Friday, January 13, 2012

Mati 2nd Class Di LCCT

Hye Readers,

Gambar Hiasan 
Macam tak percaya jer baca tajuk tu kan??tapi itu laa ape yang aku rasa bila aku baca article dari Star Online..Aku tak berani nak sahihkan benda nie 100% tapi bila dilaporkan surat khabr utama aku anggap benda tu betul sebab dorang nie professional..

So macam mana boleh jadi macam tu..Article dia panjang tapi aku pendekkan sebab nanti korang bosan plak baca..hehe..Tapi jangan risau..aku ade tinggalkan link kat hujung entry kalau korang nak baca full article nie..

Kisahnya bermula apabila seorang perempuan yang mendapat panggilan dari kawannya yang menyatakan suaminya meninggal dunia di LCCT


Lepas diberitahu kawan dia suruh dia bawak alas untuk cover mayat suaminya..Sampai kat Sepang dia jumpa kawan dia bekat Baggage Collection Area dimana terdapat beberapa orang dan mayat suami kawanya terbaring di atas lantai dengan berselimutkan jacket..


Hanya seorang sahaja pramugari Air Asia yang off duty sedang menenangkan isteri arwah dan tiada Air Asia atau Malaysian Airport Berhad (MAB) ground personnel kat situ..Tak lama lepas tu datang seorang dari Klinik Pusrawi untuk mengesahkan kematian dengan bayaran sebanyak RM150...


Orang itu juga berkata yang hanya selepas kematian disahkan baru lah polis boleh datang untuk mengambil mayat..Lalu perempuan ini membuat bayaran sebanyak RM150..Tak lama Kemudian datang pula seorang lelaki beruniform biru meminta RM1500 bagi urusan menguruskan jenazah dan lain-lain..


Kali ini perempuan ini tak bayar amaun tu sambil menyifatkan tak masuk akal..Sebab rasa keliru perempuan tu pergi laa ke kaunter Lost & Found Air Asia tapi malanya petugas di kaunter tu memaklumkan yang bangunan itu dikawal selia oleh MAB


Dia kemudian pergi ke Balai Polis LCCT dan polis tu minta dia buat report di Balai Polis Sepang..Setelah beberapa jam dengan bantuan polis akhirnya mayat suami kawanya itu telah dibawa ke tempat yang sepatutnya.. Persoalan yang dibangkit dari cerita di atas adalah seperti berikut :-


1) Kenapa tiada Pegawai Air Asia atau MAB untuk membantu jika ada situasi seperti di atas?


2) Kenapa Pusrawi minta jelaskan bayaran dulu baru nak sahkan kematian??(kalau xde duit cammana?)


3) Siapa lelaki misteri yang mintak bayaran RM1500 tu??Bukan ke area baggage tu hanya untuk staff sahaja??(yang ni aku tak sure)


4) Kenapa pusrawi tak sediakan cadar walaupun dah tau yang itu merupakan kes kematian??

Itu antara beberapa persoalan yang diutarakan..aku pun tak sure ape sebenarnya yang terjadi tapi bagi aku kalau melibatkan kematian pihak berwajib kena amik lebih serius...

Seperti biasa kalau korang nak baca original article korang leh (Klik Sini) Aku harap benda-benda macam nie  tak terjadi kepada aku dan orang yang aku kenali..

Nota Penting: Kita tak tahu mati kat mana..tapi kalau benda ni betul terjadi aku mohon agar tak aku tak meninggal di LCCT... 

Regards,
-Strider-

7 comments :

  1. Xsangka betul!
    Myeksa jenazah..Astagfirullahalazim

    ReplyDelete
  2. erm kesiannye...xbanyak pihak yg membantu dgn sewajarnya...bayaran sahkan kematian pn kat situ...mcm xproper je...

    ReplyDelete
  3. apa agaknyer akan jadi kalau ppuan tu xde duit eyh..?

    ReplyDelete
  4. kenapa dia mintak 1500 hengget???gilo..

    ReplyDelete
  5. ciannya mati kat lcct,,

    kalau dah ajal,kat mana sekalipun kita boleh meninggal...

    ReplyDelete
  6. Last week ada jugak kes org meninggal kat LCCT tp takde org bantu pun....dapat information dari cousin yg kerja kat situ...die off day.... kena bayar dulu kalau nak bantuan oksigen....apa salahnya bantu dulu.....anggap je kita ni membantu org yg susah.... dgr2 ceta...anak jenazah membacakan yasin kat railway.....

    ReplyDelete