Monday, November 14, 2011

Illuminati (Part 1) Sejarah Mereka

Hye Readers, 

Entry kali ini aku buat untuk seorang daripada reader aku iaitu Saiful Van Persie..Aku rasa dia nie adik kepada pemain Arsenal Robin Van Persie…Sebenarnya dah lama dia request suh aku buat tapi asyik terlupa je..hehehe..Dia minta aku buat entry pasal Illuminati..sebab xde source yang sah jadi entry based ape yang aku tahu atau pernah baca..heheh 

Illuminati..Apekah Illuminati itu??dia bukan seperi binatang berkaki empat atau benda-benda fizikial yang yang berada disekeliling kita..Illuminati adalah sebuah pertubuhan rahsia (Secret Society) yang aku rasa paling lama ade dekat dunia nie.. 

Aku rasa ramai yang dah tau pasal Illuminati nie sebab kalau lepak sembang kat kedai kopi pasal topic nie sampai tutup kedai mamak pun tak abis cerita sebab tiada tiada yang rasmi mengenainya..pendek kata Illuminati members nie pandai menjaga rahsia pertubuhan mereka..Untuk kali ini aku nak citer dulu pasal sejarah penubuhan Illuminati nie.. 
Simbol Mata Illuminati

Illuminati nie adalah sebuah organisasi yang telah jauh meyimpang dari ajaran Islam..Ada yang mendakwa illuminati ini adalah sebuah ajaran yang bertuhankan syaitan..mereka ini adalah musuh utama dalam ajaran agama tuhan iaitu Islam(Quran) dan Kristian(Injil) 

Illuminati nie bermaksud Pencerahan Baru dan pengikutnya dipanggil Illuminatus atau Yang Tercerah(bunyi dia agak buruk laaa)..Dia dikatakan ditubuhkan pada sekitar zaman 1700 dan terus berkembang hingga sekarang.. Sebelum dinamakan Illuminati, ianya bernama Perfectibilists yang diketuai oleh seorang Yahudi yang lahir dan membesar di Ingolstadt,dan kalau tak silap aku nama dia namanya Adam Weishaup. 

Dalam Karya Don Brown Angels & Demons(Novel & Filem) telah mengetengahkan seorang Illuminatus yang agung iaitu Galileo Galilei, saintis yang memberi perubahan besar dalam dunia sains. Galileo Galilei telah dihukum penjara di rumah sendiri sampai mati di bawah satu akta yang dibuat oleh paderi-paderi kerana teorinya yang menyimpang daripada kefahaman paderi-paderi di gereja. Menurut Galileo Galilei, alam semesta ini berpusat di Matahari dan bukannya di bumi namun pihak gereja mendakwa bahawa Galileo Galilei sengaja menempatkan pusat kehidupan di planet lain. 

Semenjak peristiwa itulah, Illuminatus diburu oleh paderi-paderi,yang bimbang fahaman mereka merebak di kalangan masyarakat dan fahaman itu mampu menggugat status gereja. Kalau tak silap aku setiap Illuminatus akan dicap salib sebelum mati, kemudian dibunuh dengan kejam. 

Semenjak itu Illuminatus telah bergerak secara rahsia dengan aktifnya sehingga ada di antara paderi sendiri berfahaman Illuminati...Kalau tak silap aku time nie juga aku rasa wujud pasukan yang dikenali sebagai Knight Of Templar (KOT) tapi aku tak berapa nak sure pasal tujuan asal KOT nie.... 

Illuminati juga menggunakan beberapa simbol(banyak sebenarnya) dalam pertubuhan mereka…antara symbol yang paling popular adalah “all eye seeing” iaitu symbol mata (bukan sepasang) yang merujuk kepada tuhan mereka atau lebih kenali dengan dajjal. 

So, itu laa serba sedikit tentang illuminati nie..sebenarnya banyak lagi conspiracy theory pasal illuminati nie..tapi maybe next entry aku cerita…hehehe..

Ke arah Malaysia yang lebih selamat dan aman.

Regards, 
-Strider- 

5 comments :

  1. thanks psl info ni.
    pernah dgr psl pertubuhan ada lambang mata ni..tapi taktau byk psl mereka.

    ReplyDelete
  2. @Ujie
    ur welcome..sebenarnya xde fakta yang sah pasal secret society nie..hehe

    ReplyDelete
  3. bnyak info pasal benda ni bro,tapi terlalu banyak sampai tak tahu mana satu yang betul..

    **tak suka simbol mata satu,teringat terus kat dajjal..grrrrrrrrr

    ReplyDelete
  4. @Woofer Storm
    betul tu..orang kata penggunaan dia dah meluas kat serata dunia tapi tak tahu laa..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. byk info pasal perkara ni cuma tak pasti sejauh mana kebenarnya..tp jika ianya boleh mengugat islam dan masyarakat secara khususnya tak salah kita kena bersiap sedia..nice info..

    ReplyDelete