Saturday, July 9, 2011

Sekitar Perhimpunan Bersih Dan Patriot

Hye Readers,

Aku rasa korang mesti de lama dengar berita nie..lebih-lebih lagi dalam minggu nie..makin dekat makin hangat laa beritanya…Bersih Dengan agenda mereka tersendiri..Patriot pun dengan agenda mereka pulak dan 9 July 2011 dua dua pihak dapat membuat perhmpunan masing-masing

Kali ini aku tulis bukan nak bagi pandangan aku tentang mana satu yang aku sokong entry nie lebih daripada bagutau ape yang jadi..aku tak suka sangat tulis benda yang tak jadi lagi..sejak dari pagi polis mengawal ketat sekitar Kuala Lumpur dan tidak ketinggalan kawasan tempat aku tinggal iaitu Kampung Baru.

Bangun dari tido da nampak polis berkawal depan umah aku(gambar) dan benda nie jarang-jarang jadi sebab aku bukan sape-sape pun..hehe..dari pagi lagi polis telah berada di kampung baru sambil menahan kumpulan2 yang disyaki nak join perhimpunan bersih nie..


Itu yang jadi depan rumah..yang tempat lain sekitar Kampung Baru pun havoc jugak..aku dengar ramai jugak yang kena tangkap dari Kampung Baru..jom tengok video suasana di Kampung Baru


Video tadi aku cilok dari Malaysia Kini..hehehe..tapi suasana dia macam tu laa pagi tadi…nasib baik aku tak kena soal siasat dalam kawasan kampung sendiri..hehehe..tapi alhamdulillah takde ape jadi kat kampung baru sepanjang hari tadi..tapi kat tempat lain khabarnya lain plak cerita..sebab aku takde kat sana korang tgk je laa sendiri ape yang terjadi sekitar Kuala Lumpur





So itu je laa yang aku nak tulis setakat nie..entry nie bukan bersifat politik tapi 1001 benda boleh debat pasal politik nie..kalau cerita kat kedai kopi sampai tutup tak abis topic..kalau nak dedah buruk ahli politik sampai besok pun citer tak abis..hehe..till my next entry…



Regards,
-Strider-
Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment