Monday, November 21, 2011

Chelsea Vs Liverpool : Aku Puas!!!

Semalam ade sesapa yang tengok game nie tak???hahaha..Aku amat berpuas hati dengan keputusan semalam walaupun pada babak kedua Chelsea lebih mendominasi perlawanan..Gol Glen Johnson telah memberi aku tidur yang nyeyak semalam..

Liverpool mendahului pada awal separuh masa pertama hasil dari kesilapan Peter Cech yang akirnya disudahi oleh Maxi setelah mereka meng'ayam'kan Peter Cech dan seorang pertahanan Chelsea...haha..Namun pada separuh masa kedua Chelsea tampil dengan lebih garang dan berjaya mengikat kedudukan melalui Studrigge sebelum Glen Johnson menjaring gol kemenangan pada minit ke 87..

Sebenarnya bila line up diumumkan aku rasa lebih yakin yang Liverpool akan menang kerana majoriti pemain Chelsea adalah player yang sudah tua dan takde sape-sape pun yang boleh bermain dengan secara pantas..aku tak tau nape AVB simpan Studrigge dan Mireles...Anyway thanks AVB..hehehe

Untuk minggu depan plak Manchester City menjadi musuh untuk Liverpool dan aku dengar Man City nie tak pernah kalah lagi..so aku rasa dah sampai laa turn Man City untuk lah plak..hehe..tapi andai kata Liverpool kalah aku tak rasa dorang akan kalah 6-1..hahahaha

Regards,
-Strider-

2 comments :