Sunday, July 3, 2011

Staff KFC sapu Ayam Di Kaki Sebelum Masak

Hye Readers,

Korang dah makan??Pergi laa makan ayam KFC..best gak pe..hehe..aku sendiri da lama tak makan KFC bukan sebab ape yang aku nak tunjuk nie tapi memang aku kurang gemar makan KFC..hehe

Aku ade dalat email that claim KFC nyer staff sapu ayam mentah dekat kaki sebelum nak masak..dari dengar cara percakapan nyer aku rasa memang kat Malaysia Cuma aku tak tau kat mana laa..cuba korang check video nie..


Aku pun tak paham motif, misi dan visi dia buat camtu..suka-suka ker??aku rasa mungkin ade sebab doarang rekod benda nie..mungkin rasa tak puas hati ngan pengurusan dan penyebaran video camni memang akan merugikan pengurusan KFC..

Walau ape pun alasan tak elok buat macam tu..buatnya yang makan tu nanti adk beradik atau family sendiri cammana??aku tak paham laa ngan perangai orang camnie..itu je laa dulu buat kali ini..korang rasa ape motif dorang nie??hehehe J

Regards,
-Strider-

6 comments :

  1. tika: hehe..ye laa tu.. :)

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu sebagai berniat jahat dan merupakan serangan terang-terangan terhadap organisasi kami. Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

    Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah dimuat turun di halaman YouTube.

    Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC.

    KFC akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia, anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang telah diketahui selama ini.

    Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua.

    Pengarah Urusan
    KFC Holdings (Malaysia) Bhd

    ReplyDelete
  3. owh..thanks god KFC already notice about this.. :)

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. skrg kna piki byk kali kalu nk makan kat luar, terutama fast food! T__T

    p/s: kelmarin baru mkn kfc 2 ketul! huuuu

    ReplyDelete
  5. elie: nasib baik kfc da buat statment..so tak yah laa risau lagi..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete