Kalau asyik cerita pasal isu semasa jer lama - lama mesti korang rasa bosan kan? Jadi aku nak stop jap dari cerita pasal isu semasa dan kali ini aku nak bagi tips kepada mereka yang selalu jalan berseorangan sama ada untuk aktivi harian atau untuk aktiviti sukan seperti jogging.
Berikut dikongsikan 8 Tips keselamatan diri ketika anda keluar berjalan atau berjogging.
1. Elakkan keluar berjalan kaki atau berjoging bersendirian terutama pada waktu malam.
2. Elak menggunakan jalan pintas atau melalui tempat yang tidak berpenghuni, sebaiknya menggunakan jalan yang sibuk dan terang.
3. Elak menggunakan laluan bersemak dan gelap di mana seseorang boleh bersembunyi.
4. Prihatin pada persekitaran anda dan elak menggunakan pemain MP3 peribadi. Anda mungkin tidak mendengar seseorang berjalan di belakang anda.
5. Jangan memakai terlalu banyak barang kemas yang boleh dilihat oleh ramai orang. Penjenayah mungkin tidak dapat membezakan barang kemas asli ataupun tiruan.
6. Bawa beg berdekatan tubuh anda. Jika boleh, bahagian depannya menghala ke tubuh anda dan pastikan ia beg yang berzip.
7. Jangan pamerkan wang atau telefon bimbit anda ketika berada di khalayak umum.
8. Maklumkan kepada ahli keluarga ke mana lokasi yang ingin ditujui dan pada jam berapa anda akan pulang.
Semoga tips di atas dapat membantu korang semua especially yang jenis lone ranger sebab species nie paling senang menjadi target kepada penjenayah. Sejujurnya no 4 tu selalu gak aku buat sewaktu balik kerja dan pergi berjogging. Korang bagaimana??
Regards,
-Strider-
Thank you sangat-sangat. Kite selalu pi jogging/running sorang2 sambil dengar mp3 :0
ReplyDeletetapi kalau kuar jogging pakai mp3 memang syok kan??hahaha
Deleteassalamualaikum... thanks sharing tips. sheila pun buat no 4 dulu... hehee skrg dah tak buat dah. hihi
ReplyDeletewasalam...no prob, sharing is caring laa katakan..hehehe
Deletesaya jeles bila tgk drama korea , rakyatnya boleh kuar mlm semata - mata utk jogging ! ... mcm x de jenayah jer kat sana ...
ReplyDeleteitu dalam drama kak..dalam real life memang camtu jugak ke??hehehe
Deletetakut la nak keluar sengsorg
ReplyDeleteklo blh nak jln berteman
nice sharing strider
yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)
betul2..seeloknya kalau nak berjalan elok laa berteman...
Deletethanks for sharing.. berguna jgk :)
ReplyDeletemy pleasure.. :)
Deletewow..apa foto kat header tu,minyak wangi ke?
ReplyDeletexde laa kak..itu rokok elektronik..hehehe
DeleteBila lah teman nak start berjogging nie...
ReplyDeletemulakan minggu nie dulu..tk jogging, jalan kat taman pun okay..hehe
DeleteBetul semuanya, jangan menunjuk2kan HP canggih tu di tempat ramai orang..nanti dikebas peragut nanti..
ReplyDeletesuka keluar sendirian tanpa sebarang gangguan.. tanpa memikir gangguan lain.. hehe
ReplyDeletekena upah boduguard sorang ni. hehehe
ReplyDelete