Saturday, December 31, 2011

Happy New Year 2012

Hye Readers,


Happy New Year 2012 kepada semua yang telah membaca blog ini..Semoga tahun 2012 akan menjadi lebih baik daripada tahun yang sebelum ini..

Aku pun tak tau aku kat mana atau tengah buat ape sekarang nie..apa-apa pun Happy Holiday and take care everybody...

Regards,
-Strider-

Memori 2011

Hye Readers,

Ini merupakan antara 2nd  last entry aku untuk tahun ini..malam nanti dalam lebih kurang pukul 12 aku akan post entry untuk tahun baru..hehehe..tapi sebelum tu aku nak cerita skit ape yang menarik pasal 2011 nie..yang sedih2 dan xbest aku tak citer sebab tak bagus untuk diri dan pembaca...hahaha..

2011 aku bermula dengan percutian le Langkawi dengan kawan-kawan...sebenarnya bukan Langkawi tu yang best tapi sebab quality time dengan kawan-kawan tu yang buat best..even vacation kat PD pun aku nak join walaupun PD tu takde laa jauh mana dari KL nie..hehehe

Terserempak Dengan Norshahrul Plak Kat Langkawi
Balik dari langkawi atau start dari hujung Januari blog aku pun lahir setelah beberapa cubaan sebelum nie gagal..pada awalnya aku pun tatau ape nak tulis sebenarnya tapi setelah beberapa nasihat dan tunjuk ajar dari senior blogger aku teruskan jugak aktiviti blogging aku nie..

Pada March kakak aku pergi ke Hong Kong selama lebih kurang sebulan atas urusan kerja..Seksa gak sebenarnya bila kakak aku takde sebab kakak aku nie tempat aku mengadu nasib atau tiap kali berdepan dengan masalah..tapi yang best bila balik aku dapat jacker ZARA, baju Ed-Hardy dan juga perfume Ed-Hardy..

Antara Hadiah Yang Kakak Aku Bawak Balik

Pada Julai plak separuh impian aku jadi kenyataan apabila Liverpool datang ke Malaysia untuk Asia Tour..aku memang menantikan kedatangan mereka kat sini..sebenarnya impian penuh aku nak tengok Liverpool main kat Anfield..tapi tak ada rezeki lagi nak wat cammana..hehehe :)

Terbaik!!!!!
Pada 2011 banyak gak kawan-kawan rapat aku kawin..Antara mereka yang mendirikan rumah tangga ialah (Ghazali-Nurul), (Zikri-Sharmi), (Fazli-Marina)Kawan-kawan sekolah jangan cerita laa..banyak tak terkira..hehehe..tapi anyway Selamat Pengantin Baru semua.. Oh..tak lupa juga kepada (Zul-Wanny) yang mula bercinta tahun nie..

Banyak sebenarnya yang berlaku dalam 2011 nie...Mix emotion gak laa kalau dipikirkan balik semua..hehe..Tapi bagu aku ia tetap a good year for me and setiap tahun ade memori dan keunikan yang tersendiri..hehehe...

So I hope 2012 nie benda lain plak yang jadi..tak tau what to expect untuk 2012 nie..kalau macam citer 2012 memang teuk laa tapi benda tu setakat cerita jer...hehehe..kalau betul2 jadi mana aku nak cari 1 juta untuk selamatkan diri??hehehe

Regards
-Strider-

November 2012 Bakal Tiba

Hye Readers,


Pernah tengok filem 2012 tak??dalam filem tu banjir besar akan berlaku dan sape nak selamatkan diri kena bayar USD 1 Juta untuk seorang bagi tiket untuk naik kapal..

Tapi aku ade kapal sendiri yang boleh bawak korang secara percuma..Malangnya dalam kapal aku nie boleh bawak 1 jenis makanan jer..

So dalam masa lebih kurang 6 bulan atas kapal nie..ape satu jenis makanan yang korang nak bawak..kira korang bleh makan benda yang sama dalam mas 6 bulan...hehehe

Regards,
-Strider-

Friday, December 30, 2011

Orang Tua dan Bekas Kekasih

Hye Readers,



Kali ini aku nak cerita pasal orang tua dan bekas kekasih..aku tak tahu laa motif disebalik kejadian ini..cemburu, marah. dendam atau lain2..tapi jangan ingat orang tua xde perasaan cemburu...hehehe

Seorang lelaki menceraikan isterinya atas satu kesalahan yang berlaku 70 tahun yang lepas..Bagi kita benda yang dah lama elok laa kita lupakan tapi tidak untuk lelaki ini..

The Daily Telegraph melaporkan seorang lelaki Itali,Antonio C berumur 99 tahun menceraikan isterinya Rossa C 77 tahun sebab dia terjumpa surat cinta isterinya kepada bekas teman lelakinya di dalam sebuah laci lama..

Rossa telah mengaku atas kesalahan selepas bersemuka dengan Antonio tetapi pengakuanya itu tak dapat menyelamatkan rumah tangga mereka..
Antonio memfailkan penceraian walaupun pasangan ini mempunyai 5 orang anak, 12 orang cucu dan seorang cicit..Penceraian ini juga merupakan rekod baru dan memadam rekod penceraian pasangan paling tua sebelum ini iaitu Bertie dan Jessie Wood, berusia 98, dari United Kingdom.

Moral of the story kalau dah kawin tu let go laa semua benda-benda yang boleh mengaitkan bekas kekasih kita..Kadang-kadang walaupun benda tu tak bermakna bagi kita namun ia tak menghalang kita dari bergaduh/bercerai dengan pasangan kita sekarang..

Sumber:  The Daily Telegraph 

Regards,
-Strider-

Ahli Silap Mata & Burung Kakak Tua

Hye Readers,

Seorang ahli silap mata mempersembahkan kebolehannya di sebuah kapal mewah di lautan Caribbean. Penontonnya sentiasa berganti setiap minggu tetapi dia tetap mengulangi tipu helah yang sama.
Masalahnya adalah, Seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata milik kapten kapal selalu melihat pertunjukannya setiap minggu dan mengetahui segala helah yang dilakukan oleh ahli silap mata . Suatu malam ketika ahli silap mata membuat pertunjukan, si burung berteriak di tengah-tengah pentas.

"Lihat.. !! Itu bukan topi yg sama !!"
"Dia menyembunyikan bunga-bunga itu di bawah meja !!"
"Hey... semua daun terupnya,daun A !! "

Si ahli silap mata sangat meluat tapi tidak dapat berbuat apa-apa. Suatu hari kapal tersebut mengalami kecelakaan dan tenggelam. Si ahli silap mata terapung-apung di tengah lautan di atas sebuah papan bersama si burung kakak tua. Mereka saling pandang memandang dgn penuh kebencian tapi tidak mengucapkan satu patah perkataan pun. Hal ini berlangsung berhari-hari. Si ahli silap mata pun hairan kenapa si burung tak mahu terbang menyelamatkan diri. Setelah satu minggu, tiba-tiba si burung berkata "OK... saya menyerah!! Di mana kamu sembunyikan kapalnya ??"

Nota: Hujung tahun nie makin bertambah plak aktiviti...malasnyaaaaa...isk..isk..isk.

Regards,
-Strider-

Thursday, December 29, 2011

Teater Semerah Padi

Hye Readers,

Semalam aku pergi tengok cerita Semerah Padi seles mendapat invitation dari member aku...Bertempat di Istana Budaya teater tu menampilkan artis seperti Jue Aziz, Khir Rahman, Fauzi Nawawi, Anjar Akir dan aku pun dah tak ingat..
Bersama Pen. Pengarah 1

Kalau nak suh aku komen lebih-lebih pasal teater tu aku pun tak reti sangat..plus jalan cerita Semerah Padi yang original pun aku tak ingat..tapi member aku cakap jalan cerita dia lain skit dari yang original...nak tau korang tengok laa sendiri kat part mana yang lain..

Basically aku terhibur dengan teater tu..ade gak part yang kelakar..Dorang berlakon malam tu pun real gak sampaikan ade satu part tu aku Jue Aziz kena tendang bukan main-main punya..hehehe..nampak real giler..hehehe

Yang kelakar tanpa dirancang pun ade gak bila ade satu part time hero tengah lawan tetiba rambut palsu dia terjatuh..hehehe..potong stim skit laa sebab part tu tengah best..hero yang rambut panjang tetiba jadi pendek..hehe

So kepada sesapa yang berminat nak tengok korang leh drop by ke Istana Budaya untuk menonton..Kalau tak silap aku show dorang sampai 31 Disember 2011..hehehe..Okay laa..itu je aku nak citer dulu pasal teater nie...hehehe

p/s: teater terbaik aku penah tengok still Cuci The Musical..

Regards,
-Strider-

2 Perempuan Bergaduh Kerana Lampard

Hye Readers,


Cakk..Kali ini aku nak cerita pasal pemain bola..tapi bukan citer on the field tapi citer off the field..ini kira macam gosip-gosip laa..Player yang aku nak cerita aku rasa ramai yng kenal..Dia adalah seorang pemain berpengaruh dekat Chelsea dan merupakan vice captain mereka iaitu Frank Lampard..

Kejadian itu berlaku antara tunang Lampard iaitu Christine Bleakley dan bekas tunangya iaitu Elen Rivas..Rivas menuduh Lampard menghalangnya daripada berbual melalui telefon dengan anaknya pada malam krismas aritu..kalau korang nak tau Lampard dan Rivas mempunyai 2 orang anak iaitu  Luna, 6thn dan Isla, 4thn.

Rivas yang keciwa terus mengupdate twitternya yang berbunyi begini
"Sad a father would deliberately stop his children from speaking to their mother over Christmas. You would have thought the girlfriend would have a little maternal understanding..;(."

Bleakley kemudian mempertahan Lampard dengan post yang berbunyi
"up to [her] old tricks again, telling lies".

Bleakley kemudian berkata gembira untuk memperbetulkan salah faham ini cuma dia tak suka bila anak-anak dilibatkan sekali..hehehe..

Sumber: www.digitalspy.co.uk


Regards,
-Strider-

Cover Majalah..Sah!! 100% Palsu

Hye Readers,

Dulu Badan Aku Camnni laaa
Lately busy plak jadual aku..hehe..smalam igt nak update entry tapi balik dari tengok teater Semerah Padi rasa penat laa plak..tapi xpe..malam nanti aku citer..

Kali ini aku nak cerita pasal cover majalah untuk People Magazine yang menampil aktor kacak Taylor Lautner yang dikatakan seorang gay...

Im sorry for gays out there but Taylor is not gay at all..Cover question untuk magazine tu pun sebenar 100% tipun dan ia pada mulanya hanyalah sebagai gurauan dekat twitter..Taylor akhirnya bosan dengan gosip tu keluar untuk menyatakan yang dia bukan gay...

Dia juga kecewa kenapa sexuality seseorang itu dijadikan sebagai bahan gurauan...hehe..sayang gak kalau muka hensem2 camni jadi gay..hehehe

Regards,
-Strider-

Wednesday, December 28, 2011

Berikan Kepada Lelaki

Hye Readers,

By the time korang baca entry ni aku mungkin ade dekat Istana Budaya menonton Teater Semerah Padi..Aku pun tak sure cerita dia pasal ape sebab aku tengok pun by invation my best friend Lord Ayungz

Sementara Itu let me leave you guys something about men...


well yang 1st part tu aku tak sure aku leh buat but the second part is definitely i can do..hahaha

Regards,
-Strider-

Facebook Anak Barrack Obama

Hye Readers,

President Barack Obama, first lady Michelle Obama and their daughters - Malia and Sasha (right) (Image: AP)

Tadi aku baru baca satu artikel mengenai anak Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama mengenai anakny dan juga Facebook..Barrack Obama menegaskan dalam interview dengan People Today yang anaknya tidak
dibenarkan untuk mempunyai akaun laman web social itu..

Anak Barrack Obama Malia (13tahun) dan Sasha (10 Tahun) tidak dibenarkan untuk mempunyai akaun facebook atas dasar privacy keluarga..Kalau nama dah anak presiden mesti ramai yang nak add kan??Dalam Interview tersebut Obama dan isterinya Michelle bercerita tentang kehidupan mereka dari Facebook, mengajar anak sehingga laa kepada drama TV yang diminati..

P/s: Entah anak dia memberontak tak bile dengar bapak tak bagi main FB..hehehe..

Regards,
-Strider-

Lunch at Paya Serai

Hye reader,

Hari ini aku x sempat update apa-apa lagi blog aku nie..

Actually hari ini aku quite busy..Pagi dengan kerja and now im having lunch at Paya Serai PJ Hilton...

Aku tgh attend event office nie so tak leh laa nk ambik gambar banyak2...

To make it short aku nak kata makanan dia sedap..aku pulak memang suka makanan yang ade kat sini..

Aku bukan boleh makan sushi-sushi atau seafood nie..so ade sesetengah hotel mcm Nikko atau Hilton KL memang aku tak bape suka nak makan..

So aku nak sambung makan and nanti bile aku sampai office aku BW...

Sent from Samsung Mobile for Strider

Tuesday, December 27, 2011

Proton Baru: Persona 2012 Atau P3-21A

Hye Readers,

Sebelum kita recall balik cerita ini...Sebelum nie keluar spyshot gambar yang dikatakan proton yang bakal keluar tahun 2012..tapi tak nampak sangat rupanya macam mana...(klik sini)

Spyshot Proton

Lepas tu Proton mengeluarkan kenyataan rasmi yang mereka akan keluarkan model terbaru proton..gambar takde..nama pun xde..cuma dorang labelkan kereta tu sebagai P3-21A jer...tapi Managing Director (MD) Proton cakap model tu tak bawak bentuk pesona..memetik kenyataan akhbar (klik sini)

"Managing Director Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir stressed the new model is not a replacement for the Proton Persona." 

So dia tak akan gantikan Persona..Aku rasa ape yang try disampaikan ialah Proton Persona still akan keluar walaupun kereta baru nie da launch..

Kini aku nampak plak gambar-gambar yang dikatakan Proton yang terbaru iaitu Proton Persona 2012..Tapi takde laa plak info mengenai price atau date launch..tapi kalau tengok kereta yang spyshot kat atas dengan model yang ditunjukan nie nampak lebih kurang..

Persona 2012
So nampak gaya kita kena tunggu laa dulu statement rasmi dari Proton..Tapi aku rasa pattern body dia tak lari..mungkin bodykit nanti berbeza dengan gambar spyshot tu..hehehe

So yang bercadang nak tukar atau beli kete tahun depan mesti tak sabar nak tunggu..Price range dia pun tak kuar lagi..entah mahal ke murah ke aku pun tatau..hehehe..kita tunggu jer laa..

Regards,
-Strider- 

Pulangkan Duit RM 32,000.00

Hye Readers,

 

Terpuji...itu laa ayat yang sesuai untuk mencerminkan sifat seorang lelaki diColorado yang menjumpai duit sebanyak US$10,000 (RM32,000) sebelum berlepas ke Las Vegas dengan menaiki kapal terbang...

Ketika ditanya lelaki itu mengatakan ia ingin menunjukan kepada anaknya benda yang sepatutnya dilakukan...
Mitch Gilbert membeitahu  KUSA-TV hyang dia menjumpai sambul surat tak bernama di lapangan terbang sebelum menyedari yang kat dalam tu ade wang tunai...

Sebuah television melaporkan pada yang Gilbert telah menghubungi airport tersebut sebelum dapat berhubung dengan tuan punya duit yang berada di El Paso, Texas,

Gilbert memberitahu yang dia dah mendepositkan duit tu 2 hari sebelum Krismas.

Tuan punya duit plak berkata yang dia memenangi duit tu hasil dari dari casino dan tertinggal ketika sedang terburu-buru nak balik..

Tapi dalam news yang aku baca takde plak dia kata Gilbert tu dapat apa-apa balasan sebab pulangkan duit tu..memang susah nak jumpa manusia yang macam nie kat dunia..lebih-lebih lagi bile duit cash depan mata..banyak yang jadi kabur mata..hehehehe

Sumber: DailyChili

Regards,
-Strider-

Tradisi Pagi Krismas

Hye Readers,

Setiap family mesti ade tradisi yang tersendiri kan??Tapi ade satu keluarga kat United States nie yang mempunyai tradisi yang pelik setiap kali Krismas datang..

Seorang penulis Nick Confalone telah edit satu home video yang diambil oleh bapanya yang merakam setiap kali dia dan adik beradiknya turun dari tangga pada pagi Krismas..Video itu adalah koleksi dari tahun 1985 hingga 2009..perggh..suku abad gak tu..hehehe. .

Kat bawah nie aku screen shot gambar yang dirakam oleh bapanya...

Early tradition: From 1985, the father filmed his young family on Christmas morning heading down to the tree
Krismas Tahun 1985

Together again: Writer Nick Confalone who posted the video described the effect of charting his family's lives for a quarter of a century as 'magical'
Paling latest 2009
 

Sebenarnya ape yang dilakukan oleh bapanya bagi aku bukan satu benda yang mudah...ia memerlukan kerjasama dari keluarganya dan juga disiplin untuk melaksanakanya selama 25 tahun..

Tahun ke tahun dari bujang sampai laa anak2 mereka nie dah khawin mereka masih lagi meneruskan tradisi ini..hehehe

Kalau korang nak tengok screen shot mereka setiap tahun dorang serta citer menarik diorang Klik Sini

Regards,
-Strider-

Penagih/Pencuri Yang Bingai

Hye Readers,

Caught: He took a photo of himself on a stolen pink Nokia mobile
Ini la model handphone tu
Hari ini bukak jer email aku ade 205 mail from my friend and group yang belum aku baca walaupun baru 3 hari aku tak check email..hehe..so lepas nie aku go through out satu-satu..tengok yang mana best..hehe

Tapi hari ini aku nak cerita skit tentang news yang aku baca..Kisah penagih/pencuri yang kena tangkap atas kebodohan sendiri..hehe
Seorang penagih dadah Jason Glennon telah ditahan dan didakwa atas kes pecah rumah di Blanchardstown, Dublin.

Dia ditahan sebulan selepas kejadian apabila gambar beliau berada di dalam telefon bimbit tuan rumah itu...Ketika kejadian, tuan rumah menyedari kehadiran beliau lalu mengejar sebelum dia dapat melepaskan diri..

Ketika dikejar tu dia campak laa semua benda yang dirompak termasuk play station dan macam-macam lagi  supaya dia senang nak larikan diri..tanpa dia sedar handphone tuan rumah yang dicuri terjatuh ketika dia cuba nak larikan diri..


Decision: 'It is my duty to protect the community, and the only blunt implement I can use for this purpose is Mountjoy Prison,' said Judge Patrick McCartan
Sekitar kawasan perumahan itu
Sebenarnya handphone tu penting untuk kes nie sebab si bingai nie dah ambik gambar sendiri melalui handphone tuan rumah tu..so itu boleh dikatakan sebagai bukti yang penting..aku pun tak paham nape dia tak tunggu sampai dia selamat dulu baru amik gambar..

Mungkah dia pantang tengok camera???hehe..aku pun tak tau logik tindakan dia tu tapi bagus gak..kalau tak payah laa polis nak tangkap dia..hehehe

Okay..that all 4 now..cuti panjang nie keje tertunggak pun banyak..hehehe..nanti aku akan update entry lain..hehehe

Monday, December 26, 2011

Formula Hidup Dalam Kiraan Matematik

Hye Readers,

Happy Holiday semua..actually mood nak taip entry takde lagi semua sebab cuti punya pasal..hehe..update nie pun sekadar nak balas jejak member2..hehehe..so nanti laa aku update sumthing..hehe..By the way aku tinggalkan korang dengan formula untuk kehidupan nie..hehe


Regards,
-Strider-

Sunday, December 25, 2011

Dear Boys!!

Hye Readers,

Malas nak taip entry sekarang nie sebab aku nak BW jap..hehehe..anyway read this massage from a sincerely father..hehe


Anyway..Merry Christmas to everyone who celebrate it..untuk yang lain..Happy Holiday!!!

Regards,
-Strider-

Saturday, December 24, 2011

JOM TINGKATKAN RANKING ALEXA"

Hye Readers,


 



Hari ini aku nak join satu segmen yang dianjurkan oleh Kak Diana.Segmen "JOM TINGKATKAN RANKING ALEXA"..

Segmen nie agak bagus kepada mereka yang berdaftar dengan Alexa macam aku nie..Kalau korang tak berdaftar lg korang leh berdaftar dengan Alexa.com dan kemudian join segmen ini...

Kalau nak join atau nak tau lebih lanjut pasal segmen nie jangan lupa klik banner tu ek..hehe

Regards,
-Strider-

Friday, December 23, 2011

Wingman Of The Year

Hye,

Ade sesiapa ikut rancangan Hot I Met Your Mother tak???kalau Kalau de yang follow tentu korang faham ape yang dimaksudkan dengan "Wingman" nie..hehehe...Kepada yang paham aku persembahkan dekat korang "wingman Of The Year" untuk tahun ini..


Hehehe..Kepada yang tak paham aku rasa dari gambar nie korang dah tau yang mana satu wingman kan??hehehe..

Regards,
-Strider-

Bunuh Diri Sebab Tak jadi Dating!!!

Hye Readers,

Gabrielle was left distressed after receiving a message cancelling the date
Lawa gak budaknya..cam mana leh kensel??
Cinta ini membunuhku..pernah dengar tak lagu ini..aku rasa ape yang disampaikan hanyalah cliche tapi tak sangka plak sebenarnya cinta nie boleh betul-betul bunuh orang..hehe..

Ini yang terjadi dekat seorang gadis di UK yang membunuh diri hanya sebab seorang budak lelaki cancel date ngan dia..macam tak masuk akal pun ade...hehehe..

Gabrielle atau Gabby seorang student dan juga model membunuh diri dengan melompat ke atas landasan keretapi setelah temujanjinya untuk tengok wayang dibatalkan oleh seorang budak lelaki..

Kejadian nie berlaku pada April lalu dan news yang aku baca nie adalah inkues mengenai kematianya dimahkamah..Sebelum kejadian Gabby telah update statusnya di facebook berbunyi "I am going to kill myself tonight"

Kalau semua perempuan macam dia abis laa spesis pompuan kat dunia nie sebab aku rasa ramai lagi pompuan yang mengalami nasib yang sama..Jadi kalau date tu kensel jangan laa patah hati sangat ye..Don't try this at home..

p/s: Kalau aku dapat cancelation kuar tetap keluar..tapi ngan siapa tu tak tau laa..hehehe


Sumber: Daily Mail, UK


Regards,
-Strider-

Ariff Alfian: Saya Masih Sorang Islam

Hye Readers,


Korang ingat tak cerita aku pasal student tajaan Petronas yang didakwa menghilangkan diri dan berkhawin dengan pasanganya yang juga seorang gay di Ireland (Klik Sini)


So dua hari lepas aku ade baca artikel pasal dia melalui email dari kawan aku yang ade menyebut dia tak convert kepada kristian walaupun dia berkhawin dengan gay...Clearly dia tak tau apa-apa berkenaan perkahawinan dalam islam dimana islam tak benarkan kita khawin orang yang berlainan agama..

Itu ape yang aku tau laa..Ariff Alfian menafikan yang dia telah bertukar agama dan dalam kenyaataanya, dia ada menyebut

"Saya tidak ditukarkan ke mana-mana agama, bertentangan dengan apa yang telah dilaporkan. Saya dilahirkan seorang Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal sebagai 'Islam hingga mati. Tiada apa-apa jua akan mengoncang keimanan saya. "

Setahu aku tindakan dia itu(berkhawin gay)belum jatuh hukum murtad lagi..cuma ia adalah satu dosa besar bagi umat islam..Kalau betul masih ade keimanan dalam dirinya aku berharap agar dia dapat pulang ke pangkal jalan sebelum terlambat..

Sementara itu PETRONAS plak telah mengesahkan yang mereka telah menamatkan penajaan Ariff Alfian Rosli, bekas pelajar yang didakwa berkahwin dengan pasangan sejenis di Dublin, Ireland, berdasarkan keputusan dan pencapaian akademik tidak memuaskan yang melanggar syarat perjanjian pinjaman.

Regards,
-Strider-

Thursday, December 22, 2011

Kemalangan Setelah 6 Jam Memenangi Lamborghini

Hye Readers,

 

Malang tak berbau dan itu laa yang terjadi dekat seorang pemandu trak di US..Dia yang baru menang sebuah kereta Lamborghini dalam sebuah peraduan yang dianjurkan oleh Maverik convenience stores...

Dia sebenarnya bercadang nak menjual kereta itu sebab tak mampu nak bayar road tax dan insuranya..Itu kira langkah yang bijak laa jugak sebab buat ape nak pakai kereta yang tak mampu kan???

David Dopp yang baru menang kereta itu terbabit dengan kemalangan apabila keretanya berpusing beberapa jam selepas dia mengambil kunci kereta itu..tapi aku tak sure laa laju ke tak dia bawak..hehehe

Kereta convertible hijau muda itu sekarang berada di syarikat Insurance di Utah sebelum dihantar ke Las Vegas untuk diperbaiki...

David Dopp berkata yang dia dah mendapat beberapa tawaran kereta itu dan memang berniat untuk menjualnya kerana banyak lagi benda yang dia nak kena tanggung selain dari kereta itu..Dia memberitahu The Associated Press yang kereta itu tidak mengalami kerosakan teruk..hanya kemek sikit di bahagian depan dan belakang jer..

Kalau korang nak tau bapa kepada anak itu perlu membayar Insuran dan road tax sebanyak US$3,500 (RM11,200) untuk setiap 6 bulan kalau berniat nak pakai kereta itu..hehehe

Sumber: Dailychili

Regards,
-Strider-

Wednesday, December 21, 2011

Luiz Suarez Dianiaya!!!!

Hye Readers,

Aku sambung citer pasal pasal Suarez yang kena banned 8 game dan denda sebanyak £40,000...Sebenarnya aku sangat confident yang dia akan lepas mengikutkan apa yang berlaku..sebelum tu kita tengok skit ape yang jadi 15 oktober lalu..


INSIDEN YANG TERJADI PADA 15TH OKTOBER

Manchester United bertemu Liverpool dalam perlawanan English Premier League match. dan pada minit ke 57 Suarez mengasari Evra kan keadaan menjadi lebih hangat... Mereka bertekak sekejap sebulum Evra bertanya kenapa Suarez mengasari dia dan Suarez menjawab "benda ini memang terjadi dalam perlawanan dan Evra harus melupakanya".Selepas itu Evra mendakwa yang Suarez menjadi rasis dengan memanggilnya "Negro". Suarez menafikan dakwaan itu dan mereka kelihatan tak terganggu dengan incident itu.. 

Beberapa minit kemudian referee  Andrew Marriner memanggil mereka berdua dan Suarez meminta maaf sambil menepuk belakang kepala Evra(bukan pukul ekk)...Evra yang masih rasa marah berkata "Jangan sentuh aku orang America Selatan"dan secara spontan Suarez membalas: 'Porque, negro?' 

Beberapa minit kemudian Evra mengasari Kuyt dan dia diberi kad kuning. Dengan sengaja dia menjerit kepada referee "Kau memberi kad kerana aku berkulit hitam".

Suarez yang terkejut berkata "saya memanggilnya dengan gelaran yang digunakan oleh rakan sepasukannya dan mereka kelihatan tidak tersinggung denganya.

Okay...sekarang aku cerita pulak kenapa aku bengang...FA seperti menjatuhkan hukuman tanpa mendengar   lagi kenyataan dari Suarez...Dia ibarat dihukum tanpa sempat membela diri..Ini menjatuhkan maruah Suarez dan Kelab Liverpool sendiri kerana mereka antara kelab yang paling menolak sifat perkauman di England..


Banyak akhbar di England yang seakan tidak setuju dengan hukuman yang diberikan oleh FA England terhadap Suarez..Evra sendiri mengaku dalam bentuk penulisan yang Suarez bukan laa seorang rasis seperti yang dilaporkan oleh Dailymail.uk...memetik artikel mereka

"It is key to note that Patrice Evra himself in his written statement in this case said 'I don't think that Luis Suarez is racist'. The FA in their opening remarks accepted Luis Suarez was not racist.

Bagi aku Suarez lebih kepada dianiaya kerana pada 2003, pemain pertahanan Reading John Mackie didenda 3 perlawanan dan kemudian ditambah kepada 5 serta denda sebanyak  £3,000 namun separuh dari denda ditarik balik dan sebab ape???Sebab dia membuat komen yang bersikap perkauman terhadap  pemain penyerang Sheffield United, Carl Asaba...

Kenapa aku rasa dia dianiaya??kerana masa yang diambil terlalu lama iaitu 3 bulan selepas kejadian dan jika hukuman yang dijatuhkan sekarang antara game yang dia terlepas:-

3 Jan 2012 ► Manchester City vs Liverpool (Barclays Premier League)
6 Jan 2012 ► Liverpool vs Oldham (FA Cup 3rd Round)
11 Jan 2012► Manchester City vs Liverpool (Carling Cup Semi-Final, Leg 1)
14 Jan 2012► Liverpool vs Stoke City (Barclays Premier League)
21 Jan 2012► Bolton vs Liverpool (Barclays Premier League)
25 Jan 2012► Liverpool vs Manchester City (Carling Cup Semi-Final, Leg 2)
31 Jan 2012► Wolver vs Liverpool (Barclays Premier League)
06 Feb 2012► Liverpool vs Tottenham (Barclays Premier League) 

Semua game yang hebat2 belaka kan??hmm..sebenarnya aku boleh tulis sampai besok tapi takut korang bosan plak baca...nie aku tak masukan lagi ape yang pendapat manager-manager lain di sekitar England..yang penting FA England kena berlaku adil..

Aku terima hakikatnya sekiranya Evra turut dikenakan hukuman..Jika Suarez  memanggil Evra "Negro" dikatakan rasis, ape pula pandangan FA ketika Evra memangilnya "South American"???

Sumber: dailymail.co.uk
              thesun.uk
              Malaysian Liverpool Fan Club (Facebook)
              My-LFC [The Malaysian Die Hard Fan] (Facebook)

p/s: Banyak tul rujukan aku hari ini..hehehe

Regards,
-Strider-

Suarez Buat Aku Mood Hilang

Hye Readers,


Kucing ini takde mood pun still nampak comel

Hari ini mood terus hilang apabila time bangun pagi tadi aku dapat berita yang penyerang Liverpool Luiz Suarez didapati bersalah atas tuduhan rasis dan digantung 8 perlawanan serta denda £40,000.

Bagi penyokong tegar Liverpool macam aku nie benda-benda macam nie boleh mencacatkan mood aku...since aku pun dah sokong Liverpool way back from 1994..time tu nak tengok live game EPL pun susah...hehehe..

Tapi xpe..more on that bile aku balik rumah malam nanti..Sebab dari pagi aku ade meeting dan petang japgi pun ade gak so masa aku limited hari ini...


Thanks kepada yang singgah dan hopefully mood aku datang balik jap lagi.. aku pun tengah cari  cammana nak hidupkan balik mood aku hari ini...hmmm..korang ade idea x??hehehe :)

Regards,
-Strider-

Tuesday, December 20, 2011

Only in Bolehland

Warning..segala content ini dihantar terus melalui e-mail aku...hehehe..segala caption bukan aku yang buat..hehehe



 

>O< !! Wonder which security guard dared to do that? 






TM staff using Facebook during working hours...!?


Teamwork. Well done!

 Malaysians can sleep in any other way

 The founder of these mangoes - Mr. Sam Seng

VIP parking for Kancil...Malaysia Boleh

 Brother ! Basuh tangan pun kena 20sen?(washing hands will cost you 20 cents) 

Sorry, the TV is for the staff....work and watch TV at the same time!

Lady Mat Rempit !!

Petrol so expensive la..cannot use superbike anymore



Send via Gmail

Nasib Suarez Diketahui Hari Ini

Hye Readers,


Bagi peminat Liverpool, nasib penyerang mereka Luis Suarez akan diketahui hari ini atas tuduhan bersikap rasis terhadad Evra apabila mereka bertemu di Anfield pada Oktober lalu..

Sebenarnya aku pelik kenapa FA England nak amik masa sampai 3 bulan untuk menyiasat kes ini..Suarez sebelum ini menafikan bantahan terhadap tuduhan itu dan meminta supaya Evra mengemukakan bukti yang kukuh..

Suarez mendapat banyak sokongan terutaman dari pengurus Liverpool Kenny Dalglish turut berada di belakang Suarez..Selain itu manager Brighton Gus Poyet, yang merupakan bekas permain tengah Uruguay juga sanggup menjadi saksi di mahkamah bagi membuktikan yang Suarez bukan laa seorang rasis...

Sementara itu pengurus Fulham Martin Jol yang juga bekerja bersama Suarez selama 18 bulan berkata yang dia agak terkejut jika Suarez didapati bersalah...Dia berkata "Di Ajax kami mempunyai pemain dari pelbagai benua dan Suarez mempunyai hubungan baik dengan mereka"

Nampak gaya ramai gak yang memberi sokongan kedapa Suarez dan aku harap Suarez tak dikenakan apa-apa tindakan kerana ia sudah tentu mencacatkan percaturan Liverpool dalam usaha untuk mendaki takhta Liga Perdana Inggeris

Source : LFC Online

Regards,
-Strider-

10 Tanda Suami Curang

Hye Readers,

 

Korang semua tau tak tak tanda-tanda kalau suami bersikap curang terhadap korang semua...Sebelum aku komen meh tengok dulu ape tanda-tandanya..hehehe

1. Banyak plak email di waktu2 yang pelik..seperti waktu luar pejabat..dan semuanya nak kena reply..urgent katanaya...

2. Mula menjawab telefon di luar rumah/bilik.

3. Mula bawa telefon ke mana sahaja..sampai nak jogging pun bawak phone..kalau tak dulu boleh jer letakkan kat rumah...

4. Banyak pulak business trip..bile tanya balik tentang trip2 yang lama dah tak ingat plak

5. Bila outstation dia tak jawab missed called..dia jawab bila dia dah balik hotel lepas makan malam...

6. Dia masih okay dengan seks tapi dah tak romantic..hehehe

7. Minat lepak ngan korang dan rakan korang dah berkurangan

8. Dah start dengan tak tahan dengan makanan, restoran favorite atau aktiviti korang..

9. Cepat moody atau dalam kata lain asyik marah-marah...

10. Dah start tak cerita ape masalah yang mengganggu dan asyik kata ade problem kat tempat kerja tai tak nak bercerita tentang tu..

Actually aku takde masalah pun dengan tips nie..tapi memang nampak logik semua tanda-tanda tu tapi jangan pulak percaya bulat-bulat..Kadang-kadang benda tu kebetulan jer..and bila dengar plak benda-benda camni kita makin suspicious..hehehe

Sebenarnya curang atau tak kita tak perlu orang lain bagitau..for sure kita boleh sedar sendiri kalau pasangan kita curang..tapi kalau nak buat guideline boleh laa...hehehe

Artikel Asal: Klik Sini

Regards,
-Strider-

Kalahkan Chelsea Dan Kita Boleh Menang Liga Perdana Inggeris

Hye Readers,


"Beat Blues and we can win the title"Itu laa tajuk akhbar di UK menjelang pertemuan Spurs dan Chelsea awal pagi khamis ini...Kata-kata tersebut diluahkan oleh pemain tengah spurs iaitu Sandro...Bagi aku cita-cita Sando tu agak tinggi memandangkan belum lagi habis separuh musim...

Berada di tangga ketiga liga sekarang mungkin membuatkan cita-cita pemain tu tinggi tapi come on laa..kalau dapat eliminate Chelsea pun City ngan United nak campak mana??Belum masuk Liverpool, Arsenal atau mungkin stoke yang mampu mencacatkan usaha mereka untuk mengumpul 3 mata pada setiap perlawanan..

Tapi ape yang aku nampak mood di White Hart Lane semakin ceria apabila mereka sekarang menduduki tangga ketiga liga dan media tempatan mula memberi gambaran bahawa mereka mampu mencabar untuk kejuaraan liga..

Chelsea pula pasti akan bangkit dari keputusan seri menentang Wigan tempoh hari dan kemenangan minggu nie amat penting untuk mereka meneruskan impian untuk memenangi Liga pada musim ini..

AVB perlu berhenti dari membuat kesilapan ketika menentang Wigan apabila mengeluarkan pemain kreatif serta gol scorer mereka ketika perlawanan belum di dalam genggaman..

Sumber: thesun.co.uk


Regards,
-Strider-

Monday, December 19, 2011

Rekod Baru Liverpool

Hye Readers,

Dua percubaan Suarez yang terkena semalam menjadikan ia sebagai salah satu rekod kelab apabila musim nie sahaja Liverpool mengegar 17 kali palang pihak lawan..Ini tak sampai separuh musim lagi..hehehe

Aku pun tatau macam mana boleh jadi macam tu..Banyak practice shoot bola kat palang kot..Namun King Kenny masih bersikap positif dalam hal tersebut..Kenny berkata “Kami akan terus mencuba kerana apabila anda mencuba lagi maka anda akan lebih bernasib baik.”

Tapi ape yang aku tau kalau kesemua percubaan tersebut menghasilkan gol sudah tentu kedudukan Liverpool dalam liga bertambah baik..hehehe..

Regards,
-Strider-

Exam: Ade Macam Nie Tak????

Hye Readers,


Regards,
-Strider-

Send via Gmail

Drogba Dan Lampard Tinggalkan Bridge??

Hye Readers,



Drogba dikhabarkan tekad untuk meninggalkan Chelsea bulan depan dan mungkin jejak langkahnya akan diikuti oleh Frank Lampard..

Drogba dikatakan berang apabila Chelsea gagal untuk menawarkan kontrak selama 2 tahun seperti yang dipintanya..Pemain berusia 33tahun itu dikata lebih rela meninggalkan Chelsea januari ini daripada menunggu kontraknya habis pada hujung tahun ini..

Sebuah kelab bolasepak di China telah menawarkan Drog kontrak 2 tahun dengan gaji sebanyak £200,000 seminggu manakala Chelsea hanya menawarkan kontrak 12 bulan dengan gaji sebanyak £125,000 seminggu.

Ini bermakna Drogba boleh dapat £20M  dekat China atau hanya £6.5m dekat Stamford Bridge...Tapi bila dilihat kembali umur dia sekarang dengan bagaimana kompetatifnya liga perdana inggeris aku leh paham kenapa chelsea tak nak offer dia gaji sebanyak tu...

Drogba pulak perlu memikirkan masa depannya memandangakan umurnya yang dah lanjut tak banyak club yang boleh offer dia gaji sebanyak tu...

Berita itu sedikit sebanyak membimbangkan kem Chelsea takkala Frank Lampard menyatakan hasrat untuk meninggalkan Bridge sebab AVB banyak letak dia kat bangku simpanan...Tapi aku tak rasa Lampard akan pergi sebab dia nie pun dah jadi lagenda Chelsea...

Lampard plak perlukan "playtime" yang lebih memandangkan Euro 2012 akan berlansung pertengahan tahun depan..Kalau asyik duk bangku simpanan macam mana Capello nak bawak dia sekali...hmmm..

Yang penting AVB mesti pening atas kedua-dua isu nie sebab memandangkan kedua-dua player masih penting buat Chelsea pada waktu nie...

Sumber: - www.thesun.co.uk

Regards,
-Strider-

Putera Harry Bantu Rakan Yang Kena Samun

Hye Readers,

Putera Harry
Siapa sangka putera raja pun leh menggelabah gak bila dengar member kena samun dengan penjenayah..Itu laa yang terjadi dekat Putera Harry apabila dia mendapati yang member dia sendiri kena samun ketika mereka sedang berbual di telefon..

Putera Harry yang terdengar rompakan tu terus memandu ke Battersea, South West London, untuk membantu rakanya Thomas van Straubenzee.Lepas tak jumpa rakanya, Putera Harry terus ke balai polis berdekatan untuk melaporkan kejadian tu..

BlackBerry milik Van Straubenzee pun disamun sekali time kejadian namun ia berjaya ditemui semula selepas seorang suspek ditahan..Tiada kemalangan jiwa berlaku tetapi mengikut skynews Putera harry akan tampil sebagai saksi bagi kes berkenaan..

Memang silap laa penyamun tu...mesti dia tatau yang Van Straubenzee tu member-member Putera Harry..hehehe..Namun polis berkata kes ini masih disiasat dan tak dapat nak beri apa-apa komen lagi..hehe..

Sumber: Digital Spy

Regards,
-Strider-