Pic Source : Petpositive |
Ini merupakan salah satu daripada berita yang agak mengejutkan aku tadi. Sebagai salah satu negara pesat membangun kejadian ini tak seharusnya berlaku. Apa yang aku nak cerita ini adalah kejadian yang menimpa seorang warga kurang upaya yang dilarang untuk makan tengah hari di sebuah restoran makan segera terkenal iaitu Pizza Hut.
Anthony Thanasayan yang juga merupakan majlis untuk Petaling Jaya dan juga seorang aktivis hak-hak orang kurang upaya dikatakan datang ke premis Pizza Hut Midvalley untuk makan tengah hari namun ia dilarang masuk oleh pengurus restoran Pizza Hut tersebut atas sebab dia seorang kurang upaya.
Mengikut apa yang aku baca dari blog PETPOSITIVE pengurus restoran tersebut mendakwa mereka mempunyai polisi yang jelas tidak mengalu-alukan pelanggan di kerusi roda atas arahan "Area Manager" mereka.
Pizza Hut sudah pun mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini melalui laman FB rasmi mereka dan berjanji akan menyiasat punca sebenar kejadian ini. Mereka juga akan bertemu En Anthony bagi menyelesaikan masalah ini.
Jadi buat masa sekarang nie aku menyeru supaya semua orang memboikot Pizza Hut buat sementara waktu sehingga perkara ini betul-betul dijelaskan oleh mereka. Siapa yang ade boucher percuma Pizza Hut boleh redeem cepat-cepat.
Regards,
-Strider-
Tak elok sepatutnya dorang buat macam tu. Mcm tolak rezeki je.
ReplyDeleteBaru nak cari pizza hut sbb ada menu baru...hold dulu la..bole...tggu apa news terkini
ReplyDeletekasihannya...tak patut....
ReplyDeletetak patut restoran terkenal buat macam tu
ReplyDeleteMacam tak percaya je...takkan kot..hmmm..let them clear up first coz kita suka Pizza hut..
ReplyDeletemacam ni pun ada ... parking pun ada keistimewaan utk oku ...
ReplyDeletetak sangka pula ada diskriminasi begini.. semoga isu ini diselesaikan dengan segera dengan kedua-dua pihak berpuas hati..
ReplyDeleteIni mmg x patut.. apa punya planning lah mcm tu..
ReplyDelete