Thursday, November 17, 2011

Sea Games: Analisis Malaysia Vs Indonesia


Hye Readers,

Tahniah kepada pasukan bolasepak Malaysia yang berjaya mengalahkan pasukan Indonesia dalam pertemuan terakhir peringkat kumpulan..

Aku tengok tadi pasukan kita berjaya bermain dengan cara matang dan psikologi dari puluhan ribu penyokong Indonesia tidak dapat menembusi mental pemain kita yang professional..Walaupun hanya 1 gol terhasil dari Syahrul Azuari namun ia sudah memadai apatah lagi kita hanya memerlukan seri..

Aku tengok taktik Indonesia menurunkan pemain yang bukan skuad utama itu agak bijak..Ia menberikan elemen misteri jika kita dan Indonesia mara ke final..Andai kita dan Indonesia ke final tekanan mereka tentu akan berkurangan kerana walaupun mereka kalah namun ia bukan suad pertama mereka..

Pasukan Malaysia juga tak kurang hebatnya..tak kira skuad apa pun yang diturunkan rata-rata pemain Malaysia kali ini bermain dengan baik..Kekuatan mental mereka juga tinggi walaupun sering menerima terjahan keras pada babak terakhir permainan..

Pemain yang tengelam bagi aku tadi adalah kapten pasukan Malaysia iaitu Badrol Bakhtiar..Dia seorang pemain yang bagus cuma aku kurang berkenanan dengan cara beliau yang suka melakukan percubaan jarak jauh..Sebagai pemain tengah beliau perlu merancang bola bagi penyerang negara dan bukan cuba untuk mendapatkan gol sendiri..

Khairul Fahmi pula setakat nie bermain dengan cemerlang walaupun ada sedikit kontroversi yang melanda beliau sebelum kejohanan bermula..Back four kita pula masih lagi dalam ketegori kukuh walaupun sudah melepaskan 2 gol dalam 4 perlawanan..Bahagian tengah dan hadapan pula sudah menunjukan peningkatan sejak dari perlawanan pertama..

Secara keseluruhanya pasukan  Malaysia bermain dengan baik dan fokus seterusnya kepada Myammar yang ditentang diseparuh akhir sebelum perlawanan akhir..Aku mengharapkan Indonesia dapat bertemu Malaysia di final supaya kita dapat membuatkan puluhan ribu penyokong di Bung Karno sunyi sepi seperti tadi..

Good Luck Malaysia and All The Best!!!!

Regards,
-Strider-

4 comments :

  1. ada harapan bleh menang lawan myanmar nnt..kekalkn fokus..

    ReplyDelete
  2. Banyak kot peluang malaysia nak tambah skor tadi..rugii betul..naseb baik menang..

    ReplyDelete
  3. wahhh..jd pengulas dlm blog plak ea lan..
    heee..apapun Malaysia dh menang..
    yay !

    ReplyDelete