Hye Readers,
Bajet merupakan satu pelan perbelanjaan, iaitu cara untuk mengimbangi wang yang anda miliki dengan wang yang anda belanjakan dan Belanjawan pula ialah satu rancangan berbentuk kuantitatif yang menerangkan bagaimana sesuatu sumber itu diperolehi dan digunakan sepanjang tempoh belanjawan tertentu. Aku pun tak tahu yang mana satu perkataan yang sesuai untuk dipakai.
Tadi aku ade terbaca kenyataan akhbar yang Kerajaan berkemungkinan menurunkan subsidi tertentu dalam Belanjawan 2014, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek. Apakah jenis subsidi yang dikurangkan itu masih tidak diketahui dan hanya akan diumum oleh Datuk Seri Najib Razak pada hari Jumaaat nanti.
Datuk Hassan juga berkata yang budget kali ini akan memberikan keutamaan kepada hak pengguna walaupun bakal memberikan kejutan tertentu.Apa lagi yang dikejutkan aku pun tak tahu dan aku harap kejutan itu akan membawa lebih kebaikkan dari keburukkan.
Nampak gaya budget kali ini akan menarik minat ramai rakyat Malaysia. Aku menjangka akan ada beberapa kenaikkan harga barang seperti gula, tepung, tambang teksi dan beberapa jenis barang lagi. lets hope im wrong on this.
Regards,
-Strider-
xsaba nk dgr bajet..betul ke dia kate brim nk bg 1k aritu akan jd 1k ke x..hehehe
ReplyDeletebajet ni selalu orang buat tgk perut sndri dulu.. sorry a bit harsh. lol
ReplyDeletewalau apa pun keputusannya, yang menjadi mangsa semestinya rakyat jelata..
ReplyDeleteSuspen bila bab bajet ni.. malas nk tengok, cuma x tau kt berita je hehee :D
ReplyDelete