Wednesday, November 9, 2011

Sipnosis Perlawanan Malaysia Vs Thailand Sea Games 2011

Hye Readers,

Tahniah kepada pasukan bolasepak Malaysia atas kemenangan ke atas pasukan Thailand pada perlawanan kedua petang tadi..tak sia-sia aku keluar minum petang awal skit tadi..hehehe

Malaysia mendahului pada separuh masa pertama apabila Badrol Bakhtiar memintas hantaran (aku tak sure sape) lalu melepaskan satu rembatan yang menewaskan pertahanan dan penjaga gol thailand..

Tamat separuh masa pertama hati pun senang sambil order lagi satu teh 'o' ais dan apabila separuh masa kedua bermula Malaysia membuat tactical yang aku tak berapa suka iaitu bertahan di kawasan sendiri..

Akhirnya pada minit ke 80 Thailand menyamakan kedudukan apabila seorang pemain mereka melepaskan rembatan menewaskan Khairul Fahmi Che Mat..(bola memang susah nak save)namun kegembiraan itu tak lama apabila Izad Faris menjaringkan satu gol yang agak lawa bagi memastikan kemenangan untuk pasukan Malaysia..


Overall game is okay tapi masih ade ruang untuk diperbaiki..Penyerang kita, Syahrul kelihatan tidak confident walaupun mempunyai banyak peluang termasuk 1 lawan 1 dengan keeper Thailand..namun kemenangan ini memberi ruang sedikit untuk Malaysia sebelum menentang kemboja..andai menang dengan kemboja aku rasa Malaysia mungkin boleh layak bergantung kepada keputusan lain..


Akhirnya semua orang kat kedai makan tadi happy dan walaupun lepas abis game kami suma ke counter bayaran namun takde sorang pun yang muka masam..heheheSo, kita nantikan perlawanan Malaysia yang seterusnya iaitu pada hari Ahad nie(klu tak silap aku) pada jam 5.00 petang..

Regards,
-Strider-

5 comments :

  1. apsal xlayan kt umah jer baru boley lompat2 heheeee

    ReplyDelete
  2. mesia boleh!!!heheheh

    hgari ni nampaknya kaki2 bola semuanya mood baik2..bini suruh tolong buang sampah pun ikut je..ekekekek

    ReplyDelete
  3. mesia boleh!!!heheheh

    hgari ni nampaknya kaki2 bola semuanya mood baik2..bini suruh tolong buang sampah pun ikut je..ekekekek

    ReplyDelete