok Elektronik nie diluluskan oleh Kementerian Kesihatan kerana terdapat dakwaan yang ia mampu menyebabkan risiko penyakit paru-paru berair..so aku amik kesempatan menjelaskannya dan juga untuk pengetahuan umum sesiapa yang tak menggunakanya. 



Aku bukan seorang doktor tapi sebagai pengguna aku sendiri dah buat beberapa kajian melalui internet dan apa yang aku bakal tulis ini adalah hasil dari kajian aku sendiri.Rokok Elektronik atau dipanggil Personal Vaporizer (PV) Mula dipaternkan oleh Herbert A. Gilbert pada 1963.


Pada masa tu ia lebih dikenali sebagai "a smokeless non-tobacco cigarette"..Namun ia tidak dikomersialkan sehingga tahun 2000 oleh seorang pharmacist dari China. Mengenai tentang status KKM tentang rokok elektronik nie aku belum jumpa apa-apa kenyataan rasmi dari Kementerian Kesihatan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan pada September 2008 melalui kajian telah dijalankan menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah terapi gantian nikotin yang selamat dan berkesan. Info nie aku dapat dari wikipedia.


Tapi aku juga pernah jumpa artikel dalam Daily Mail UK yang menyatakan tentang keburukan E-Cig nie dari segi kesihatan, tapi selepas baca untuk beberapa kali beserta dengan komen pembaca kat sana ternyata itu semua hanya mainan politik (Klik Sini)..untuk makluman E-Cig tak tertakluk kepada cukai tembakau.

Aku juga pernah baca yang yang saintis masih tak dapat membuktikan kesan sampingan E-Cig nie..let put this way, Rokok Elektronik tak dijamin selamat tapi ia lebih selamat daripada rokok tembakau. Jadi terpulang laa pada kita untuk memilihnya.

Sumber Rujukan:
Wikipedia
Daily Mail
E Cigarettes Direct

Regards,
-Strider-

Monday, December 24, 2012

[Special Entry] - Merry Christmas

Hye Readers,



For all my Christian friend i would like yo wish you Merry Christmas and Happy New Year..May the spirit of Christmas bring you peace, The gladness of Christmas bring you hope and the warmest of Christmas grant you love.

For my friend who are not celebrating Christmas, Happy Holidays for you and no matter you are, whatever you do, please be safe...

Regards,
-Strider-

#1008 - Dia Tak Sesuai Untuk Korang

Hye Readers,

Kebiasaanya orang akan mencari signs yang menyatakan pasangan mereka itu adalah yang tepat atau in english they used it "The One"..Tapi kali ini aku nak bagi tips sama ada pasangan korang tu sesuai atau tak dengan korang...



Seperti biasa, let me remind yang bile something involved relationship dan feeling nie tak ada yang hitam putih..semua bergantung kepada diri korang..Apa yang aku katakan ini semua adalah guideline sahaja..

Dia memang tak sesuai untuk korang jika:-

Tak boleh jadi diri sendiri di hadapan mereka.
- Menjadi diri sendiri depan pasangan kita adalah penting sebab kalau korang terpikir nak settledown dengan mereka apa yang korang ada tu laa dia perlu accept sama ada dari segi fizikal, kewangan, mental dan apa saja..Bila dorang bleh terima korang as what you are, chances ia nak berkekalan lama tinggi.

Tiada Kepercayaan Terhadap Kamu
- Ini satu benda yang debatable, sebab kepercayaan tu bergantung kepada rekod2 yang korang ada..tapi kalau korang ada clean record dan pasangan korang still tak percaya dengan korang agak susah sikit perhubungan itu nak berkekalan sebab kepercayaan tu antara elemen yang penting.

Bawa Jumpa Keluarga.
- Sampai pada masa yang sesuai kalau pasangan korang still nak refuse untuk berjumpa dengan family korang sama ada secara formal atau tak formal itu dah kita satu sign yang menunjukkan "Orrait, I just wanna couple with u but not having a life"

Signal Tak Menentu
- Signal yang aku perkatakan ini bukan seperti signal kereta, tapi lebih kepada signal sama ada dia mahu meneruskan hubungan yang ada to the next level atau tak. Kalau melebihi satu-satu tempoh masa dan pasangan anda masih lagi tak sure, baik laa korang start cari another option.

So itu jer laa yang aku sempat terpikir, hopefully berguna untuk korang atau pun kalau ade yang nak nasihat kawan-kawan yang ada masalah..ada lagi ker tanda-tanda yang menunjukkan he/she is not the one???

Regards,
-Strider-


Saturday, December 22, 2012

#1007 - Pesanan Untuk Cucu-Cicit

Hye Readers,

Memandangkan hari ini bukan "end of the world" seperti yang dijangka oleh ahli-ahli nujum sedunia, maka kebarangkalian untuk kita hidup lebih lama tinggi..So andai kata kita boleh hidup sehingga dapat cucu apa agaknya yang kita boleh nak berlagak??

Kalau atuk nenek kita dulu mungkin bangga survive zaman perang atau makan nasi lemak harrga 20sen tapi sebenarnya kita pun ade beberapa benda yang boleh dibanggakan..antaranya ;-

1) Kita hidup sebelum zaman adenya Google lagi..of course sape yang lahir selepas 1995 mungkin tak bleh guna ayat nie..



2)Sekarang dah banyak benda yang wireless..maybe zaman cucu-cicit kita nanti semua benda da wireless..So kita antara orang yang hidup sebelum zaman wireless lagi...



3) Kita juga boleh bangga kerana zaman kita merupakan generasi pertama yang main Playstation..Kalau zaman tu dah takde playstaion mungkin playstation dah jadi something yang legend.



4) Kita juga dah hidup zaman waktu compact disc(CD) naik dan zaman kejatuhanya..



5) Kita juga dilahirkan di Millennium yang lain...


So itu je laa yang aku dapat pikir masa buat masa sekarang..sebenarnya paling best ialah bagaimana kaum mayan boleh memperbodohkan scientist dunia dalam mempercayai 21.1.2012 merupakan hari terakhir dunia nie..hehehe..Best troll of the year...hehehe.. :D

Regards,
-Strider-

Thursday, December 20, 2012

#1006 - Semua Tarikh Punya Pasal

Hye Readers,



Sejak kebelakangan nie semua asyik citer pasal tarikh...Ade yang cerita pasal 21.12.12 yang dikatakan oleh kaum mayan sebagai penghujung kelender mereka..So macam-macam laa posting yang aku jumpa pasal tarikh nie termasuk laa tarikh hari ini 20.12.12 yang orang kata tarikh yang cantik gak...

Tapi antara posting yg aku jumpa ialah posting gadis-gadis mentah yang nak mengabdikan tarikh nie macam "Hari ini tarikh cantik, Jom kawin" dan lebih kurang camtu laa..Tapi kalau kawin sebab nak tarikh cantik jer tak menjanjikan bahagia dek oi...

Kalau desperate nak kawin hari ini tapi 20Jam, 12minit dan 12 saat kemudian kena cerai tak guna jugak kan??Aku tau itu semua hanya bahan gurauan dan aku tak tahu kena aku perlu jadikan isu??Mungkin sebab tak ada idea apa nak tulis kot...hahahaha

Lelaki Vs Wanita = Klik Sini

Regards,
-Strider-

Wednesday, December 19, 2012

#1005 - Boleh Ke Lelaki dan Perempuan Berkawan Baik?

Hye Readers,


Few day ago aku ade tweeting dengan seorang kawan dan antara topik yang kitaorang borakkan ialah boleh ke perempuan dan lelaki berkawan??So kat sini aku nak bagi sedikit pendapat aku tentang isu nie??Isu nie sebenarnya satu isu yang grey area dan takda kata muktamad.

Sebelum seseorang lelaki dan perempuan nak berkawan baik kedua-dua harus faham apa itu term "kawan baik" sambil mengambil kira beberapa aspek seperti berikut :-

Perasaaan
- Benda nie yang paling susah nak kawal sebab perasaan nie kadang-kadang diluar kawalan kita.Perasan itu mungkin boleh datang kemudian tanpa kita sedari.Try cari kawan yang memang bukan taste untuk dijadikan kekasih...Aku rasa dia membantu dalam hal ni.

Tatacara Berkawan.
- Sebagai kawan korang kena tahu limit yang seorang kawan boleh buat..Kawan bukan sekadar support segala decision yang kita lakukan tapi kawan juga kena ada sikap tak bersetuju dengan kita..kalau apa kita cakap semua dai "Yes" jer meaning orang tu susah nak buat kawan baik..at some point dia akan fall in love ngan kita or make us fall in love with them

Sentiasa No 2.
- Bagi yang ada kekasih pulak rajin-rajin lah utamakan kekasih dari kawan baik(yang berlainan jantina) supaya tiada sifat curiga dari kekasih..Seorang kawan yang baik tentu memahami apabila kawan dia mendahulukan kekasih daripada dirinya...

Jadilah seorang Wngman/Wingwoman Yang Baik
- Kalau tadi mereka yang dah ade kekasih yang bujang pulak lain perananya..Sentiasa laa menjadi Wingman atau Wingwoman yang baik apabila bab2 nak mengorat nie..Seorang kawan yang baik akan cuba mencari pasangan yang terbaik untuk kawanya.

Benda yang aku nyatakan pun berdasarkan pengalaman aku..Aku akui ia bukan satu tugas yang mudah..Selalunya pihak perempuan yang susah nak menerima disebabkan mereka takut mereka akan jatuh cinta.tapi aku tak salahkan mereka sebab lumrah alam, hati perempuan memang lembut.

So far aku ade 2 orang kawan baik yang terdiri daripada wanita dan so far semuanya okay...Ini merupakan kali kedua aku mencuba setelah percubaan pertama dulu gagal apabila one of us telah melangkaui batas yang sepatutnya..We still be friends tapi dah tak rapat macam dulu..

So its up to you sama ada nak berkawan secara rapat atau tak..Aku sendiri pun belajar dari kesilapan yang lepas..But thats just an opinion..Apa yang aku cakap nie pun bukan 100% betul..Bagi aku dalam friendship tak kira baik atau tak yang penting adalah niat.. :D

p/s: Ini untuk rujukkan mereka yang belum berkhawin.

Regards,
-Strider-

Tuesday, December 18, 2012

#1004 - Cara Mengetahui Pasangan Anda Ada Double Life Online

Hye Readers,

Tadi aku ada baca satu article yang menarik dan aku nak share kat sini..Tajuk dia "How to Know  Your Guy is Leading Double Life Online"...Meaning cammana nak tau sama ada kekasih anda ada double life di alam maya nie..


Of course laa article tu bias terhadap perempuan dan apa yang aku tulis nie more on general tapi meaning dia tetap sama..Bukan lelaki jer yang boleh ada "Double Life Online" nie..perempuan pun ada jugak..So, ade few cara yang kita boleh identify klu nak tahu..antaranya:-

Komputer Off Limits,
- Kalau secara tiba-tiba dia macam merahsiakan apa yang berlaku terhadap kuomputernya, Hidup berpasangan kena ade transperency, Normally orang yang dah berpasangan nie tak de nak sorok Porn yang ada dalam komputer daripada kekasih..

Sejarah Laman Web
- Ini basic yang biasa buat iaitu check history pada browser komputer...Melainkan sejak anda kenal dia memang dia jenis suka padam history, bila something macam nie berlaku uolls should pay attention.

Tiada Facebook atau Twitter
- Pada zaman moden nie memang susah nak jumpa orang yang tak mempunyai akaun tersebut...Kalau ade pun tak bermakna dia tak ada 2nd akaun..Kalau ada rasa was-was tentang akaun lain yang mungkin korang tak tahu, gunakan search features yang ada untuk mencari posting yang mungkin dilakukan olehnya..

Selalu Masuk Chatroom.
- Alasan classic untuk orang masuk chatroom adalah untuk mencari kawan..1001 cara lagi untuk mencari kawan sebenarnya tapi jika dia asyik masuk ke chatroom yang sama mungkin dia sudah berjumpa dengan seseorang secara online..Btw abaikan tips nie jika bf/gf anda adalah seorang operator/admin untuk sesebuah chatroom kerana itu sudah menjadi tanggungjawab mereka.

So itu serba sedikit apa yang aku dapat cedok dari article tu..aku tak boleh nak traslate bulat2 kerana ada few others issue yang tak releven dengan gaya hidup ketimuran kita ini..Apa-apa pun, yang aku tulis tu hanyalah guideline...Ia tak semestinya tepat 100%

Regards,
-Strider-

Monday, December 17, 2012

#1003 - Good Luck?? Bad Luck?? Who Knows!

Hye Readers,



Its been a while since i post something in English..well, this story might be perfect since i dont know to to translate and still make it interesting..The story was emailed by a friend of mine....Its about good luck and back luck..

There is a Chinese story of an old farmer who had an old horse for tilling his fields. One day the horse escaped into the hills and, when all the farmer's neighbours sympathised with the old man over his bad luck, the farmer replied, 'Bad luck? Good luck? Who knows?'

A week later the horse returned with a herd of wild horses from the hills and this time the neighbours congratulated the farmer on his good luck. His reply was, 'Good luck? Bad luck? Who knows?'

Then, when the farmer's son was attempted to tame one of the wild horses, he fell off its back and broke his leg. Everyone thought this very bad luck. Not the farmer, whose only reaction was, 'Bad luck? Good luck? Who knows?'

Some weeks later the army marched into the village and forced every able-bodied youth they found there by law to serve in the army. When they saw the farmer's son with his broken leg they let him off. Now was that good luck? Bad luck? Who knows?

Moral of the story is, not all the bad thing happen to you is consider a bad luck, u never know what happen in the future...

Regards,
-Strider-

Saturday, December 15, 2012

#1002 - Aku Bukan Ultras Malaya

Hye Readers,


Malaysia pun dah tersingkir dari Piala AFF dan setelah sehari berlalu macam-macam komen aku dengar/baca melalui radio, twitter, facebook dan sebagainya..Tahniah kepada anda semua yang masih menyokong Harimau Malaya.

Aku Bukan Ultras Malaya tak bermaksud aku tidak menyokong pasukan Harimau Malaya tapi aku bukan penyokong seperti Ultras yang mampu memberi sokongan padu walaupun Harimau Malaya tengah kalah..Seriously i respect them for that..

Ramai orang yang menyalahkan referee termasuk aku..tapi ini orang kata "Bad Luck Football"..referee tu memang teruk dan tak dinafikan tapi aku tak nampak dia berat sebelah sangat...dia cuma referee yang tak konsisten dalam making decision...ade a few decision yang berat kat kita gak...

Incident kad merah tu memang totally his fault..after half time aku ade perasan commentator cakap yg 4th official ade kata ref tu tak perasan yang Fadhli shas dah ade yellow card..memang ade sesetengah referee akan layangkan kad kuning klu ade incident yang mampu mencetuskan pergaduhan dengan harapan pemain akan mengawal emosi mereka especially big game..


Itu apa yang sy perasan laa..even dari 1st minute kita dah mula dengan mentality defence dan aku tak paham kenapa rajagopal start dengan 1 striker sedangkan misi kita jelas kena cari 1 gol untuk mara...and another fact is skuad nie tak sehebat skuad 2 tahun lepas..kita kesemi sebab indonesian bukan di tahap terbaik mereka...

Mungkin Rajagopal ada reason dia sendiri tapi aku rasa dah masa untuk dia stepdown dan beri peluang kepada orang lain..Cukup laa dia menjadikan pentas Piala AFF nie sebagai medan eksperimen untuk player negara...Itu jer laa pendapat aku..hehe :D #SelamanyaHarimauMalaya

Regards,
-Strider-

Wednesday, December 12, 2012

#1001 - Ahli Politik Ceraikan Isteri Sebab Tiada Dara

Hye Readers,

Salam 12.12.12...Ade yang menarik ker terjadi hari ini??bagi aku its just another date..lama gak aku tak update entry..Ini semua disebabkan workload aku yang bertambah bila hujung tahun...Biasa laa, KPI nak bagi cantek kan...hahaha

Kali ini aku nak bawa satu cerita yang aku baca dekat Daily Chili..Seorang ahli politik di Indonesia telah menceraikan isterinya pada hari keempat hanya kerana mendapati isterinya bukan seorang anak dara lagi ketika beliau mengahwininya.

Aceng Fikri Menjelaskan Situasi kepada Pemberita
Berkata kepada pemberita, Aceng Fitri (ahli politik) mahukan seorang yang cantik dari sudut luaran dan dalaman.Dia mengambil Fani Oktora sebagai isteri keduanya pada Julai tahun ini setelah mengahabiskan lebih kurang RM80 ribu untuk majlis perkawinan mereka.

Sebenarnya perempuan tu telah dibeli oleh ahli politik itu tetapi apabila mendapati apa yang dia dapat tak sama seperti ditawarkan, Aceng pun memulangkannya..benda ini pun telah mendapat perhatian rakyat Indonesia apabila sebahagian daripada mereka berarak ke pejabatnya sambil mendesak dia untuk meletak jawatan.

Sebahagian Penunjuk Perasaan Berdemonstrasi
Bagi aku tindakan dia nie memang tidak bermoral dan tak wajar langsung menjadi ahli politik...Dara bukan laa satu batu pengukur untuk menentukan tahap budi pekerti seseorang..Mungkin dia pernah lakukan kesilapan dan bertaubat..

Actually aku pernah bersembang kosong mengenai gadis yang tiada dara nie..wajarkah kita mengambil mereka sebagai isteri dan setelah lama berbincang kami mendapati bawa Dara bukan satu ukuran yang menentukan tahap kebahagiaan sebuah perkhawinan.


Wednesday, November 28, 2012

#1000 - Rajagopal Mengundang Cacian??

Hye Readers,

Seperti yang aku bgtau dalam entry sebelum nie..ini merupakan entry aku yang ke 1000...aku sendiri tak pernah sangka yang aku mampu keluarkan 1000 entry memandangkan sebelum nie kalau aku blogging semua takat hangat-hangat taik ayam jer...


Malam nie merupakan perlawanan antara hidup mati untuk pasukan Malaysia dalam saingan Piala Suzuki..Sebenarnya semenjak kalah 4-6 di tangan Singapura pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia pada Julai tahun lalu, K Rajagopal sering mengundang caci maki dari peminat bolasepak Malaysia.

Bermula dari pemilihan pemain sehingga kepada keputusan perlawanan persahabatan keputusan mengecewakan seperti perlawanan hari tu memang telah dijangka oleh sesetengah pihak..Even aku sendiri tak confident Malaysia mampu mempertahankan kejuaraan ini...

Tapi aku harap Harimau Malaya bangkit pada malam ini sambil mengharapkan Indonesia dan singapura akan berakhir dengan keputusan seri bagi mencerahkan perjalanan kita ke peringkat akhir..Tapi let take it one game at one time...Menang malam nie dan kita pikirkan pula cara untuk menjinakkan sang Garuda..

Adakah Rajagopal akan mengundang caci maki lagi malam nie???Aku harap perkara yang sama ketika perlawanan bertemu Singapura yang lepas tidak akan berulang lagi.

Regards,
-Strider-

Monday, November 26, 2012

Sorotan Seminggu

Hye Readers,

Antara Banner Terawal aku - Thanks Kak Diana\
Rupanya belum sampai 10 hari lagi since last aku update entry kat sini..Aku ingat dah macam lama sangat...haha..actually last week aku memang busy skit..nak update entry memang susah sikit walaupun sebenarnya banyak benda yang aku nak cerita..hehehe

Untuk makluman ini merupakan post aku yang ke 999 dan mulai posting yang akan datang, aku akan meletakan numbering di setiap tajuk aku..mungkin tajuk dia akan jadi lebih kurang macam nie.."#1000 - Pembaca Striderbuzz Awesome"..sebenarnya sejak jadi post yang ke 700 lebih aku dah terpikir nak buat tapi aku saja tunggu yang ke 1000 sebab no dia nampak cantik sikit..hehe

Selain dari itu Shout Awards yang berlangsung pada minggu lepas juga meningalkan kontroversi apabila aku dengar terdapat artis kpop yang telah dicemuh oleh peminat dan ada juga yang mengatakan mereka telah membaling kasut terhadap artis itu..tak lupa juga peminat kpop yang terlalu fanatik sehingga sanggup tak mengaku sebaga rakyat Malaysia selepas kejadian itu..

Perlawanan pembukaan Piala Suzuki juga tidak kurang panas ceritanya apabila pasukan kita tewas dengan mudah di tangan Singapura...Korang leh kata aku tak patriotik tapi lepas ketinggalan 0-2 pada babak pertama aku terus tukar siaran lain sebab tak sanggup lagi nak tengok game tu...

Perlumbaan F1 juga telah melabuhkan tirai penutupnya apabila gelaran juara duni dimenangi oleh Sebastian Vettel lagi...Ia juga merupakan satu musim yang dramatik apabila Vettel hanya menang dengan 3 mata lebih berbanding pencabarnya Fernando Alonso..

Itu antara sorotan seminggu aku tak online dan update entry nie..Okay laa, aku nak pergi membalas jejak-jejak yang telah ditinggalkan oleh rakan blogger aku..see you soon..

Regards,
-Strider

Monday, November 19, 2012

Hot Chick - Marion Counter

Hye Readers,

Selamat hari Isnin..Ade yang malas??biasa laa tu...kena pulak yang cuti panjang last week..hehe..Aku pun bercuti dari update entry tapi bukan sebab pergi bersuka ria cuma ade busy skit hujung minggu hari tu..Setelah lama tak online email laa menjadi sumber berita aku...hehehe..

Tadi aku ade terbaca kat portal Rotikaya yang mereka sedang jalankan polls untuk tengok sape artis yang berpotensi untuk menang anugerah "Hot Chick Awards"..Obviously kesemua calon-colon dah memang hot but somebody gotta win this..

Well my vote go to defending champion iaitu Marion Counter yang memenanginya pada tahun 2010 dulu..ade beberapa sebab aku suka pasal dia selain dari level hotness dia jer..Selain daripada berbakat dalam bidang, dia juga seorang menggamit populariti tanpa perlukan gossip atau scandal..

Selain daripada mengacara E! News asia, dia juga pernah menjadi pengacara untuk sebuah rancangan Channel[V] selain daripada program One In Million dan juga 8tv Quickie..Itu jer yang aku ingat pasal dia...hehehe

So itu adalah pilihan aku..selain dari dia calon-calon lain ialah Nur Fazura, Lisa Surihani, Maya Karin, Nora Danish & Scha al-Yahya..So yang mana pilihan korang??Kalau korang nak vote pemenang dia korang leh pergi ke laman web official Shout Award or Klik Sini

Regards,
-Strider-

Wednesday, November 14, 2012

4 Sebab Ex Ajak Jumpa

Hye Readers,
Sekadar Hiasan
Hari ini aku nak cerita sikit pasal ex yang contact kita balik..mungkin dia contact untuk ajak lunch, dinner or brunch..Tak dilupakan jugan yang contact untuk ajak kita gi wedding or apa-apa jua aktiviti..asalkan dia dapat jumpa kita..hehehe

Well, sebenarnya ade 4 reason kenapa ex kita contact kita balik..dan reason nie memang antara common reason yang jadi disekeliling kita..hehehe

1) Mereka Nak Kembali Kepada Korang
- Bagi yang kena tinggal berkemungkinan besar mereka berharap agar benda-benda camni berlaku..The winning side biasa tak banyak complaint sebab choice in their hand.

2) Mereka nk nak Bunuh Korang.
- Ini jarang berlaku tetapi realiti memang ade especially kalau korang ade partner yang ade mental problem..Korang juga rasa ia alasan yang bagus kalau korang paranoid selepas membuat satu kesalahan besar yang mengakibatkan relationship korang ends.

3) Mereka Nak Pulangkan Barang
- Kebiasaan during relationship korang ade bagi Mug yang ade nama, or rantai bentuk love yang ade ukiran nama mungkin diaakan pulangkan balik..Kalau korang bagi beg jenama Coach or jam brand Tissot, korang lupakan je laa idea nie..Confirm ex korang simpan..

4) Menunjuk Dengan Korang.
- Ini pun satu reason yang popular jugak..Berkemungkinan besar ex ajak jumpa sebab dia nak tunjuk BF/GF baru dia, or dia maybe berjaya nail somebody yang korang tak suka dan tau korang akan sakit hati bila jumpa nanti..hehehe

Itu antara 4 reason yang paling popular apabila ex try contact balik dan ajak jumpa...Aku tatau yang mana satu paling popular antara 4 alasan nie..hehehe..korang ade alasan lain kenapa nak jumpa ex balik??hahaha

Regards,
-Strider-

p/s: Hampir mencapai milestone...yeah!!!!

Friday, November 9, 2012

Warna Warni Bangunan

Hye Readers,

Hari ini aku nak share ngan korang satu email yang aku dapat..Ia berkenaan dengan bangunan warna-warni di serata dunia..since gambar dia ada banyak, jadi aku letak 5 keping jer laa..tak banyak information yang aku dapat cuma lokasi tempat je yang ada..enjoice!!!

Bratislava. Hotel Kolop

Budapest. House

Cinque Terre, Italy

Kiev. Residential Complex

London. Central Saint Giles
So itu laa 5 keping gambar yang aku nak share ngan korang tapi aku nak tambah lagi satu gambar yang xde dalam email yang asal..agak-agak korang boleh teka tak nie kat mana???tempat nie kat Malaysia jer...hehehehe


Regards,
-Strider-

Wednesday, November 7, 2012

Don't Plan Long Term Date

Hye Readers,


Aku ade satu teori yang masih belum sahih lagi..Theory nie more based on assumption dan walaupun aku pernah tengok evidence dia tapi statistik dia tak tinggi..hehe..So teori yang aku maksudkan hari ini adalah "Dont Plan a Long Term Date"

Maksud Plan a long term date nie ialah rancang satu date untuk jangka masa panjang..Contohnya kalau sekarang bulan November, korang plan date dengan bg/gf pada bulan january...Date tu maybe berupa konsert, percutian or apa-apa jua aktiviti.

Antara hujah yang diberikan kenapa jangan ialah sementara tunggu date tu sampai mungkin korang dah takde apa apa perhubungan dengan orang tu..Itu belum masuk lagi lepas korang set date tu mesti akan banyak halangan untuk korang jayakan date korang tu.

Tapi teori nie hanya berguna untuk mereka yang belum kawin jer sbb untuk yang dah berkhawin mana ade date dah...Yang dah khawin boleh merancang untuk bercuti ketika cuti sekolah jer..hahaha..so apa pendapat korang??Plan a long term date nie okay tak??

Regards,
-Strider-

What I'd Do If I Weren't Afraid.

Hye Readers,

Yesterday i saw Aemy post something about "What I'd do if i Weren't Afraid and followed by Jesse Miller and its sound fun coz i never list down what im gonna do if i weren't afraid..so this is my list..



* Be a scuba instructor
* Tell my 1st crush that i have feeling for her
* Travel Alone
* Be a sky diver
* Be a triad leader.

So that all have..hehehe..what about you?? Kindly paste the image above and list down the things you would do if you weren't afraid. Its just for fun and trust me, nobody gonna laugh at you just because u afraid to do something..hehe :)

Regards,
-Strider-

Tuesday, November 6, 2012

Tugas Seorang Wingman

Hye Readers,


Lama dah rasanya tak update enty akibat jadual yang skit padat..hehehe..Untuk kali nie aku nak cerita sikit pasal wingman atau klu untuk perempuan kita panggil wingwoman..Sebenarnya wingman dan wingwoman nie memang wujud walaupun kadang-kadang kita tak sedar..

Pernah jadi wingman or wingwoman to somebody??actually aku pernah gak jadi wingman to my friend sekali sekala..tapi what is the wingman??apa tugas-tugas seorang wingman??bagi yang tengok series How I Met Your Mother mesti dapat tangkap sikit-sikit pasal wingman nie..

Ade beberapa sebenarnya tugas sebagai seorang wingman nie..jom lets see a few list of task yang aku rasa perlu ada sebelum anda bergelar wingman..fell free to add kalau aku ade terlepas beberapa point..hahaha

1- Tolong carikan potential girl, Seorang wingman yang baik sudah tentu bagaimana ciri-ciri gadis idaman mereka..

2- Melayan kawan-kawan yang lain..Kebanyakkan wanita suka untuk keluar secara berkumpulan , jadi seorang wingman tau yang mereka harus melayan kawan perempuan yang lain supaya the main man akan dapat masa untuk bercakap dengan gadis pilihannya

3 - Be a blocker, a good wingman kebiasanya akan perasan jika ada jejaka lain yang sedang memerhatikan gadis pilihan the main man walaupun jejaka tu tergolong dari kalangan kawan-kawan yang melepak sekali..hehe

4- Bersedia untuk back up stories the main man..Seorang wingman yang baik akan ready dengan all the details sekiranya yang perempuan tu meminta confirmation tentang sesuatu cerita yang diberitahu oleh the main man.

5- Jangan curi perhatian..Sesetengah lelaki akan jadi gabra bila berhadapan dengan wanita..Jika main man ada terdiri dari golongan yang ini jangan curi attention perempuan lain dengan charming yang anda ada..hehehe

6- Buat apa sahaja untuk jadikan main men korang tu nmpak bagus..ini termasuk cerita pasal pencapaianya atau pun any stoy yang korang rasa boleh membuatkan main tu nampak cool.

7- Kembalikan keyakinan main man anda..Rejection tetap akan berlaku sebab bukan semua perempuan yang cuba untuk dipikat akan terpikat..so, kalau berlaku sebarang rejection sudah menjadi tugas untuk wingman supaya mengembalikan keyakinan main man mereka untuk gadis yang seterusnya..

So, itu laa antara tugas2 seorang wingman..sebenarnya perempuan pun boleh detect kehadiran wingman kalau dia perasan..Kebanyakkan diantara kita tak pernah declare kawan-kawan kita sebagai wingman or wingwoman but its just happen..hehe

p/s: some of the women yang tak berapa suka kalau lelaki menggunakan khidmat wingman..tapi some says ia bergantung sejauh mana wingman tu pandai coverline..ntah laa...

Regards,
-Strider-

Thursday, November 1, 2012

November Rain on 1st November

Hye Readers,

Enjoy this awesome song November Rain by Gun N Roses..Its 1st of November today and its raining..How bout your place???



Regards,
-Strider-

Wednesday, October 31, 2012

When Sandy Visit New York

Hye Readers,


"World Greatest City" dan "City That Never Sleep" sering dikaitkan dengan bandar New York di Amerika..Pada hari isnin yang lepas Taufan Sandy melanda New York hampir melumpuhkan bandar tersebut termasuk kawasan-kawasan berdekatan..

Setakat yang aku tahu Taufan Sandy telah menbuatkan lebih 8 juta penduduk New York bergelap kerana mereka terputus bekalan elektrik..Selain daripada itu New York's Metropolitan Transportation Authority berkata ia merupakan tragedi terburuk pernah melanda sistem pangangkutan bawah tanah mereka..

Jom tengok beberapa keping gambar terbaru di New York after storm.

New York Hanya Diterangi Dengan Bantuan Generator

Sistem Pengangkutan Darat Yang Terjejas

Salah Satu dari Underpass Yang Terjejas

Rakaman CCTV dari Stesen Subway di New Jersey

Operasi Menyelamat Penduduk Apabila Tembok Apartment Mereka Musnah

Keadaan Pintu Masuk Subway

Pandangan dari Jambatan Manhattan

Itu laa beberapa keping gambar yang dapat aku cedok dari internet..tapi beware of few fake picture yang ade kat dalam internet tu..hehe..miga tuhan jauhkan bencana seperti ini melanda negara kita..amin!!!

Regards,
-Strider-

Tuesday, October 30, 2012

Zubir Dakwa Gambar Lucah Rozita Che Wan Original??

Hye Readers,

Tadi aku ade terbaca dekat portal Roti Kaya tentang dakwaan zubir terhadap seorang pelakon tanah air iaitu Rozita Che Wan..Zubir mendakwa yang Rozita sengaja mencipta alasan dan mendakwa gambar tu original...



Well, aku tak tahu apa masalah si Zubir nie dengan Rozita dan tak kesah pun dengan apa yang berlaku..Tapi cerita adalah isu moral apabila seseorang mengeluarkan statement sedemikian apatah lagi datang dari seorang wartawan hiburan yang dikenali ramai...

Tulen atau tak gambar tu bukan menjadi persoalan dalam entry aku nie tapi pada pendapat aku Rozita berhak untuk menafikan ketulenan gambar tu..Kalau dia menipu peminat dia sekali pun tiada seorang pun yang layak untuk menghukumnya..

Tindakan Zubir nie bukan sahaja membuka aib Rozita(sekiranya betul) tapi juga boleh memberi kesan kepada anak-anaknya..Ape perasaan anak-anaknya apabila ibunya diejek dan dilebel negetif oleh rakan sekolah??pasti kes-kes macam nie memberi kesan serba sedikit terhadap kehidupan kanak-kanak itu.

Jangan kerana marahkan si Ibu kanak-kanak tak berdosa yang menjadi mangsa..So, moral of the story jangan libatkan orang lain dalam masalah/perselisihan paham yang anda sedang lalui..hehe

Regards,
-Strider-

Monday, October 29, 2012

Pentingnya Bakal Suami Tahu Tentang Pembedahan Plastik

Hye Readers,



Ini adalah wanita yang baru lepas disaman oleh suami sendiri akibat tidak cantik..Jian Feng dari utara China menyaman isterinya(gambar) kerana mukanya yang buruk..Wajah sebenar isterinya terbongkar apabila pasangan itu melahirkan anak yang digambarkan oleh Feng sebagai “incredibly ugly” dan tidak menyerupai ibu bapanya..

Sebelum tu Feng menuduhnya isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain sebelum isterinya tampil dengan pengakuan bahawa dia pernah menghabiskan wang sebanyak $100,000 untuk pembedahan plastik..

Yang pelik Feng menang dalam kes saman itu dan menerima pampasan sebanyak $120,000..Nampak sangat yang Feng ini mengahwini isterinya kerana paras rupa yang cantik..Aku tak tahu kenapa hakim ini boleh menyebelahi si Feng nie tapi kalau kat China macam-macam boleh terjadi..

So kepada perempuan kat luar sana becareful sebelum buat plastic surgery..Sebelum berkhawin let your husband know all the secret sebab genetik nie tak menipu..Kalau dia tak sanggup kawin sebab korang pernah buat plastik surgery meaning dia tak layak untuk dikhawini..hehehe..

Tapi aku rasa species lelaki macam nie tak wujud kat Malaysia kot..hehehe

Regards,
-Strider-

My 1st Date

Hye Readers,


Soalan yang ditujukan kepada kat aku di atas tu merupakan hasil dari entry aku "Benda yang JANGAN Ketika 1st Date"..since ade orang yang nak tau hows my 1st date aku pun cerita laa..Its start from a blind date time..

Benda nie jadi time aku sekitar umur 19-20 camtu laa..actually aku baru berhubung dia dalam tempoh seminggu jer..Then aku decide nak jumpa dia kat KLCC on the weekend..time tu KLCC memang tempat budak muda mudi melepak..Pavilion, the curve semua takda lagi rasanya..

Since kat KLCC tu takde apa yang boleh buat so we decide nak pergi tengok wayang jer laa..tapi sebelum tu kitaorg pergi minum dulu sementara tunggu wayang start..One thing yang make me turn off about this girl is dia punya phone..even time tengok wayang pun dia boleh main phone lagi..

Awek tu bukan pakai smart phone so one thing yang dia buat ngan phone tu is sms laa..Mula-mula aku ingatkan dia ade bf dan mungkin melayan boyfriend dia tapi rupanya cousin dia..aku tau cousin dia pun pasal dia tunjuk a few msg yang cousin dia bagi...

Rupanya cousin dia tengah ade masalah dengan geng-geng perempuan dia..biasala, perempuan punya masalah mana laa aku nak tau..yang sini kata lain, yang sana kata lain..tapi almost of the time dia date ngan aku tangan dia tak lepas dari phone..tak tau laa aku bape banyak credit dia habis..hahaha

After that aku contact dia for 2-3 days sebelum aku ignore dia jer..sebenarnya bukan pasal date tu jer yang aku malas nak nak keluar lagi ngan dia tapi ade a few others reason laa..So, itu laa citer 1st date aku dengan phone dia..hahaha

Lepas tu ade jer aku keluar date dengan perempuan yang suka bermain dengan phone nie, especially bila penggunaan smartphone dah meluas..tapi most of them tau balance bila nak berborak dan bila nak check phone for updates...

Regards,
-Strider-

Wednesday, October 24, 2012

Illuminati(Part 4): Sejarah Asal Usul Horus dan "All Seeing Eye"

Hye Readers,
All Seeing Eye
Bila aku check balik label Illuminati baru aku terperasan aku pernah kata nak cerita pasal Horus atau "all seeing eye" yang selalu dikaitkan ngan Illuminati nie...So bile aku check balik kat dalam PC rupanya infonya masih aku simpan cuma tak pernah nak siapkan entry jer..hehe..
Horus

So meh sini aku cerita skit pasal all seeing eye nie yang selalu digunakan dalam simbol illuminati nie..All seeing eye nie berasal daripada Horus..Siapa Horus tu???Dia katakan tuhan matahari pada 3000 sebelum Masihi..

Kisah Horus bermula apabila bapanya iaitu Horisis dibunuh oleh abangnya sendiri yang bernama Set, selepas itu Horus bertempur hebat dengan abangnya bagi mendapatkan takhta mesir sehingga mencederakan salah satu daripada matanya..

Selepas mendapat kemenangan dari peperangan itu Horus mula dikenali sebagai "Tuhan Bermata Satu"..Dia akhirnya bergabung dengan Ra(matahari) untuk menjadi Ra-Horakhty iaitu pemerintah seluruh Mesir..Semenjak itu Ra Horakty dianggap tuhan yang satu oleh rakyat Mesir

Tuhan-tuhan lain dianggap sebagai sebahagian dari Ra Horakhty dan dari itu tuhan bermata satu ini juga dikenali sebagai "anak tuhan" "cahaya dunia"  dan "pemerintah segalanya"

So itu laa serba sedikit asal usul tuhan bermata satu nie..Ramai orang mula menyedari kehadiran "all seeing eye" nie tanpa mengetahui mana asal usulnya..untuk mengetahui lebih pasal Horus nie korang bleh check wikepedia (Klik Sini).

p/s: masih memikir kisah date yang mana aku nak cerita..haha

Regards,
-Strider-

Entry Sebelum Ini

Part 1  - Sejarah Illuminati

Masalah Time 11 Tahun

Hye Readers,


Dalam entry aku yang lepas ade juga yang bertanyakan tentang aku punya 1st plak damm i dont see it coming..haha..tapi takpe, nanti aku akan ceritakan pasal 1st date aku plak but now im drafting something about Illuminati and music industry...hehe..



But aku nak mencelah jap ngan entry pendek..Semalam aku ade terbaca satu twitter yang menyatakan seorang budak umur 11 tahun yang dah ade masalah cinta..pelik aku macam mana budak umur 11 setahun ade masalah cinta-cinta nie...

Seingat aku, time aku 11 tahun masalah yang paling besar aku ada ialah miss kartun sebab kena sekolah petang, masalah macam mana nak dapatkan trek Tamiya dan masalah yang serupa laa..klu nak kata aku tak player, budak paling hensem kat kelas aku pun punyai masalah yang sama ngan aku..hahaha

Korang ade masalah cinta time umur 11 tahun???hehe

Regards,
-Strider-

Offer best untuk Samsung GALAXY Note 2
* The Apartment Style Edition - TBiggest Home Makeover from Malaysia

Tuesday, October 23, 2012

Benda yang JANGAN Ketika 1st Date

Hye Readers,


Korang Pernah keluar date??Kepada yang single after 1st date mesti korang rasa nak date untuk kali kedua kan??unless korang sendiri yang nak call off the 2nd date..oh ya, kepada yang dah berkhawin entry nie maybe tak relevan dah but feel free to share experience date korang dulu yaa...hehe..

JANGAN bermegah dengan diri anda..baik lelaki atau perempuan majoritinya tak suka dengan orang yang suka bermegah..Tak perlu cerita betapa hot lelaki/wanita yang pernah date korang..Berapa yang pendapatan bulanan korang dan sebagainya..Itu adalah satu major Turn Off, termasuk laa untuk diri aku..hehehe

JANGAN lupa tataterbib korang..Benda ini antara benda yang pertama orang perhatikan on their 1st date..Baik lelaki atau wanita semua orang pasangan dia mempunyai manners..Kalau  nak tunjukkan yang korang tu "slumber jer" tunggu laa on the 2nd date or afterwards..yg 1st time nie bagi dorang selesa dulu..

JANGAN terlalu agresif..Kalau korang tanya 10 soalan mesti ada beberapa yang soalan yang pasangan anda berat hati untuk jawab..Relax and give him/her time..Tak semua orang open untuk bercerita on the 1st date..Kalau boleh soalan tu jangan laa terlalu personal..

JANGAN cerita pasal Ex..aku rasa benda nie ramai yang setuju kot..Ade sesetengah orang mungkin suka cerita pengalaman buruk mengenai Ex mereka on the 1st date..Macam mana teruk Ex mereka buat kat diri dorang dulu but for me i called it "bad mouthing"..So jangan bagi bad impression on the 1st date.

JANGAN bermain ngan phone..Its a date okay..orang tu dah ade kat depan mata..so appreciate skit apa yang ada depan mata..Response kat phone kalau ade important matters jer..Twitter ngan Facebook status update tu boleh tunggu sampai korang balik nanti..hehehe..

Sebenarnya aku takde laa terrer bab-bab dating nie..Tips yang aku dapat nie mostly hasil dari gabungan beberapa email yang aku dapat..Tapi content dia terpaksa aku ubah sikit laa sebab gaya western nie ade yang tak sesuai dengan gaya hidup kita tapi basically ia benda yang sama..

So, korang pernah encounter 1st date yang tak best??hehehe

Regards,
-Strider-


Sunday, October 21, 2012

What Goes Around come Around

Hye Readers,

Kali ini aku nak share ngan korang satu video dari youtube yang aku baru jumpa..actually video nie dah lama kalau refer daripada tarikh dia upload tapi its worth to watch...



Enjoy!!!

Regards,
-Strider-

Saturday, October 20, 2012

Isu Jaclyn Victor dan PERKASA

Hye Readers,



Semalam ade few of my christian fren yang mengutuk sebuah badan bukan kerajaan iaitu PERKASA..at first i thought sebab perbezaan fahaman politik sebab klu korang perasan kadang-kadang PERKASA nie dah macam parti politik dah..

Rupanya bukan sebab politik tapi sebab sebuah perkasa mendesak kementerian penerangan untuk mengharamkan penampilan Jaclyn Victor pada semua media elektronik serta menggesa umat islam memboikot beliau hanya kerana sebuah lagu bertajuk Harapan Bangsa.

So what make perkasa piss off dengan lagu ini serta penyanyinya??Menurut artikel dari Malaysian Digest ia disebabkan lagu tersebut merupakan sebuah lagu kristian dan pada pendapat mereka ia telah menghina agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia..antara beberapa lirik yang dipersoalkan oleh perkasa ialah : -

* Bapa, engkau lah Harapan negara ini"
* "Jesus engkau lah Harapan segala bangsa"
*Kau lah satu-satunya Harapan di bumi Malaysia

Itu adalah beberapa lirik yang dikecam hebat oleh PERKASA..Jadi aku pun pergi la cari lagu tu jap sebab nak tau sejauh mana penghinaan lagu tersebut terdahap umat Islam di Malaysia..Tapi based dari apa yang aku dengar lagu tu hanyalah lagu orang kristian di Malaysia yang meminta agar Jesus  supaya pulihkan Malaysia saja..

Seperti yang kita tahu masyarakat di negara kita merupakan masyarakat berbilang bangsa dan agama..Seperti Islam, Kristian juga mempunyai penganut yang terdiri daripada bangsa cina, india, dan lain-lain..

I dont know what to say..for me, Aku tak nampak secara direct tentang penghinaan terhadap Islam sebagai agama rasmi negara..Dari apa yang aku dengar lagu nie hanya sebuah lagu ini just asking that  Jesus bless Malaysia only...

Banyak lagi penghinaan terhadap umat Islam kat negara nie yang perlu dirisaukan..and for the record, lagu ini tak pernah berada di dalam mana-mana album Jac dan aku juga tak pernah dengar dia dimainkan di mana-mana station Radio.. 

So what do you say??

Regards,