Hye Readers,
Rasa cam lama since last aku update and BW..walaupun baru sehari jer..tapi jadual hujung minggu kali nie lain macam skit..Busy jer memanjang..tapi dapat gak aku curi skit masa untuk buat entry and singgah blog kawan2 aku..
Citer kali ini aku taktau nak bagi tajuk pe..tapi seperti biasa cerita aku dipengaruhi dari email yang aku dapat..cerita nie sebenarnya da lama Cuma aku tak terpikir nak post..Since cerita ni dari omputih aku try untuk translate mengikut ayat aku dendiri..hehehe..citer dia camni..
Seorang lelaki sedang sibuk mengilatkan kereta yang baru sahaja dibeli kira kira sebulan..sedang dia sibuk mengelap dia terperasan anaknya yang berumur 4 tahun sedang mencalarkan kereta kesayanganya..
Akibat terlalu marah dia tidak sedar yang dia telah memukul tangan anaknya menggunakan spanar sehingga 2 jarinya luka teruk dan terpaksa dibawa ke hospital..tiba di hospital 2 daripada jari anaknya terpaksa dipotong akibat luka teruk..lelaki itu merasa amat sesal dengan perbuatanya..
Sebelum dia sempat meminta maaf anaknya dengan nada yang sayu telah mengeluarkan satu kenyataan yang tidak dapat dihadapinya..”ayah, adakah jari saya akan tumbuh kembali??” mendengarkan soalan anakya itu lekaki tersebut keluar dari hospital lalu menendang kereta kesayanganya bagi mengilangkan rasa bersalah itu..
Tersandar sambil menangis lelaki itu terpandang bahagian yang dicalarkan oleh anaknya itu dan anaknya telah menulis “Saya Sayangkan Ayah”..Keesokan harinya lelaki itu telah membunuh diri kerana tidak tahan lagi dengan penyesalan yang harus dihadapinya..
Itu je citer dia..xbest mana pun tapi banyak pengajaran yang kita dapat..antaranya ialah apa-apa keputusan yang kita ambil jangan ambil ketika kita marah…Sebelum aku closed entry aku aku tinggalkan korang dengan 5 baris ayat..till my next entry…
Jaga pemikiran anda, ia menjadi kata-kata.
Jaga kata-kata anda; mereka menjadi tindakan.
Jaga tindakan anda; mereka menjadi tabiat.
Jaga tabiat mereka menjadi watak;
Jaga watak anda, ia menjadi takdir anda
Jaga tabiat mereka menjadi watak;
Jaga watak anda, ia menjadi takdir anda
Regards,
-Strider-
kisah benar ke 2 lan?huhu.
ReplyDeletehuhu ~
ReplyDeletesedih je baca entri ni..