Wednesday, October 30, 2013

#1207 - Jangan Hukum Mereka Yang Tidak Bersalah

Hye Readers,

Baru baru ini FB milik pak guard yang kejam membunuh seorang pegawai bank telah berjaya di dedahkan. Melalui fb itu juga banyak gambar-gambar suspek yang lebih jelas telah berjaya diedarkan. Secara jujurnya aku menyokong tindakkan menyebar gambar suspek supaya kita tidak lupa akan wajahnya itu.

Entry ini berkait rapat dengan entry aku beberapa minggu lepas tentang Keghairahan Menyebarkan Maklumat oleh masyarakat. Melalui pendedahan FB itu juga ramai blogger telah memuat naik gambar suspek dan keluarganya termasuk anak-anaknya.

Benda ini juga menjadi perhatian blogger terkenal Ben Asaahari yang seakan tidak bersetuju dengan penyebaran gambar kanak kanak tersebut melalui FB miliknya.  Aku bersependapat dengan Ben dalam isu ini kerana aku merasakan kanak-kanak itu tidak bersalah dan yang bersalah ialah bapanya.



Ada yang berpendapat penyebaran gambar itu perlu sebagai pengajaran kepada penjenayah lain supaya tidak melakukan jenayah kalau mereka sayang pada keluarga. Ade juga yang percaya penjenayah itu akan menyerah diri apabila butiran keluarganya tersebar.

Bagi aku tindakkan sebegitu tidak mendatang apa-apa makna. Aku sendiri tidak pernah melihat polis menyebarkan gambar-gambar keluarga suspek dalam usaha mereka untuk memburu mana-mana penjenayah.Kalau tak percaya pergi lawat laman web rasmi polis.

Anak kepada suspek itu masih kecil dan tidak memahami apa-apa pun. Kenapa kita perlu memberi tekanan pada kanak-kanak tersebut. Jangan biarkan mereka dihukum atas kesalahan bapa mereka yang tidak bertanggungjawab itu.

Pendek kata kita sebagai seorang blogger harus tahu akan etika untuk menyebarkan maklumat. Aku yakin pihak polis sedang berusaha keras untuk memburu penyenayah itu. Kita sebagai masyarakat boleh membantu dengan memberi maklumat jika ternampak kelibat penjenayah ini.

Regards,
-Strider-

6 comments :

  1. saya pun tak setuju bila masyarakt suka menyebarkan hal-hal sebegini tanpa berfikir kesan buruk kepada masyarakat atau ahli keluarga mereka...

    ReplyDelete
  2. you got that right. Sebab tu setiap tindak tanduk kita kat luar sana kena sentiasa fikirkan kesannya ke atas family dan orang di sekeliling kita terutama family kita. Silap sikit je, 5 saat pastu memang tersebar luas kat tenet. Apapun, kanak-kanak itu tiada kaitan dengan perlakuan jenayah oleh ayahnya.

    ReplyDelete
  3. Setuju sangat, etika penyebaran maklumat itu perlu jaga.

    ReplyDelete
  4. Betul tu.. klu budak tu boleh menghalang pun pasti dia akan menghalangnya.. marilah kita sama2 berdoa agar dipermudahkan segala usaha pihak berkuasa dlm menjejaki penjenayah kejam ni.. aamiin..

    ReplyDelete