Tuesday, November 29, 2011

GF Lari Sebab Ibu BF



Entry nie ade kena mengena gak ngan entry Kak Diana hari tu(Klik Sini)..hehehe..tapi betul2 lepas beberapa hari kuar entry itu ade berita lain plak yang lebih kurang sama terjadi dekat China..

Okay..macam nie, Apa perasaan anda kalau dapat BF yang selalu kata "ibu saya suh macam nie" dan "ibu saya suruh macam itu" pendek kata ape dia bak buat mesti ade ibu saya suruh..bla..bla....atau bahasa lainnya anak mak.

Kes yang terjadi kat China apabila seorang wanita berusia 28 tahun di Chongqing, China akhirnya tak dapat bertahan lagi dan 'melarikan diri dari rumah' pada 19 Nov.

Wanita, yang enggan memberitahu namanya, telah jatuh cinta dengan teman lelakinya, 29,setelah bercinta  selama tiga tahun...agak lama tu untuk tempoh bercinta..Tetapi lelaki itu dapat tau yang dia telah hilang pada 19 Nov.Itu pun sebab dia dah dail no aweknya sebanyak 110 kali sebelum polis menemui aweknya dekat  Stesen Keretapi Changshou di Chongqing.

"Apabila kita membeli sesuatu, beliau akan meminta pendapat ibunya terlebih dahulu," kata wanita itu.

Apabila mereka pergi untuk membeli katil, dia lebih suka tilam lembut tetapi lelaki itu tidak bersetuju kerana 'Ibu berkata lembut tilam adalah tidak baik'. lepas tu dorang gaduh.

Wanita itu suka memakai kasut bertumit rata tetapi teman lelakinya sering memberitahunya, 'Ibu berkata, kasut tumit tinggi membuatkan wanita kelihatan elegan.'

Wanita itu berkata dia marah sebab sikapnya yang sering dengar 'kata ibu' dan kekurangan idea sendiri.

"Saya tidak tahan lagi," kata wanita, yang berkata dia sebenarnya sedang dalam perjalanan perniagaan tanpa pengetahuan BF dia.. Beliau berkata dia hanya mahu untuk menakut-nakutkan BF dia dan mengharapkan BF dia akan berubah..

Sebenarnya benda nie sangat subjektif bagi aku...Macam yang dorang yang bukan beragama Islam bleh laa nak lawan2 cakap ibu tapi kita yang muslim nie tak boleh sebab syurga di bawah tapak kaki ibu..

Jalan penyelesaiannya bagi aku adalah terletak kepada lelaki..bijak laa membuat keputusan lebih-lebih lagi melibatkan soal ibu dan isteri...dan pada para ibu biar laa anak membuat keputusan mereka supaya perasaan mereka tak berbelah bagi..hehehe

Sumber: China Daily

Regards,
-Strider-

4 comments :

  1. betul tu dik,kita ni dalam islam,nak kata ah,uh pun tak bley kat ibu apatah lagi nak cari psl sebab gf/bf.

    yg penting hati dan cara menangani sesuatu masalah tu.dua2 pihak kena cuba faham memahami..tp jgn paksa2 mak plak faham perasaan muda mudi ni hehe.

    ReplyDelete
  2. 110 kali???
    hahahha...

    lelaki gini sebenarnya tak bersedia pun lagi
    nak ada komitmen..kan??
    rasanya kalau dia nak cari kekasih kena cari yang betul2 sayang giler kat mak dia macam dia sayang mak dia.

    ReplyDelete
  3. @~izan~
    betul tu kak..suma benda bleh setel dengan perbincangan..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. @diana
    itu yang terbaik..senang cerita..takde laa gaduh2...hehehe..tp susah gak klu lelaki tak bleh nak buat keputusan sendiri..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete