Monday, October 21, 2013

#1188 - Cukur Jambul Amalan Bidaah Orang Melayu

Hye Readers,



Cukur jambul adalah satu amalan yang sering dilakukan oleh orang melayu ketika menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga. Namun istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w. mengikut penjelasan Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi). Menurut beliau Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa. Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat.

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

Aku sendiri sebenarnya tak cukup arif lagi terang dengan lebih detail pasal isu ini. Tapi korang boleh baca penjelasan penuh dekat Sini. Apa-apa pun kita tak seharusnya memandang remeh terhadap perkara ini kerana ia melibatkan akidah kita. Apa pandangan korang??

Regards,
-Strider-

6 comments :

  1. akak pun kurang arif hukum bab ini.. jadi tak tahu nak komen apa.. hehe..

    ReplyDelete
  2. betul2..skrg ni kalau cukur rambut buai baby bukan main hias kalau pelamin pengantin..adoila..membazir je kan..=)

    ReplyDelete
  3. Bagus perkongsian ni.. mmg kita semua x boleh memandang remeh kerana amalan potong jambul ni mmg masih menebal dikalangan msykt kita. T kasih Strider.

    ReplyDelete
  4. aah selalu tengok org letakkan rambut digunting kat buah kelapa
    sampai diri terkonpius sm, adakah ianya adat or bukan
    nice sharing
    yumida isi tabung Nuffnang sini - churp2 - selamat menabung :)

    ReplyDelete
  5. nak senang , wat ikut sunnah jer ...

    ReplyDelete
  6. sebab dah lama xde adik kecik jadi mmg xde la buat cukur jambul ni. cuma masa dulu-dulu rasanya org buat akikah dan mmg cukur rambut habis, bukan mcm skg ni main potong jambul. Okey, dah baca ni faham lah jugak. terima kasih bgtau. senang utk kemudian hari. thanks

    ReplyDelete