Wednesday, July 27, 2011

Rupa Duit Syiling Baru 2012

Hye Readers,

Untuk tahun 2012 Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling peringatan baru sempena pengeluaran Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada awal tahun depan. Dilancarkan hari ini oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, duit syiling peringatan yang dikeluarkan adalah dalam bentuk  5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen

Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling siri baharu ini. Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.

Siri baharu duit syiling ini adalah sah diperlakukan dan akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

Bank Negara Malaysia akan bekerjasama rapat dengan institusi-institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar siri baharu ini. Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu ini dengan mudah. Jom kita tengok rupabentuk syiling baru nie..

Syiling 5sen




Syiling 10sen



Syiling 20sen





Syiling 50sen



Perbezaan duit lama dengan yang baru.



Amacam???stylo ke tak duit baru nie..hehehe..aku tak tau sangat laa sebab tak tengok dan pegang lagi duit baru nie..tapi kalau korang nak tau kenapa ade titik-titik kat duit syiling tu, atau info2 lain korang leh pergi laman web Bank Negara (klik sini)..till my next entry..

Regards,
-Strider-

8 comments :

  1. Yeap, Januari kan..? Cantik la..suka design dia..hehe. Emas lg cantik drp perak..ni buat buah rantai pun cantik gak kan..haha.

    ReplyDelete
  2. wahh, duit baru..ni yg sayang nak bg kat kedai bila time beli barang...haha, (perangai masa kecik-kecik dulu. )


    nmpk mcm warna gold. ingatkan duit emas...hehe

    ReplyDelete
  3. eh2,jat xtahu pn ada nk kuar duit syiling baru.huhu

    ReplyDelete
  4. serius.. duit syiling kita kali ni mmg nampak mahal kan?

    ReplyDelete