Thursday, October 10, 2013

#1175 - Klasifikasi KL Gangster 2

Hye Readers,

First of all biar aku tekan yang sebagai seorang yang dewasa dan meminati filem aksi , aku suka dengan filem KL Gangster ini. Aku rasa cerita kali ini lebih bagus dari yang dulu dan walaupun ade yang tak suka cerita ini itu terpulang kepada mereka. Yang penting semuanya bermula disini......

Aku tak perasan sangat tentang Klasifikasi filem ini sehingga terbaca kes Sharifah Amani bergaduh dengan Syamsul Yosof di twitter baru baru ini.(Klik Sini)  Sharifah Amani seakan tidak bersetuju dengan klasifikasi filem KL Gangster 2 iaitu PG13 dan bukannya 18 tahun ke atas.


Aku faham apa yang cuba disampaikan oleh Amani tu walaupun ade yang beranggapan cara dia itu tidak sesuai atau pun over. Tapi aku setuju dengan Amani kerana filem ini tidak sesuai dengan remaja terutamanya pelajar sekolah kerana ia mereka mudah terpengaruh.

Aku takut remaja akan salah anggap tentang masej cerita ini dan berpendapat Its okay to join gangster kalau niat yang baik seperti membantu keluarga and berhenti sebelum tertangkap. Betulkan jika silap, tapi setahu aku niat tidak pernah menghalalkan cara. Walaupun tujuan kita yang baik tapi kalau salah ia tetap salah.

Mungkin benda-benda macam ini yang pihak FINAS terlepas pandang. Tapi overall its a good movie dan dari segi bahasa dan lakonan tu aku tak nak comment laaa. Kalau gangster berborak guna perkataan " saya" dan "awak" nanti aku pulak yang tak nak tengok.

Ini bukan isu cerita KL gangster sahaja tapi merujuk kepada overall citer aksi tempatan. Next week MIG akan release cerita "Longkai" yang berkisarkan kehidupan mereka yang berkerja dengan "Tow Truck". Aku nak tengok jugak apa Klasifikasi cerita itu.

Okay laa, itu jer yang aku nak cerita dengan korang semua. Anak buah aku yang tengah sekolah pun aku tak bagi tengok cerita ini tapi kalau mereka curi-curi tengok memang tak boleh nak buat apa laa. Cuma aku harap lepas ini FINAS akan lebih peka time bagi rating dan bukan merujuk kepada aksi sahaja.

Regards,
-Strider-


2 comments :

  1. Akak blm tengok, tapi bdasarkan azlan..akak pun risau gak bila remaja yg tengok. Diorang kn tgh mencari identiti diri, mudah terikut.

    ReplyDelete
  2. yumida jarang tgk movie
    sllu tgk rancangan astro je..hikhik
    kengkdg hb selalu gak beli movie, tp yumida xmo tengok, ekceli memilih gak bab nak tonton citer

    aah kan..bab2 yg rs agak berat tu, mungkin harus diupkan PGnya
    bukan semuanya sesuai utk tontonan peringkat umur

    ReplyDelete