Tuesday, July 26, 2011

Sejarah Malaysia, Selangor dan Singapura

Hye Readers,

Sekarang Musim bola..so aku nak cerita skit pasal bola..bukan je citer zaman sekarang tapi nak cerita skit sejarah Singapura dengan pasukan Bolasepak Selangor..Selaku penyokong Selangor kedatangan Singapura sering aku nantikan..

Pasukan bola sepak Singapura datang lagi sini untuk bertembung dengan skuad Malaysia pada hari Khamis nie..Kedatangan mereka bukan hanya disambut oleh penyokong  bola sepak Malaysia sahaja tetapi  mereka akan disambut oleh penyokong Selangor Juga..

Selangor Vs Singapore 1975
Sebenarnya Pasukan Bola Sepak Selangor mempunyai sejarah dengan pasukan dari Singapura ini..Mereka adalah musuh ketat dalam sukan bola sepak suatu ketika dahulu..Walaupun kini Singapura telah bermain di liga mereka sendiri kedatangan mereka di Malaysia sentiasa akan membawa nostalgia yang tersendiri..

Singapura harus diingatkan yang musuh ketat mereka bukan setakat Pasukan Malaysia tetapi pasukan Selangor juga..Sejarah antara mereka sungguh besar sehinggakan Sultan Selangor mengadakan Pertandingan “Piala Sultan Selangor” yang nemampilkan pasukan Selangor dan Singapura.Pertemuan antara Veteran Selangor dan Veteran Singapura juga diadakan sebulum pertandingan itu bermula..

Aku ade terbaca petikan dari Selangor Football Fans tadi yang aku nak share skit ngan korang khususnya peminat bola sepak Selangor..

“SINGAPURA - lebih sinonim bermusuh tradisi dengan Selangor, bukan Malaysia. Selangor dan Singapura bertemu di final Piala Malaysia sejak 1921-1981: 23 kali. 11 kali Selangor menang + 10 kali Singapura menang + 2 kali juara bersama. Selangor skor 47 gol final vs Singapore, mereka membalas dengan 43 gol final PM. 4 kali Selangor julang Piala Sultan Selangor, Singapura juga 4 kali, mereka juara bersama sekali ..

Walaupun ia hanya sejarah tetapi sejarah tidak boleh dilupakan..Penyokong Selangor akan sentiasa bersama dengan pasukan Malaysia kerana Selangor adalah sebahagian dari Malaysia..Selangor Football Fans juga da pledge yang dorang akan 100% di belakang pasukan Malaysia..

Kepada yang membaca ayuh kita penuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil esok dan member sokongan padu yang tak berbelah bagi..Bagi penyong Selangor kalau rasa nak bawak bendera Selangor pun silakan kerana Singapura juga salah satu dari musuh ketat kita..

Kepada penyokong negeria lain yang nak bawak bendera masing2 pun silakan kerana dibah bendera Malaysia kita masih ade 14 bendera yang nak dikibarkan..Aku doakan kejayaan pasukan Malaysia esok dan berharap singa akan pulang setelah dibaham harimau.. J


Regards,
-Strider-

3 comments :

  1. harap Singapore kena sama Malaysia...

    ReplyDelete
  2. salam singgah,

    1st time tahu pasal musuh tradisi dalam perlawanan bola.sebuah negara bertemu sebuah negeri..hmm...

    ReplyDelete
  3. MIfz: tu laa pasal..malaysia boleh..

    Izan: tapi itu sejarah waktu singapura masih lg main dekat liga malaysia..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete