Thursday, December 5, 2013

#1285 - Suarez Cipta Sejarah

Hye Readers,


Alhamdulillah hari ini badan saya rasa lebih sihat sedikit walaupun berjaga pagi tadi untuk menyaksikan perlawanan EPL Game Week 14 yang menyaksikan Liverpool menerima kunjungan Norwich City. Sebagai seorang peminat tegar Liverpool berjaga awal pagi akan lebih bermakna jika Liverpool menang.

Liverpool berjaya menewaskan Norwich City 5-1 dan paling manis ialah apabila penyerang sensasi/kontroversi sekali lagi menutup mulut-mulut pengkritik apabila hanya perlu mengambil masa sebanyak 35 minit untuk menjaringkan hatrik ketika menentang Norwich sekaligus mencipta rekod kelab.

Hartik yang dijaringkan semalam merupakan hatrick ketiga beliau ke atas satu pasukan (Norwich City). Musim lepas Suarez telah mencipta hatrik pada kedua-dua perlawanan. Secara keseluruhan Suarez telah menjaringkan 11 goal apabila bertemu Norwich Cty.

Pada minit 75 Suarez sekali lagi menambah koleksi gol hasil dari sepakan bebas, sebelum membantu Raheem Sterling menjaringkan gol pada minit ke 88. Sebanyak 9 perlawanan lain yang berlangsung semalam dan berikut merupakan keputusanya.



Disember merupakan bulan yang agak sibuk untuk jadual EPL kerana selepas bermain minggu lepas dan juga pertengahan minggu ini, Mereka akan kembali turun ke gelanggang pada hujung minggu ini. 

Regards,
-Strider-

31 comments :

  1. peminat bola....tapi saya kurang minat,,,klu en.husband ajak join tengok barulah melayan bola nie..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lupa ajak en husband tengok game livepool..hahahaha

      Delete
  2. alamak..sapa boh suarez dalam EPL fantasy syokk la...48 point skali captain

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah tentu boss..siapa ade suarez dan tak letak dia kepten memang rugi..hehehe

      Delete
  3. wah.. hihi.. licha sokong man U tapi kalah pulok..
    klik inti harini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe licha...mungkin sudah masa anda berubah..hehehe

      Delete
  4. bola~bola.. musim bola da bermula =)

    ReplyDelete
  5. demi bola..sihat tak sihat pun gagah je ya azlan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..dah minat kak..tapi bila menang terus beransur pulih...kalau kalah mau sakit balik kak..hahaha

      Delete
  6. salam bro... baru sempat nak buat entri pasal blog bro..sori ye.. lambat sikit... ini link nya...
    http://thescreammer.blogspot.com/2013/12/azlan-stider-wwwstriderbuzzblogspotcom.html

    Jika ada kelapangan insyallah sy akan kemari lagi.. terima kasih..

    p/s : jika ada yg ingin menyertai program singgah blog.. jom ke
    http://thescreammer.blogspot.com/2013/11/singgah-blog.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam tuan..saya sudah membuat entry balas terhadap entry tuan..terima kasih kerana sudai menulis...

      Delete
  7. kalau husna tak suka tengok bola boleh komen ke??

    ReplyDelete
  8. Tahniah Liverpool, nasib baik menang...MU kalah lagi lah hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak tengok game tu sbb serentak..tapi sedih gak bro kalah minit2 akhir macam tu...

      Delete
  9. mun xtahu pape2 pasal bola ni..huahua

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..takpe mun..lama2 baca kat sini insyallah nanti tau laa serba sedikit..hehehe

      Delete
  10. Hohohohoho okay di sini ada YNWA hihihihi

    ReplyDelete
  11. bola2 juga rehat jangan lupa ya, nanti jadi macam ika letih yang amat2 --'

    ReplyDelete
    Replies
    1. baiklah..memang lepas bola saya amik masa rehat dulu sebelum pergi kerja...

      Delete
  12. Bulan ni macam biasalah, bulan yang banyak game. Astro macam tau-tau je dia naikkan harga sebab time-time macam ni la orang tengah sibuk layan EPL. Nak boikot pun macam susah sikit la jam-jam ni. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini laa kerbergantungan saya terhadap Astro yang membuatkan saya tidak mampu memotong astro..hehehe

      Delete
  13. niesa pun peminat liverpool..ouhh yeahh!thanks follow..done follow back.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. caya laa nisa...tambah lagi sorang peminat liverpool..hehehe #YNWA

      Regards,
      -Strider-

      Delete
  14. tahniah kepada liverpool.. aiza tak minat sangat bola sepak..

    ReplyDelete
  15. bab bola ni aku boleh tengok je la.. layan x.. heheh

    ReplyDelete
  16. Hebat!! Hebat!! tp tak minat Liverpool hehehe

    ReplyDelete
  17. bola...?? mmg jauh dari sudut hati sy.. haha.. hubby sy oun x minat.. untunglah...dua2 x minat...hihihi... ;p

    ReplyDelete
  18. Musim bole dah bermula.. pasti lebih hebat lagi lepas ni.. :)

    ReplyDelete