Takziah aku ucapkan buat keluarga adik Nurul Nadirah dan semoga tabah menghadapi dugaan yang datang melanda..Sejak petang tadi aku mendengar spekulasi tentang penemuan rangka tulang milik adik Nadirah(Dirang) yang dikatakan dijumpai pada di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu
Namun melalui berita dari Bernama mengesahkan yang Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini
Kepada yang tak berapa nak ingat Dirang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.
Al-Fatihah...
Al fatihah... Sedey n seram la semakin kejam penjenayah-penjenayah kini... Dah la area my opis ni... Huwarghhhh
ReplyDeletesedih betul baca tentang berita ni...menunjukkan akhlak masyarakat kite yang semakin jatuh.kite dok kutuk2 negara barat dah hilang budi bahasa semua,kite pun 2x5 aje aku tgk skrang...
ReplyDeleteal-fatihah buat arwah... hmm... zaman sekarang dah tak selamat
ReplyDeletetakziah untuk keluarga arwah..kesian sangat..tadi pun baca kat metro online..kalau betul ayah dia sndiri punya kerja mmg bukan manusia lah dia tu..apa pun dia dah jadi bidadari syurga..
ReplyDeleteTakziah... semoga Tuhan membalas pada manusia yg melalukan tu... memg kejam...
ReplyDeletesedihnya..budak2 comel macam inila yang jadi mangsa..takziah kepada keluarga dirang :(
ReplyDelete