Monday, January 23, 2012

Drama Tebusan Di Kampung Baru.

Hye Readers,

Tengah hari kawasan sekitar rumah aku digemparkan dengan berita seorang lelaki menjadikan budak yang berusia 10 tahun sebagai tebusan..Actually ketika kejadian aku tengah pusing-pusing cari kedai makan sebelum aku perasan yang ada satu jalan kat area rumah aku nie ditutup..

hostage
Gambar dipetik dari NST
Mula2 aku ingat ade orang sakit sebab yang aku nampak hanya ambulan..tapi bila makin dekat aku nampak plak tape kuning pulis tu serta beberapa buah kereta peronda polis..Aku pun apa lagi, dengan sifat ingin tahu mendekati kawasan tu nak tengok apa kes..

Rupanya seorang lelaki menahan seorang budak sebagai tebusan..Aku pun tunggu nak tengok ape action yang dilakukan oleh polis..tapi sebab lama sangat dan perut pun dah lapar aku abaikan niat aku tu dan terus cari kedai makan..

Rupanya drama tu berlarutan sehingga 5 jam..dari tengah hari sampai laa ke petang..Setelah beberapa usaha memujuk gagal polis akhirnya merempuh kediaman tu dan melepaskan 4 dah tembakan dan berjaya menyelamatkan budak itu..

Mengikut sumber yang aku dengar family tu sedang berehat di rumah dan menonton tv sebelum seorang lelaki masuk ke rumah grab budak tu dan mengugut untuk mencederakanya..lelaki tu jugak dikata mempunyai mental yang tak stabil..tapi aku tatau sebab aku tak sempat tengok pun dia..

Dan baru sekejap tadi aku dapat info melalui twitter yang lelaki tersebut meninggal dunia ketika di hospital..motif sebenar kejadian pun aku tatau tapi dengar kata suspek tu drug addict..so esok kena tunggu berita  rasmi laa nampaknya..

p/s: Skuad polis yang rempuh masuk tu mmg stylo..macam skuad elit kat TV plak aku rasa..hehehe..congratulation PDRM!!!

Regards,
-Strider-

9 comments :

  1. mak ai..takut jugak!
    kesian budak tu..mesti trauma.

    ReplyDelete
  2. hmmmm.. mesti trauma budak tu.
    kesiannyer.....

    ReplyDelete
  3. Tadi tgk berita..nasib baik adik tu selamat.Harap jangan trauma dah!!!
    datang dari bloglist

    ReplyDelete
  4. rasa nak jadi hero gak bro..nak jadi polis la mcm ni..heheee

    ReplyDelete
  5. Nasib baik xde kt kg baru smlm..haha..
    takutla..hrp2 lepas ni xde lg kejadian mcm tue..huhu

    ReplyDelete
  6. org sekarang macam2.....dunia oh duniaa

    ReplyDelete
  7. menakutkan nasib baik la budak tu selamat...

    ReplyDelete
  8. ape2 pun..harap semuanya selamat..=]

    ReplyDelete