Friday, October 4, 2013

#1167 - Ancaman Facebook Pada Negara

Hye Readers,



Ini sebenarnya screenshoot beberapa hari yang lepas apabila Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM)  tidak menolak kemungkinan akan mengharamkan penggunakan media social network seperti Facebook. Untuk berita lanjut korang boleh baca dekat sini.

Sebenarnya tindakan KKM untuk mengharamkan facebook adalah kerana wujud gejala penyalahgunaan oleh masyarakat seperti menghina Agama, Yang di-pertuan Agong dan sebagainya. Setakat ini antara negara yang menyekat penggunaan facebook adalah seperti China, Vietnam, Syria, Iran, Pakistan, Korea Utara dan Uzbekistan.

Bagi aku ia merupakan tanggungjawab KKM untuk mengawal aktiviti tidak bermoral itu, Mengharamkan penggunakan media social tidak memberi banyak effect kerana pihak tidak bertanggungjawab akan mencari alternatif lain untuk menyebarkan kebencian mereka.

Lagipun pihak terbabit hanyalah golongan kecil sahaja sementara kebanyakkan orang yang menggunakan media social ini untuk tujuan peribadi dan ade juga yang menjadikannya sebagai sumber pendapatan. Kalau media social merupakan satu platform yang teruk mesti kerajaan tidak akan menghabiskan beratus ribu untuk berkempen di twitter dan facebook (Klik Sini)

Aku yakin KKM mempunyai staff yang berkaliber untuk memantau aktiviti yang tidak sihat ini seterusnya mendakwa mereka yang terlibat supaya menjadi pengajaran kepada mereka yang lain. Apa pula pandangan korang? Adakah korang nampak yang social network ini mampu menjadi ancaman kepada negara??

Regards,
-Strider-

6 comments :

  1. pada pandangan aiza tiada masalah untuk menggunakan facebook.. mereka yang menyalahgunakan media sosial ini hanya sebilangan kecil saja.. jika diharamkan bagaimana pula dengan nasib orang yang pendapatannya bergantung kepada facebook (jualan di atas talian)?

    ReplyDelete
  2. sokong pd striders
    penggunaan laman sosial mcm fb ni byk manfaatnya..even ade yg menyalahgunakan
    xkan nak sekat kan...

    ReplyDelete
  3. nak sekat? tapi pada masa yang sama ada jugak jabatan kerajaan yang gunakan facebook untuk tujuan promosi. ke guane? mintak panadol sebiji, poning den...

    ReplyDelete
  4. It's more like a pandora box! If we are wise enough to use it, it can benefit use in many ways and if we choose to use it unwisely then a lot of consequences would be the bad outcome.

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya Menteri berkenaan tak tahan kena kutuk kat dalam Facebook tu. Dia sentap bila orang kat dalam Facebook gelar dia Menteri Buih. Tu yang beria sangat nak haramkan Facebook.

    Faham-faham aje la. Menteri-menteri kat Malaysia ni harap duit je yang banyak. Akal macam budak baru akil baligh lagi.

    ReplyDelete