Tuesday, December 17, 2013

#1310 - Azean Iradawaty Meninggal Dunia

Hye Readers,


Sebentar tadi aku ade terbaca tentang Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia pada Selasa pukul 8.26 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor melalui Astro Awani. Sebenarnya entry ini tiada dalam jadual yang aku nak publish malam ini tapi sebagai seorang primadona negara, aku pasti ramai yang ingin tahu perkembanganya.

Kepada mereka yang tidak tahu, arwah sebenarnya mengalami barah. Ibu kepada Benjy ini juga pernah berada di dalam keadaan yang kritikal dimana pembedahanya terpaksa ditangguhkan 

Azean Irdawaty ialah seorang pelakon Malaysia yang mula mencipta nama sebagai penyanyi era 1970-an dan kemudian meledak sebagai primadona layar perak akhir 70-an dan awal 80-an. Kak Yan memang merupakan salah sorang daripada pelakon favorite aku.

Antara filem-filem dia yang aku minati ialah Waris Jari Hantu selain daripada filem yang berunsur Penangki seperti Nana Tanjung dan Anak Mami Kembali.

Allahyarhamah meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty. Jenazah Allahyarhamah akan dibawa ke kediamannya beralamat 92, BU 11/7, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Marilah kita bersama sama sedekah Al-Fatihah kepada Allahyarmah dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Takziah
-Strider-

26 comments :

  1. al-fatihah kepada kak yan.. semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh..

    ReplyDelete
  2. semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman....alfatihah....

    ReplyDelete
  3. Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.
    Semoga rohnya dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  4. Al-fatihah.. takziah untk keluarga beliau..

    ReplyDelete
  5. al-fatihah..
    takziah buat keluarga allahyarhamah..

    ReplyDelete
  6. alFatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah & Takziah kepada ahli keluarga beliau...Semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman. Ameen!!!

    ReplyDelete
  8. Innalillahi wainnaillahi roji'un..
    turut berduka saya

    ReplyDelete
  9. innalillahi waa inna ilaihi rajiun..
    turut berduka ats
    Azean Iradawaty

    ReplyDelete
  10. Semoga arwah di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

    ReplyDelete
  11. Al-Fatihah
    Hilang sebutir bintang lakonan Malaya

    ReplyDelete
  12. Alfatihah tuk arwah, smoga ditempatkan di kalangan orang yg beriman..Takziah pada keluarga..she is 1 of my fav actress..sebak rasa..banyak pengajaran sy dapat dari drama/filem lakonan beliau disebabkan 'feel' yg berjaya disampaikan pd penonton..

    ReplyDelete
  13. takziah buat keluarga arwah. Alfatihah..

    ReplyDelete
  14. inna lillahi wa inna ilai rojiun..

    ReplyDelete
  15. takziah..moga rohnya ditempatkan dikalangan org yg soleh..

    ReplyDelete
  16. dah lama kan arwah menanggung sakit... AL-FATIHAH.. moga ditmptkan arwah di kalangan org2 yg beriman... masa kita entah kan bila pulak...

    ReplyDelete
  17. Dh smpai ajal dia..kesian dia dh lama sakit..takziah buat keluarga beliau.. Alfatihah..

    ReplyDelete