Tuesday, March 6, 2012

Kenderaan 4x4 Tentera Ditukar Kepada Humvee

Hye Readers,

Malaysia nak tukar 4x4 dengan Humvee ker??Dalam mimpi je laaa..Kementerian pertahanan memang annouce yang dorang nak tukar kenderaan 4x4 untuk tentera tapi bukan laa kepada Humvee..yang tu impian aku jer...beritanya ade kat bawah nie...

Garang dowh!!!!
BANGKOK 5 Mac – Malaysia akan menggantikan semua kenderaan pacuan empat rodanya yang telah uzur mulai Jun depan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
Beliau berkata Malaysia akan memperoleh kenderaan itu dari Thailand, dikeluarkan oleh sebuah syarikat Malaysia, Weststar Group, berpangkalan di Pattaya. “Kenderaan 4x4 yang digunakan oleh ketiga-tiga perkhidmatan tentera sudah usang dan tidak menjimatkan untuk disenggara,” katanya kepada media Malaysia selepas pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Thailand Sukumpol Suwanatat, di sini. Kedua-dua pemimpin itu telah menghadiri sidang Pertahanan dan Keselamatan 2012, satu acara Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri tiga perkhidmatan Asia bagi Darat, Laut dan Udara, di IMPACT Exhibition and Convention Centre, di sini. Ahmad Zahid berkata prioriti program baru 4WD itu ialah menggunakan komponen Malaysia termasuk untuk alat gantinya.

Sebenarnya itu pun dah kira beruntung..hehehe..Kalau nak pakai tentera nak pakai Humvee memang tak sesuai dengan keadaan..Lagi satu kos dia bukan murah..Sebenarnya memang dah masa pun kenderaan 4x4 tentera ditukar..hehehe

Regards,
-Strider-

1 comment :