Thursday, October 24, 2013

#1196 - 2 Orang Maut Ditikam Oleh Penghantar Rokok.

Hye Readers,

2 pelajar maut ditikam
Credit : MyOndscene
Aku mula-mula baca maklumat mengenai kejadian di atas melalui twitter MyOndscene dan agak terkejut juga la. 2 hari lepas kita dikejutkan dengan "Cosmos Play Murder", semalam kejadian rompakan bank dan hari ini pelajar maut ditikam pula.

Akhbar Star melaporkan kejadian berlaku lebih kurang jam 11.20 tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan maut di lokasi kejadian. Suspek cuba melarikan diri dengan memandu van tersebut sebelum melanggar sebuah toyota Prius yang dipandu remaja lelaki.

Suspek itu kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian dan telah berjaya ditahan oleh orang awam yang berada disekitar sementara menunggu ketibaan polis.

Berhati-hatilah dimana jua anda berada kerana jenayah sekarang berada dimana-mana tanpa mengira tempat dan masa.

Regards,
-Strider-

3 comments :

  1. bahaya ni..kena berhati-hati selalu

    ReplyDelete
  2. Bahaya la Malaysia skang ni.... Seriously, we have police force, arm forces, etc. but still this thing happened. Hmm... a question that needs appropriate and lengthy explanation.

    ReplyDelete
  3. Ini mmg menakutkanlah..perkara yg mmg x siapa terduga boleh jadi.. uhh risau pulak klu kluar brjln..thanks sharing ye :)

    ReplyDelete