Friday, March 9, 2012

Lelaki Tembak Teman Baru Bekas Kekasih

Hye Readers,

Kat bawah ini ade berita yang aku baca semalam...korang tengok benda yang aku highlight....



KUALA LUMPUR – Selepas hubungan yang terjalin selama 12 tahun gagal, seorang lelaki bertindak melepaskan tembakan ke arah teman baru bekas kekasihnya dalam satu kejadian di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan tiga hari lepas.
Ketua Polis Daerah Serdang, Supt Abd Razak Elias berkata, dalam kejadian pukul 11.45 malam itu, mangsa berusia 28 tahun yang bekerja sebagai penjual telefon bimbit sedang menunggu teman wanitanya berusia 24 tahun di hadapan rumah.
“Ketika mangsa sedang menunggu, salah seorang daripada tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Honda Civic keluar dari kenderaan terbabit lalu melepaskan tembakan menggunakan pistol angin ke arah mangsa.
“Tembakan itu telah mengakibatkan cermin hadapan sebelah kiri kereta mangsa pecah, bagaimanapun tembakan tidak mengenai mangsa,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata, suspek kemudian mengambil kayu pemukul besbol sebelum menuju ke arah mangsa untuk memukulnya, namun tidak sempat kerana ditahan anggota polis yang sedang meronda.
Suspek yang berusia 25 tahun dan dua rakannya yang masing-masing berusia 21 dan 25 tahun ditahan di lokasi kejadian, katanya. – BERNAMA

Crime of passion...Suspek umur 25, Ex gf umur 24..bercinta selama 12 tahun..Maksudnya mereka bercinta seawal umur 12-13 tahun...muda sangat tu..patut laa tamparan yang diterima lelaki tu sangat kuat sampai buat benda bodoh macam nie...

p/s: Nasib baik dapat pistol angin..dapat pistol nyesal tak sudah suspek tu..

Regards,
-Strider-

4 comments :

  1. 12 tahun....lama tu.sblm baca habis td, dok ingat umur msng2 dah 30 an ke...20 an baru rpanya...

    ReplyDelete
  2. Betul ke kapel dah 12 tahun tu ? Lama gilos. Patutlah gila je. HAHA :D

    ReplyDelete
  3. kalau pistol lada lg naya..pedih mata mamat tu..kih kih kih...

    ReplyDelete
  4. umur 12 tahun,x fikir lg psl kapel2 ni.abes spm baru start kapel2.hihi

    ReplyDelete