Rasa kelakar plak bila baca pasal pelakon Shahrizal Jaszle kat akhbar metro tadi...Aku tak tau ape sebenarnya yang cuba disampaikan oleh dia..hehehe..Isunya aku rasa pasal masalah dia susah nak bangun pagi dan lambat ke pergi kerja/shooting...
Antara kenyataan dia yang dipetik “Saya mengaku memang ada masalah untuk bangun pagi dan tidak boleh tidur malam, sejak kebelakangan ini. Saya minta maaf jika saya menyusahkan ramai pihak"..bagus laa kalau dah mengaku atas kesilapan kita sebab itu sifat yang bagus..
Tapi yang mencuit hati plak apabila antara alasan yang diberikan ialah "Saya juga percaya mungkin saya sakit kerana terkena buatan orang,”selain dari masalah keluarga iaitu menjaga bapanya yang uzur..
Yang masalah tentang keluarga tu aku paham laa..itu memang tanggungjawab dan aku tak rasa orang akan pertikaikan tadi alasan kena buatan orang tu macam tak sesuai jer..Bukannya dia terlantar kat hospital dengan satu penyakit misteri..
Aku tak salahkan dia apa yang dia nak percaya tapi benda-benda macam tu tak sepatutnya didedahkan kepada public..Takut ade yang guna alasan yang sama lambat datang kerja..hehehe..Aku nak try guna tapi takut..hahaha
Regards,
-Strider-