Thursday, October 3, 2013

#1164 - The Best Of Laporan Audit Negara 2012

Hye Readers,



Semalam berita tentang Laporan Audit Negara penuh di dalam mana-mana social media network. Ia bagaikan satu isu hangat apabila kebanyakkan orang ingin mengetahui tentang Laporan Audit Negara ini. Berikut merupakan 5 isu yang menjadi perhatian orang ramai semalam.

1)  RTM beli jam bernilai RM100 dgn harga RM3,810
- Mengikut laporan Jabatan Audit Negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membelanjakan RM3,810 untuk satu jam dinding yang hanya berharga RM100. RTM juga mempunyai 20 biji jam yang sama dan harga keseluruhan yang dibayar adalah RM76,200.

2) Perbelanjaan KBS Dipertikai
- Dalam beberapa laopran di bawah Kementerian Belia dan Sukan, antara yang mencuri tumpuan ialah perbelanjaan sebanyak 1.6 juta untuk membawa artis K-Pop sewaktu Hari Belia Negara. Pada Jun yang lepas KBS menafikan bahawa bayaran itu dibuat oleh mereka.

3) Belanja RM320 ribu untuk FB, Twitter dipersoal.
- Ketua audit negara mempersoalkan bayaran sebanyak RM320,000 oleh kementerian kesihatan kepada dua syarikat untuk dua kempen dalam talian menerusi Facebook dan Twitter

4) Laporan Audit dedah polis hilang aset RM1.33 juta
- Laporan Ketua Audit Negara hari ini mendedahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan aset bernilai RM1.33 juta, bermula 2010 hingga 2013. Rekod Ketua Audit Negara menunjukkan PDRM kehilangan 309 unit aset meliputi gari, senjata api dan kenderaan.

5) 4 kolej komuniti beli CCTV dengan harga berbeza
- Kos pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di empat kolej komuniti berbeza iaitu antara RM35,350 dan RM281,249 ekoran ketidakseragaman dalam penyediaan 'Bill of Quantities' (BQ), menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Itu merupakan 5 isu yang menarik perhatian di laman social aku. So bagaimana dengan korang pula? Isu yang mana paling menarik perhatian korang??

Regards,
-Strider-

3 comments :

  1. Rasanya ada satu lagi. Mesin pengimbas yang harga RM200 lebih dibeli dengan harga RM3k ++ kalau tak silap.

    ReplyDelete
  2. tak terkejut, tak pelik, tapi cuma mampu geleng kepala je.

    ReplyDelete
  3. isunya sekarang, tiap tahun ada je ke`kantoi'an yang berlaku tapi masih takde apa2 tindakan.

    tahun lepas aku cuba download laporan ni (untuk federal dan selangor) tapi tak larat tunggu, lama sangat! hahahaa...

    ReplyDelete