Monday, December 16, 2013

#1306 - Polis Tampar 2 Lelaki Di Pulau Pinang

Hye Readers,

Terima kasih kepada mereka yang membaca entry aku yang bertajuk Rasional Di Sebalik Kenaikkan Tambang LRT & Monorel tengah hari tadi. Sebenarnya itu merupakan auto published entry aku. Hopefully ia memberi gambaran yang lain kepada korang.


Tapi kita tinggalkan sebentar Lembah Kelang dan pergi ke Pulau Pinang dimana sebuah video mengenai seorang anggota polis telah menampar dua lelaki tersebar melalui facebook. Disebabkan ia merupakan video dari FB  jadi aku malas nak embedded kat sini. Kalau korang nak tengok sila klik sini  

Sebenarnya tidak adil kalau kita nilai insiden tu berdasarkan video clips yang berdurasi 1.06minit. Tapi ia merupakan satu tidakkan yang kurang beretika kalau dinilai melalui video terbabit. Menurut laporan Straits Times, kejadian tersebut berlaku di Bayan Baru.

Dalam video terbabit anggota polis tersebut didapati menjerit dan menampar salah seorang daripada mereka sebelum meminta pengenalan diri daripada lelaki berbabit. Pada pendapat aku, mungkin mereka berdua warga asing. Aku tak tahu apa yang mereka buat sehingga menaikkan kemarahan anggota polis tersebut.

Sementara itu Ketika dihubungi, Ketua Polis Pulau Pinang, Senior DCP Dato Abd.Rahim Hanafi, berkata anggota polis itu telah pun dipindahkan ke jabatan lain sehingga siasatan keatas kes terbabit selesai dijalankan. 

Regards,
-Strider-

20 comments :

  1. bila singgah di blog ni rasa macam menonton tv.. mcm2 info ada.. hehe.. memandangkan sy kurang menonton tv, maka secara x langsung bnyk info yg sy dpt.. :)) teruskan perkongsian..

    ReplyDelete
  2. Emm kenapa ye smp dia tampar depa? Slh depa ke atau memang slh dia..Huhu taktau la..makin agresif manusia zmn skrg...

    ReplyDelete
  3. itik cakap dgn ayam kot . tu yg polis naik angin ... heheheee

    ReplyDelete
  4. Memang tidak patut la klu polis tu buat sesuka hati camtu...kat blog ida ada kenyataan Ketua Polis P.Pinang tentang kes ini

    ReplyDelete
  5. kadang2 ape yg kita nampak tak sama dengan ape yg kita pk

    ReplyDelete
  6. dengar juga dalam berita tadi.. macam-macam kes sekarang ini.. menabung hotlink..

    ReplyDelete
  7. laaa kenapa pula bertindak macam tu, emmm tindakan polis tu macam mencalarkan nama anggota polis je... --'

    ReplyDelete
  8. ishhh...tak patut, tak patut....walaupun polis, tetapi tak semestinya boleh tampar orang sesuka hati.

    ReplyDelete
  9. eh, apesal saya dok penang x tau apa2 pun.. nmpak sangat tak ambik tahu keadaan sekeliling ni.. hahaha

    ReplyDelete
  10. Mmg x boleh dinilai klu melihat sebelah pihak shj.. tp tak taulah kan..

    ReplyDelete
  11. takkan lah sampai nak menampar kalau org tu tak buat salah..

    ReplyDelete
  12. Saya setuju, sepatutnya POLIS perlu lebih beretika dan mesra semasa menjalankan tugas... bukannya bertindak seperti ganster

    ReplyDelete
  13. ye2.. ada tgk video ni kat FB..dah tersebar meluas dah.. hmm.. kalo ye pun mrh, rasanya x perlu la smpai naik tgn kot.. kang tercemar plak imej polis.. huhuhu...

    ReplyDelete
  14. Sebagai penjawat awam... polis pun ada SOP mereka sendiri...
    rasanya melempang orang awam di khalayak ramai tiada dalam SOP kot... :D

    ReplyDelete
  15. merosakkan imej anggota berseragam jer la....

    ReplyDelete
  16. tak bleh wat conclusion berdasarkn video pendek tu je.. kite tunggu laporan seterusnya.. hehee

    ReplyDelete
  17. bersangka baik je la..mungkin ada bnda yg 2 org tu buat smpai menaikkan kemarahan polis tu..kdg2 kesabaran seseorg tu pn ada tahap kan?

    psst : singgah menabung sini.. :)

    ReplyDelete