Kebahagiaan boleh dibeli? Adakah korang bersetuju dengan kenyataan itu? Sebenarnya isu ini satu isu yang subjektif tapi tak bermaksud kita tak boleh bincangkan dekat sini. Semalam aku ada terbaca tweet dari seorang gadis yang menyatakan walaupun dia bukan meterialistik tetapi dia merasakan yang kemewahan/kesenangan itu sebenarnya membantu dalam mencapai kebahagiaan.
Sebenarnya isu macam ini bergantung kepada definasi kita tentang maksud "kebahagian " itu sendiri. Andai kata kita diberi pilihan untuk berbulan madu di Paris atau di Langkawi dengan pasangan kita, mana satu membuatkan korang bahagia? adakah itu membuat anda gembira atau bahagia? ade perbezaan dekat situ.
Pada pendapat aku, kebahagiaan itu tidak boleh dibeli dengan apa jua nilai. Kemewahan mungkin memberikan kita kegembiraan tapi belum tentu ia mampu menjamin kebahagian. Kalau kebahagiaan kita pun boleh dibeli, apa lagi yang tinggal untuk diri kita?
Tetapi sekiranya kita memang ditakdirkan tidak bahagia, maka aku bersetuju jika orang mengatakan lebih baik kita menangis dalam kereta BMW daripada menangis atas basikal. Apa pendapat korang pulak? bersetuju atau tidak? atau mungkin ade benda yang nak ditambah.
Regards,
-Strider-
Pada saya duit & harta kekayaan mmg perlu.. semua org nak kaya. Tetapi jngnlah ianya dijadikan perkara utama utk kehidupan.. lebih baik kaya & berbahagia di dunia & akhirat.. tp klu x kaya pun sekurang2nya masih berbahagia pun alhamdulillah daripada x kaya & x bahagia langsung kan.. :D
ReplyDeletehahahah ko hado bbm aku kan + instagram bagai....cuma blog jer aku agak sengal sket nak hapdate hahahaha
ReplyDeleteTuli tu maknanya pokaaaakkk lan weyh hahaha
Duit tak akan mampu membeli kebahagiaan melainkan ia cuma dapat memberi kepuasan serta kegembiraan bila setiap kehendak kita di penuhi tetapi ramai juga yang kaya raya yang kosong hatinya yang sentiasa mengejar sesuatu yg tak pasti.
ReplyDeleteAda org bahagia walaupun duit tak banyak tetapi masih ada makan bersama keluarga dan suami sentiasa ada disisi daripada duit banyak mewah semua ada dan dapat tetapi suami isteri bawak haluan sendiri anak2 hidup dalam dunia sendiri.
kemewahan memberi kebahagian yang sementara saja kan.. ternyata kebahagiaan tak mampu dibeli..
ReplyDeletekebahagiian quite subjektif tapi yang pasti ia datang dari dalam diri...lebih kepada ketenangan jiwa kot..yang lain tu adalah penyebab..rasanya lah..
ReplyDeleteKesihatan pun x leh dijual beli huhu
ReplyDeleteX semua org happy bla terlalu kaya
apa saja mampu tuk kita capai kebahgiaan, baik melalui duit atau tidak, baik materialistik atau tidak. Terpulang pada kita untuk menemukan makna KEBAHGIAAN sesungguhnya.
ReplyDelete