Sebenarnya ini topik nie aku petik dari news pada bertajuk Malaysia sasar jadi 10 negara paling selamat (Klik sini)..Menurut laporan Indeks Keselamatan Global, sebuah badan antarabangsa yang berpangkalan di Sydney, Australia, yang meletakkan Malaysia di ranking ke-19 bagi negara paling selamat di dunia berbanding 156 negara lain.
Kalau nak compare figure memang ranking kita boleh dianggap selesa tapi adakah angka 19 atau 10 boleh dianggap selamat??Kejadian yang menimpa adik Nurul Nadirah jelas menunjukan angka dan ranking tak boleh menilai tahap kawalan keselamatan yang kita patut beri kepada kanak-kanak..
Entry ini bukan untuk mereka yang mempunyai anak jer tapi untuk semua sekali termasuk aku..Kalau takde anak pun mesti kita ada anak buah, adik, anak sedara kan??dan jika meraka kanak-kanak kita harus menjaga keselamatan mereka dari segala aspek...
Adakah kejadian yang menimpa Nurin jazlin pada tahun 2007, Adik Sharlinie 2008, Adik Nisha dan juga Adik Adam Shah 2010 tak mengajar kita apa-apa pun??Sekarang bukan masa untuk menunding jari kepada sesiapa tapi mencari penyelesaian agar kejadian sebegini dapat dikurangkan..
P/S: Jangan biarkan diri kita menerima satu pengajaran yang amat mahal sehingga tak sanggup untuk kita hadapi..
Regards,
-Strider-
masa dgr ranking tu, rasa mcm tak tepat.
ReplyDeletebkn kanak2 je, kita yg dewasa ni pun jadi sasaran. Ramai org hilang yg sampai skrg tak dijumpai. Antaranya anak sasterawan negara-Hizairi Othman yg dah hilang tanpa jejak sejak 2001.
Apa yang penting, kesedaran diri terhadap keselamatan diri dan orang-orang yang kita sayangi. Jauhilah dari bersifat pentingkan diri sendiri...
ReplyDeleteberhati & berwaspada sbb byk yg tak terduga berlaku
ReplyDeletekite ni kekadang hipokrit...
ReplyDeletemelaung2kan kat mata dunia yang kite ni hidup bersatu padu dengan pelbagai bangsa,tapi hakikatnya...?
dan kes adik kite yang dengan kejamnya dibunuh...which goes to show?
hahaha mesia hanya akan selamat kalau ko jadi PM dan aku jadi menteri kewangannyer heheh
ReplyDeletedunia yang semakin merisaukan! bukan budak kecil ja jadi mangsa..orang dewasan pon menjadi mangsa kekejaman manusia..misalnya dato sosilawati..sedih dengan kejadian seumpama ini..
ReplyDeleteerm....berbanding negara2 lain yg lebih tak selamat tu mungkin la selamat.tp dari hari ke hari semakin banyak kes2 yg tak sepatutnya berlaku,dah mcm xslmt pulak.betul tu org hilang ramai yg xjmpa lg..
ReplyDelete