Monday, October 14, 2013

#1281 - Akhbar Herald Tidak Dibenarkan Menggunakan Kalimah Allah

Hye Readers,



Mahkamah Rayuan sebentar tadi memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguannya – The Herald. Keputusan itu dibuat tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.

Panel tiga hakim itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh. Ini sebenarnya satu berita yang baik kerana penggunaan kalimah Allah pada akhbar tersebut bukan sahaja mengelirukan umat islam tetapi ia boleh berlaku kepada penganut agama Kristian.

Pada 16 Feb, 2010, Ketua Paderi Gereja Roman Katolik Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntut antara lain, perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada "Tuhan" dalam edisi bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.

Regards,
-Strider-

5 comments :

  1. Alhamdulillah.. itulah yg sebaiknya. Kalau tidak pasti org2 kita terutamanya yg sedng belajar atau kanak2 keliru & boleh menjejaskan akidah mereka biarpun persoalannya Allah itu bermaksud tuhan.. X baik utk umat Islam negara kita.. biar Allah, kekal Allah utk agama Islam.

    ReplyDelete
  2. x pnh lg baca akbar herald ni
    jumpa pun x penah lg

    ReplyDelete
  3. harap ada yg faham bahasa lepas ni.. hehe

    ReplyDelete